JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 12 Februari 2016

Alhamdulillah...RUMAH BARU MAK dah siap.. Damailah Rohmu Disana Mak..

Assalamualaikum kekawan..
Salam jumaat yg barakah , semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik serta selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w

Pada petang selasa 12/2/2016 saya dan najeeha balik ke Kuang kerana malam tu adik saya itam dah wasap kata, abg man yg buat kubur dan nesan mak tu dah hantar gambar kata dah siap. Jadi berjanjilah dengan adik beradik lain siapa yg berkelapangan datang untuk kita sama2 menziarahi kubur mak dan abah.

19/2/2016 ni genaplah 5 bulan mak pergi meninggalkan kami adik beradik :(
Sebak masih terasa dihati ini.. Alhamdulillah dapat menunaikan amanah mak yg kata bila dia meninggal cukuplah batu sungai sebagai nesan nya.. Bagusnya pembuat nesan ni menyediakan tempat dua tempat duduk.. memudahkan..

Walaupun hari dah petang tetapi matahari masih terik membahang.. disini dah musim kemarau pulak.. rumput kering .. tu yg kena rajin datang menyiramnya..

Anak cucu cicit mendoakan semoga uwannya damai disana bersama para syuhadah dan solehin..

Kemudian kami ziarah pula kubur arwah abah.. rindu menerpa dibenak .. hati menjadi pilu.. abah dah setahun pergi meninggalkan kami.. Semoga roh abah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan rohnya bersama para solehin dan syuhadah..

Berebut cicit sulung ni menabur bunga di pusara tokyang nya.. dia yg sempat berjumpa tokyang nya tu.. dulu masa arwah abah balik dari masjid waktu bulan ramadhan.. selalu lah si Hakimi ni menunggu tokyang balik.. bila nampak tokyang terus .. menjerit kesukaan .. "tokyang balik bawa nasi ayam" katanya.. padahal bubur lambuk jer.. suka sangat si Hakimi memakannya.. sehingga habis.. tersenyum suka tokyangnya bila cicit habis makan bubur tu.. sekarang hanya tinggal kenangan buat Hakimi.. tentu bila dah besar itulah yg diingatinya bersama arwah tokyang selama 4 tahun bersama..




16 ulasan:

  1. al fatihah utk arwah mak abah akak..sempat jugak jumpa cicit ye..alhamdulillah :)

    BalasPadam
  2. Al fatihah..semoga roh arwah mak & abah akak ditempatkan diklgn org2 yg beriman

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah buat arwah mak dan abah Yati...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..al fatihah buat mak dan abah akak...moga mereka tenang di sana

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..
    Al fatihah untuk orang tua akak...
    Semoga mereka tenang di sana.. InsyaAllah...
    Walaupun orang tua dah takde, adik beradik kena saling berhubung dan ziarah menziarahi... Baru la hubungan sentiasa akrab kan...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...
    semoga arwah tenang & bahagia di sana

    BalasPadam
  7. alfatihah buat mak dan abah kak, semoga ditempatkan di kalangan orang soleh

    BalasPadam
  8. Innalillahiwainnailaihirajiuun...
    Semoga Roh Mak dan Ayah ko ditempatkan dikalangan insan2 yg soleh dan solehin T...

    BalasPadam
  9. Entahlah Yati.. walau semuanya demi kebaikan yg dilakukan, bahkan baik-baik tujuan semuanya kakak tetap terharu membacanya. Semoga roh kedua arwah mak-abah ditempatkan bersama para solihin dan syuhada'

    BalasPadam
  10. Semoga roh makayah yatie sentiasa di rahmati ..
    Pusara di tempat yang sama senang nak ziarah kan...arwah mak ayah kakak dikebumi di tempat yg berbeza ,ayah di kg sementara arwah mak di tempat kakak .

    BalasPadam
  11. akhir2 ni saya dah jarang bw..
    hari ni ada masa terluang, tahu2 mak abah akak dah tak ada
    takziah utk akak
    moga kedua2nya ditempatkan bersama2 org2 yg soleh.

    BalasPadam
  12. alfatihah buat mak abah yatie, semoga mereka berdua dirahmati disana...

    BalasPadam
  13. Alfatihah untuk bonda. Kuburlah jadi pelepas rindu setelah mereka pergi ye CH...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)