Salam petang yang ceria kekawan..
Tiba-tiba tekak teringin nak makan bubur asyura, teringat almarhumah mak ada membuat bubur asyura masa kecik-kecik dulu, masa tu arwah atuk selalu puasa hari Asyura ni.. kita masa kecik-kecik bila puasa sunat ni mana peduli sangat ~__^
Jadi google lah.. macam-macam versi bubur asyura dari pelbagai negeri.. bila saya baca satu-satu resepi tu.. saya tengok bubur asyura resepi Kedah yang almarhumah mak buat rupanya.. InsyaAllah petang ni nak cubalah... sebelum tu kena singgah pasar malam tu.. mujur ada pasar malam seksyen 6 Shah Alam ni.. boleh lah beli bahan-bahan yang mudah ni..
Jadi saya tempek dulu resepi yang saya jumpa ni disini.. terima kasih kepada blogger medanselera84.blogspot.com .
Jom kita cuba buat kekawan..
RESEPI BUBUR ASYURA KEDAH
[ Resepi dari haidzir84 : http://medanselera84.blogspot.com ]
BAHAN-BAHAN
-1 cawan tepung beras
-2 1/2 cawan santan campur garam
-gula pasir ikut manis
-gula merah utk mewarnakanya
-1 btg jagung
-1 biji pisang dadukan
-1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
-1/2 cawan kacang hijau rebus
-dan lain2 bahan yg anda suka
-1 cawan tepung beras
-2 1/2 cawan santan campur garam
-gula pasir ikut manis
-gula merah utk mewarnakanya
-1 btg jagung
-1 biji pisang dadukan
-1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
-1/2 cawan kacang hijau rebus
-dan lain2 bahan yg anda suka
CARA MEMBUATNYA
- campurkan tepung gula santan kacau sebati
- panaskan dengan api yg perlahan
- setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi
- kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
- angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.
Sedappppp...nyerrr...
BalasPadamDah lama tak makan..
BalasPadamsedapnya lama x makan
BalasPadammsti sedap kan kak...
BalasPadamBaru lepas rewang buat bubur bubur Asyura.
BalasPadamAda beza sikit sebab kami guna beras, daging lembu, udang kering, kentang, daun saderi dll.
X pakai gula dan Xboleh potong.
da lama tak makan bubur assyura
BalasPadamJadi bubur asyura nya manis lah ya yatie?...Akak memang takpernah rasa bubur yang manis spt ni.Biasa makan sejak budak2 bubur asyura seperti bubur lambuk je.Yalah lain negeri lain caranya kan.
BalasPadamAlmarhumah mak buat cair kak saniah..
PadamNanti saya nak buat cair juga..
Arwah atuk memang suka berbuka puasa dgn manisan..😊
Jadi bubur asyura nya manis lah ya yatie?...Akak memang takpernah rasa bubur yang manis spt ni.Biasa makan sejak budak2 bubur asyura seperti bubur lambuk je.Yalah lain negeri lain caranya kan.
BalasPadamDah lama tak makan bubur asyura.
BalasPadamRajin akak buat bubur ni. Pada saya renyah jugaklah sebab banyak bahan2 nya.
Selamat membubur ya kak!
Kak yati sy suka sgt bubur asyura kedah...berbeza dgn klate punya..sedap
BalasPadamMasa duk Kedah dulu, selalu lah makan ni kak yatie... lah ni tak jumpa dah.. hehe.. memang sedap, suka makan:)
BalasPadamTeringin pulak nak buat Ti, bawak rumah mertua, makan reramai hihi....kalau buat makan sendiri mesti tak terhabis.
BalasPadamsalam asyura kak....sihat? heheeheheh
BalasPadamkakkkkkkkkkkkkkkkkkk kejam entry nie...teliur2 lieya tgk...lieya suke asyura manis mcm nie....kalo kat kelantan asyura dieorg jenis manis2 tapi ade rase rempah tu..siap ade daging bagai...lieya tak suke yg tu...tapi yg akak tunjuk ni lieya suke...adoiii mane nak cari kat sini kak...nak buat tak rajin...uwaaaaaaaaaaaaaa
Banyak versi rupanya bubur asyura ni. Yang saya pernah makan jenis tak manis, lebih kurang macam bubur lambuk tu aje. Yang manis-manis ni rasanya tak pernahlah CH merasa!
BalasPadamsukatan 1 cwn memang sesuai untuk yang baru nak mencuba.tiba2 lapaq bubuq asyura..hihi
BalasPadam