Salam petang yang ceria kekawan..
Tiba-tiba tekak teringin nak makan bubur asyura, teringat almarhumah mak ada membuat bubur asyura masa kecik-kecik dulu, masa tu arwah atuk selalu puasa hari Asyura ni.. kita masa kecik-kecik bila puasa sunat ni mana peduli sangat ~__^
Jadi google lah.. macam-macam versi bubur asyura dari pelbagai negeri.. bila saya baca satu-satu resepi tu.. saya tengok bubur asyura resepi Kedah yang almarhumah mak buat rupanya.. InsyaAllah petang ni nak cubalah... sebelum tu kena singgah pasar malam tu.. mujur ada pasar malam seksyen 6 Shah Alam ni.. boleh lah beli bahan-bahan yang mudah ni..
Jadi saya tempek dulu resepi yang saya jumpa ni disini.. terima kasih kepada blogger medanselera84.blogspot.com .
Jom kita cuba buat kekawan..
RESEPI BUBUR ASYURA KEDAH
[ Resepi dari haidzir84 : http://medanselera84.blogspot.com ]
BAHAN-BAHAN
-1 cawan tepung beras
-2 1/2 cawan santan campur garam
-gula pasir ikut manis
-gula merah utk mewarnakanya
-1 btg jagung
-1 biji pisang dadukan
-1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
-1/2 cawan kacang hijau rebus
-dan lain2 bahan yg anda suka
-1 cawan tepung beras
-2 1/2 cawan santan campur garam
-gula pasir ikut manis
-gula merah utk mewarnakanya
-1 btg jagung
-1 biji pisang dadukan
-1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
-1/2 cawan kacang hijau rebus
-dan lain2 bahan yg anda suka
CARA MEMBUATNYA
- campurkan tepung gula santan kacau sebati
- panaskan dengan api yg perlahan
- setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi
- kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
- angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.
