JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 30 Mei 2014

TOMYAM IKAN PARANG ... Ala Haadyai.... emmmm Yummy :)

Assalamualaikum kekawan... salam petang yg ceria :)

Bila dah selalu makan asam pedas .. terasa tekak ni nak mencuba sesuatu yg lain tetapi ada masam-masam jugak .. jadi terjadilah ikan parang masak tomyam ehe :)
Perghhhh memang mables juga ikan parang masak tomyam ni kekawan.. (ehe siapa nak puji kalau bukan diri sendiri :D) tapi en suami kata not bad.. sedap juga dimasak tomyam ikan parang ni .. eceh eceh.. senyum sampai telinga juga lah teman dibuatnya..


Yang pasti bagi saya ialah cepat dimasak sedap dimakan.. tak sangka anak-anak pun suka..tapi ikan parang ni kan banyak tulang.. so terpaksalah saya kena buang siap2 tulang tu baru bagi isi ikan tu kat mereka.. hari saya masak 2 potong jer kekawan sebab baru pertama kali nak mencuba.. nanti kalau tak sedap haru biru pulak nak menghabis nya kan.. tak gitew..

Jom intai resepi mudah saya yg cepat dimasak sedap dimakan ni.. ehe dah jadi iklan maggi pulak kan :)

IKAN PARANG MASAK TOMYAM

Bahannya:-

  • 2 potong ikan parang
  • 1 labu bawang besar holand (dipotong bulat)
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk sederhana
  • 1 inci halia ditumbuk sederhana
  • 3 sudu cili kering kisar
  • 1 1/2 kiub tomyam 
  • 2 batang serai di ketuk
  • 1 biji limau nipis (perah airnya)
  • 5 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (biarkan bulat2 jgn dipotong , ini utk siapa yg suka pedas ye)
  • 1 mangkuk air
  • 2 batang terung (boleh juga diganti kan dengan kobis bunga) 
  • 1 biji tomato
Caranya :-
  1. Panaskan sedikit minyak utk menumis, bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering kisar hingga wangi.
  2. Selepas tu tuangkan air dan masukkan ikan, kacau sebentar, masukan pula kiub tomyam, serai daun limau purut , tunggu hingga mendidih.
  3. Kemudian masukan terung dan tomato, jika kuahnya kurang boleh ditambah air, masukan garam tunggu hingga mendidih.
  4. Apabila telah masak boleh di perahkan air limau didalam periuk tadi biarkan sebentar, kemudian tutup api.
  5. Siap utk dihidangkan ..


15 ulasan:

  1. memang sedap kalau tomyam ikan, selalu gak akak buat, hatta ikan sardin pun besttt ooo

    BalasPadam
  2. salam ukhwah kak, saya dtg balas kunjungan dan ikut sekali :)

    BalasPadam
  3. Oh... good idea ni Yati. Kakak tak pernah lagi lain kali nak buatlah. Sekarang tak lagi sebab ikan parang tak ada. Nak cuba ikan lain dulu sebab perencah Tomyamnya ada..

    BalasPadam
  4. Macm2 ko buat yer T...ko pelbagaikan ..tp ikan parang ni berjenuh nk mkn lmbt sgt nak ngapnya...aku dah la jenis tak penyabar..mkn ikan parang kesepital jer lah pulak nnt..tulang terpacak sana sini dlm tekak...

    BalasPadam
  5. Tak pernah pulak merasa ikan parang masak tomyam tapi kalau tuan empunya resepi kata sedap, memang sedaplahkan...

    Ikan parang ni banyak tulang tapi saya suka sangat. Isinya sedap. Kalau masak asam pedas, duh memang terangkat!

    BalasPadam
  6. alah banyak tulang tu yg leceh tu...

    BalasPadam
  7. a'ah kan tak pernah cuba lagi ikan buat tomyam... selalu sotong, udang, ayam daging jer... :D
    Ermmm kiter suka ikan parang... sodapp! feveret tu...

    BalasPadam
  8. Tak pernah buat tomyam ikan. Selalu buat tomyam ayam je. Tapi nampak sedap. Hehe.. nama kita sama la. :D

    BalasPadam
  9. mesti sedap kuah ikan ni yatie tapi tentu pedas ada cili ngn lada kering ...
    akak pun nk try lah masak camni...

    BalasPadam
  10. saya tak pernah buat tomyam ikan..biasanya tomyam ayam + seafood..
    kesiannya saya pertama kali tau tomyam ikan tu sedap eh..

    BalasPadam
  11. Acik sela lu masak cili api je ikan parang ni yati

    BalasPadam
  12. wahhh... boleh try nih.... tak pernah lagi makan tomyam ikan...

    BalasPadam
  13. menarik.. plak nengoknyaa.. boleh try gini..

    BalasPadam
  14. Akk x suka ikan parang. Byk tulang kan. Lately ni suka buat seafood kuah tomyam. Sedap.

    BalasPadam
  15. Okje boleh aje ikan masak tomyam pun....hehe...kalau tom yam pok tek rasanya mmg buh ikan dan santan....mmg sedap !

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)