JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Goreng Kobis & Buncis dengan sotong berkunyit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Goreng Kobis & Buncis dengan sotong berkunyit. Papar semua catatan

Selasa, 11 Februari 2014

GORENG SAYUR KUBIS BUNCIS DENGAN SOTONG BERKUNYIT.... ala ala mamak style :)

Assalamualaikum kekawan ...


Nampak benar dah lama tersimpan dalam draft hehehe... saya masak ni sama dengan Kari Kepala Ikan Ala Mamak tu hari DISINI ... Teringin pulak regunya dengan masak sayur kobis tu style mamak kan... Sedap kata nabil sebab goreng dengan sotong kan... dah tu peberet dia.. menjadilah dia makan ... en suami pun suka... siap perli lagi.. rasa makan kat restoran mamak jew.. hahaha
Ada saya kesah... hahaha janji sedap dimakan.. haaa kalau kekawan ada bahan-bahan tu dalam peti ais boleh lah dicuba petang ni kan ... senang jer resepi nya kekawan.. jom kita intai resepi :)

RESEPI GORENG SAYUR KOBIS & BUNCIS SOTONG BERKUNYIT
Bahannya :-
  • 300 grm kubis dipotong rampai
  • 300grm buncis dipotong serong
  • 300grm sotong dipotong bulat
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 labu bawang putih  dihiris
  • sedikit kunyit
  • garam
Caranya :-
  1. Gaulkan sotong dengan kunyit dan garam, kemudian goreng sebentar, selepas tu masukan bahan hiris tadi.
  2. Selepas tu baru dimasukan sayur kubis dan buncis, letakan sedikit air, gaul sekata lepas tu letak sedikit kunyit dan garam.
  3. Rasa garamnya, jika hendak kuning boleh tambah kunyit lagi, gaul sehingga sayur masak.
  4. Siap untuk dihidang.