JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Medan 1 Danau Toba... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Medan 1 Danau Toba... Papar semua catatan

Rabu, 7 Mei 2014

DAY 1 # Part 3 :: APA ada di PULAU SEMOSIR, Danau Toba ^___^

 Assalamualaikum kekawan... Alhamdulillah wa syukurillah..


Kami sampai dipulau ini lebih kurang pukul 5.00pm.. inilah mercu tanda di Pulau Semosir dan bot tu betul2 berhenti di depan tu.. 90% penduduk di pulau ini adalah kaum Batak.. mereka lah orang pertama yg menghuni pulau ini dan persekitarannya.. tak boleh lah nak cerita mengenai mercu ni tak tahu hehehe.. tengok kat batu ada gambar ketua suku kaum mereka kot.. 



Tinggi pulak papan tandanya susah nak ambil gambar, dari pada papantanda tu memberi info tentang pulau ini dan mengenai raja dan keturunan mereka.. Kaum Batak ni terpecah beberapa suku yg mempunyai nama bapa.. lebih kurang macam kaum China yg ada nama keturunan di depan tu.. tapi kaum batak ni nama keturunan terletak di belakang, yg saya ingat macam Sarigar, Nusation lebih kurang macam tu lah... dan mereka tidak boleh kahwin dengan keturunan yg sama, macam Sarigar tidak boleh kahwin dengan Sarigar, mereka boleh kahwin dengan keturunan Nusation contohnya, jadi bila mereka bertemu sesama batak, mereka akan bertanya nama keturunan bapa tu dulu..

Bila kita melawati pulau ni, kita akan menyusur deretan kedai.. macam2 cara mereka memujuk untuk membeli barangan mereka, bila saya bandingkan antara Medan dan Parapat ini, barang2 jualan lebih murah dari Medan, sebagai contoh saya membeli FM, disini saya membeli dengan harga Rupiah 30 ribu, lebih kurang RM9 duit kita untuk 10 tetapi di Medan menjual Rupiah 60ribu untuk 10 lebih kurang RM18 duit kita.. seganda naiknya..

Ini adalah perkuburan raja-raja mereka.. ada cerita disetiap satu ni tapi saya dah lupa hehehe

Masa masuk kedalam tempat raja-raja kita kena pakai selendang kain tenun samarinda ni.. yg saya pakai dibahu kanan saya.. pastu ketua kampung tu akan menyebut "Horas" lebih kurang macam selamat datang..


Mayat raja batak ni tanam dalam binaan rumah, seperti rumah kediaman mereka bukan didalam tanah.. 


Gambar rumah asli kaum batak ...

Gambar rumah moden kaum batak.. 

Menunggu bot utk balik pulak.. masa tu dah nak maghrib.. 

Sunset di Danau Toba, Pulau Semosir..








Kata pemandu pelancong tu yg seronok di sini ialah memancing, siapa yg kaki mancing memang seronoklah, bermacam spesis ikan yg ada...

Nanti sambung lagi ye... jangan jemu membaca entri saya ni..






Selasa, 6 Mei 2014

Day 1 # Part 2 : DANAU TOBA... nyaman dan SEGAR suasananya...

Assalamualaikum kekawan.. moga sihat dan ceria :)
Hari ini saya nak sambung part 2 di pada hari pertama menuju ke Danau Toba.. klik sini untuk PART 1 bagi yg belum membaca entri itu. 



Sampai kami di Parapat iaitu nama kg bagi Danau Toba tu kami menunaikan solat jamak takhir di Masjid Raya Taqwa Parapat sebelum menuju ke Pulau Semosir iaitu pulau ditengah-tengah tasik itu.. keluasan pulau itu lebih luas dari Singapore itulah yg diceritakan oleh pemandu pelancong..


Inilah feri yg dikatakan untuk membawa kami ke Pulau Semosir itu, diambil dari masjid tu jer sebab dekat ajer dari masjid tu ke jeti.. saya lihat feri yg dikatakan tak ubah umpama bot kecil sahaja.. dalam bot itu boleh membawa lebih kurang 30 penumpang sahaja.

Inilah suasana didalam bot tu.. masing-masing asyik melihat pemandangan yg sungguh cantik itu.. subahanallah...

Perjalanan menaiki bot ini memakan masa satu jam.. jauh sungguh menyeberangnya .. lebih kurang kita menaiki feri ke Langkawi kan..



Oleh kerana dalam bot tu memakan masa 1 jam, maka kami pun berposing-posing lah diatas bot itu ehe :)

Disepanjang perjalanan menaiki bot tu kami dihiburkan oleh penyanyi jalanan ini... sudah tentu sehabis menyanyi .. dihulur bekas untuk menderma kepada mereka.. itulah anak2 di Indonesia kan.. Kami naik dua bot masa tu.. jadi anak2 ni menyanyi di bot kami sewaktu perjalanan balik.. tengok suasana senja.. 

Bot semakin dekat ke Pulau Semosir

Air tasik yg membiru umpama air laut.. berombak-ombak..

Ini pulau yg tiada penghuni..

Langit dan air tasik yang memukau mata yg melihatnya...

Okey sampai sini dulu ye.. nanti sambung lagi...



Jumaat, 2 Mei 2014

Day 1 # Menuju ke PARAPAT... DANAU TOBA mu tunggu aku datang :)

Assalamualaikum kekawan... semoga sihat dan ceria :)

Setibanya kami di Airport Kuala Namu Medan.. bas yg membawa kami ke Parapat iaitu dengan kata lain Danau Toba telah menunggu.. lebih kurang dalam pukul 10am kami bertolak kesana.. tempoh perjalanan ke sana lebih kurang 6 jam kata pemandu pelancong kami Encik Sun..
Inilah pekan Parapat .. di tempat inilah kami berhenti makan tengahari disini lebih kurang pukul 1.30pm... nanti saya cerita tentang makanan ye :)

Banyak buah-buahan yg dijual di tepi jalan...

Geram juga menengok buah mangga ni kan :)

Hampir pukul 3.30 pm kami telah sampai ke puncak gunung dan dari jauh telah kelihatan tasik Danau Toba itu...


Permandangan yg indah diambil dari dalam bas ajer... belum sampai lagi ni...

Ikan air tawar diternak didalam sangkar .. tengok tu tersusun jer sangkar-sangkar itu dari kejauhan kan..

Okey kita sambung next entri ye :)