JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 4 Februari 2016

CAPATI KARI AYAM & SAMBAL SARDIN.. narlekkkkk sedap memintal ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Adoiiii menangis lah mamak kat restoren tu bila saya dah tahu buat capati hahhaha :D
Ini gara-gara pergi membeli-belah di Kedai Az Zain Seksyen 15 Shah Alam tu, siapa duduk Shah Alam tahulah kedai yg membekal makanan halal dan makanan dari timur tengah tu.. Kak Nabilah ternampak lah tepung Atta buat capati tu.. bersemangatlah dia nak mencuba.. Jadi hari sabtu 3 minggu yg sudah rasanya.. hihihi nampak sangat lama gambar duduk dalam draf .. barulah nak buat entri.. ok lah kita cerita je lah kan.. 

Oleh kerana Chef Nabilah ni yg bersemangat nak jadi menantu Shahrukh Khan hihihi , dia lah beriya-iya sangat menguli capati pagi tu bersama pembantu dua orang tu.. rupanya senang sangat nak buat capati ni kekawan.. tapi kat kedai RM2 sekeping kan.. mungkin tepung atta ni yg mahal kot.. tak juga kot sebab saya beli RM4/kilo satu peket tu..
Saya ambil cara nak buat capati tu dari blog Dapur Tanpa Sempadan tu.. apa lagi bukan si Mat Gebu tu kan.. izin halal tempek resepinya ye Mat :)



CARA BUAT CAPATI

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau hingga garam larut)
2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan)
Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicIcah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  2. Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
  3. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat.
  4. Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....


Kak Nabilah nak makan dengan sambal sardin katanya.. sementara menunggu capati tu diperap, nabilah buat sambal sardin, saya dah pernah ajar dia buat sambal sardin tu , jadi senanglah dia membuatnya.. kalau nak resepi versi nabilah boleh ambil disini

En suami tak makan sambal sardin jadi kena lah merajinkan diri si isteri mithali membuar kari ayam pulak.. hihihi 

Masak kari ayam guna noxxa , 17 minit jer.. sekejap dah masak.. bolehlah en suami tu memintal capati dengan kari ayam ni sehingga menjilat jari.. dalam banyak2 daging ayam tu.. kaki ayam yg direbut bersama anak-anak, sudah riuh si Nabil.. nak juga.. nampaknya esok2 pergi pasar, borong jer beli kaki ayam kan kekawan ;)

Untungnya saya dan anak-anaklah dua-dua kami bedal ~__^
dapatlah pulak makan 2 keping sorang lagi lah... blurrpppp kenyang . Alhamdulillah 
Sekianlah cerita entri Capati pagi ini hihihi..
Jomlah merajinkan diri membuatnya.. ^__^ 

14 ulasan:

  1. boleh la try ni kakak...nampak sedap je..penat tak menguli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak penat mengulinya Soya..
      Tak lah macam roti canai kena tebar bagai hehehe

      Padam
  2. Lapo plak tengok kuah2 tu.. padahal dah mkn speghetti sepinggan.

    BalasPadam
  3. wah! cam senang je...dapat makan capati panas2 dengan kari kaki ayam...yum..yum

    BalasPadam
  4. sedapnyaaaaaa sambal sardin n capati... layaannn..

    BalasPadam
  5. Hihi....bukan menangis lagi CH mamak tu,mau meraung.

    Capati ni anak anak kurang gemar, tu yg mls nak test kat rumah. Kalau makan kedai mmg roti canailah yg diordernya. Tak tau pulak kalau buat sendiri mereka suka pulak.

    Baguslah kak Nabilah ni, rajin ke dapur. Anak kita kurang minatlah ke dapur ni, CH....

    BalasPadam
  6. Berbuka dengan capati pun sedap juga ni Yati:)
    Oh..baru kakak tahu en abe Yati tak suka sardin ye. Kalau rumah kakak semua suka. Sampai buat spaghetti pun kadang kita buat spaghetti sardin tau:)

    BalasPadam
  7. Nangislah mamak-mamak yang ada restoran buka 24-7 di sekitar Shah Alam tu kalau CH terniat nak berniaga capati nanti ^_^ Untunglah sekarang dah ada chef cilik. Kalau teringin, serahkan ajelah tugas pada Nabilah. Mak tukang beli bahan jerkkan! Aduhai, macam ni bukan SRK aje untung, besan pun untung banyak tau. Tiap hujung minggu bila datang melawat bawa hasil air tangan sendiri. Hehehe!

    BalasPadam
  8. RAJIN CHEFF NABILA DAN MAMANYA MENGULI CAPATI SEDAPNYA CICAH SAMBAL SARDIN...NK SEKEPING.

    BalasPadam
  9. wah rajin akak dgn nabila mencanai capati...saya tahun lepas pun pernah buat sendiri tp rasa macam susah pulak. mungkin salah teknik agaknya.
    suami kata lain kali beli aja lah...

    BalasPadam
  10. Wahhhh mamak kurang satu pelanggan la pasni. Klu sekeluarga biasa order 3keping dah rugi 3 keping dah mamak tu. nmpk sedappp

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)