JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 13 Mei 2014

MAGGIE TOMYAM .... Yummy :)

 Assalamualaikum kekawan.. Moga ceria dan sihat :)
Selamat bercuti pada blogger yg bercuti ye :)
 Nabil dan Najeeha sekolah seperti biasa, exam dorang berdua habis pada hari khamis ni... cikgu Maahad Tahfiz ni kata cuti wesak ni nanti ganti dengan cuti hari raya.. panjang mereka dapat cuti raya nanti.. kakak Nabilah sabtu baru ni dah sekolah ganti utk cuti hari raya..

Maggie tomyam ni pun buat atas request Nabilah.. "Mama buat maggie tomyam, lama dah tak makan" saya buatkan lah dia pagi ni, pastu saya ambil sikit, nak rasa, saya pun dah lama tak makan maggie ni.. memang tak galakan sangat mereka makan... bila teringin jer buatkan untuk dorang ni..

Kekawan breakfast apa pagi ni.. cuti2 ni mesti breakfast yg best2 tu.. saya ingat cuti hari ni nak kemas rumah.. nak ganti langsir, cadar dibilik saya dan anak2, pastu nak tukar karpet lah.. pastu nak buat apa ye.. nak tukar letak perabot TV dan Sofa.. kita buat view baru pulak.. ehhh layan jer yg mana mampu dulu kan..

MAGGIE TOMYAM













Bahannya :-

  • 1 bungkus maggie tomyam
  • 5 potong kecil isi ayam
  • 1/2 batang lobak merah
  • sedikit Kobis bunga
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 1 labu bawang putih dihiris
  • 2 gelas air
  • garam secukup rasa
Carannya :-
  1. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi, lepas tu masukan isi ayam, kacau sebentar, kemudian baru di masukan air.
  2. Kemudian masukan perencah tomyam, sementara tunggu air mendidih, celurkan mee maggie dengan air panas, toskan ketepikan.
  3. Bila air dah mendidih masukkan lobak dan kobis bunga serta daun limau purut. Bila dah elok masak baru dimasukan mee maggie yg telah kita celur tadi. Kacau sekejap saja takut mee kembang. Rasa garamnya jika dah cukup boleh ditutup apinya.
  4. Siap untuk dihidang.

10 ulasan:

  1. sedapp..dah lame xmakan maggie tomyam.. dulu makan time stdy je..hihi..

    BalasPadam
  2. saya suka kalo maggie tomyam masak cam kita masak biasa..cuma ia lebih cepat disediakan la kan..baru perasan stok maggie lama tak beli..

    BalasPadam
  3. Acik pun jadi teringin meggi pulak hari ni bila tengok gambar ni yatie

    BalasPadam
  4. uishhh tengok entry ni baru tingat saya pun dah lama tak makan megi tomyam.

    BalasPadam
  5. setahu akak meggi tomyam ni pedas...anak yatie ni memang terror lah makan pedas ...anak akak Iman tak berani pandang pun.

    BalasPadam
  6. Saya tak suka meggi, tapi tetap standby kat rumah berbungkus2 sebab anak2 suka....

    BalasPadam
  7. menu mggi ni sesekali kena memang sedap menjilat mangkuk..:)

    BalasPadam
  8. wahhh sedapnya kak yatie....biasa makan maggie kari yg biasa tu je...

    BalasPadam
  9. Lama dah tak makan maggi tomyam. Kat rumah pun kalau ada maggi kari ataupun ayam. Itupun jarang bagi anak-anak makan kecuali dah 'terdesak' sangat tak tahu apa nak dimakan :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)