JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 27 Februari 2016

KONGSI REZEKI DGN SEMUT

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berehat di hujung minggu..
Minggu yg sibuk bagi saya :)



Masa jahil dahulu, nampak semut jek saya akan ambil spray racun serangga, spray semua biar mati. (Astaghfirullah al Adzim)

Itu dulu....dulu sangat2.
Ketika zaman jahil. Ketika hati saya begitu kurangnya sifat Rahmah dan ikhsan.
Rezeki saya , diberi peluang terus menimba ilmu yang bermanfaat sehingga menjuruskan saya lebih memahami.
 ( Alhamdulillah)

Ketika sedang menyiapkan hidangan untuk anak2. Setitis adunan kuih jatuh ke atas " table top". Cepat sahaja semut2 datang menjamahnya. Rasa seronok mereka sudi berkongsi sedikit rezeki dari Allah ini.

Beri mereka ( semut2) peluang menikmati makanan tersebut sambil membaca surah ini..

يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari";
Surah An Naml 27:18

Membaca berulang kali sampai mereka berlalu pergi.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Seronokkan jika kita ada sedikit ilmu, kita amalkan dan kita harap Allah sudi pandang dan terima amalan kita.

Untuk mendapatkan ilmu, perlu berkorban waktu , melazimi majlis ilmu, dekat dengan para ulama, para guru dan jangan pernah berputus asa utk berusaha membersihkan hati kita agar mudah menerima ilmu.

Yukk rajin ke majlis ilmu!!!

Moga Allah limpahkan hikmah dan rahmah ke dalam jiwa kita semua.

Sumber : Facebook

9 ulasan:

  1. Ada terbaca pasal semut tu.. tapi, terkadang terlupa.. terspray jugak.. adehh

    BalasPadam
  2. Tq perkongsian...ble share dgn student plk...

    nesaprima.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Tq perkongsian...ble share dgn student plk...

    nesaprima.blogspot.com

    BalasPadam
  4. memang semut ni antara yg disebut dalam quran..sy pun jahil juga..suka marahkan semut.apalagi klu suka buat kacau didapur.klu en suami memang cakap dengan semut elok2 suruh blah..klu dia degil kadang2 terpaksa bunuh juga.sbb memang menganggu kehidupan harian

    BalasPadam
  5. penah baca psl nih kak... tp kt kg dana selalu ada semut hitam beso2 n banyak.... kalu tak di halau atau bunuh dia akan gigit kita... jd tpaksa sembur... banyak ada terutama time hujan

    BalasPadam
  6. Terima Kasih sis atas perkongsian. Mohon share dgn grup lain boleh ke..

    BalasPadam
  7. Tulah CH mak bila nampak semut teringat cite cite yg dah dibaca pasal semut ni. Tapi kekadang jadi pembunuh jugak hihi....dah banyak sangat weyh

    BalasPadam
  8. Nasib baiklah jarang nampak semut di rumah. Tapi lumrah kita ni kan, bila nampak semut aje laju aje tangan nak menghapuskannya!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)