JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 17 Mei 2014

GORENG KEREPEK UBI BERLADO.... emmm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan.. Moga sihat dan ceria :)

Selamat berhujung minggu kekawan.. masak apa hari ni.. saya buat goreng kerepek ubi berlado ni dah lama masa saya buat ubi rebus itu hari..ubi-rebus-regu-sambil-tumis, jadi saya ambil lah 2 potong untuk buat kerepek ubi ni, dah lama tak makan.. dulu masa kecik2 ini lah lauk yg dihidang oleh mak saya.. dah adik beradik ramai , jadi makanan apa yg ada disekeliling rumahlah kan..

Gigih saya menghiris halus-halus tu.. masa menggoreng tu.. sikit-sikit di kaup anak2.. terutamanya Nabil.. siap bercerita lagi "dulu2 atuk kata zaman jepun, atuk makan ubi kayu ni lah kan mama" katanya sambil mengunyak kerepek ubi tu.. "ye, tapi tinggal sikit utk mama boleh, sebab mama nak buat lauk, goreng kerepek ubi ni berlado dengan ikan bilis" jawab saya.. "ok mama, tapi lagi sikit boleh" kata sambil tangan mengambil lagi.. aduh macam2 anak ni.. tinggal banyak tu lah yg dapat saya goreng.. En suami pun suka juga.. jadinya sekali hadap sahaja lah sepinggan tu kami lima beranak hehehe..
Kekawan buat lauk ke goreng kerepek ubi berlado ni :)

RESEPI GORENG KEREPEK UBI BERLADO

Bahannya :-
  • 1 batang ubi kayu dihiris nipis
  • 5 biji cili merah *
  • 3 biji bawang merah* (*kisar)
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • garam
Caranya :-
  1. Gaul ubi yg dihiris dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng sehingga kekuningan, angkat ketepikan.
  2. Lepas tu goreng ikan bilis hingga garing, angkat ketepikan.
  3. Kemudian tumis cili kisar hingga wangi dan rasa garamnya.
  4. Lepas tu masukkan kerepek dan ikan bilis yg di goreng tadi. Gaul sehingga mesra dan angkat.
  5. Siap untuk dihidangkan.

14 ulasan:

  1. tak pernah pulak buat lauk...biasanya utk snek je...tapi macam sedap je ..kalau buat lauk...
    cerdik beno budak nabil ya yatie....

    BalasPadam
  2. eeemmmm sedapnya..makan gitu2 juga pun ok...

    BalasPadam
  3. biasa makan camtu je kak..sambil ngaadp tivi..takde buat lauk..

    BalasPadam
  4. Nabil macam kakak tak sanggup nak tunggu lama dijadikan lauk. Siap goreng terus ngap-ngap-ngap:)

    Yg berlado dgn ikan bilis tu makan gitu aje pun sedap Yati:)

    BalasPadam
  5. Feberet seisi rumah ni t...kalau aku kan t masa tumis bwg tu letak daun kari sikit..kemain harum t oiii...aku suka buh gula sikit..biar pds2 manis gitu..mkn ngan nasik psnassss...sedappppnyaaa..

    BalasPadam
  6. telan air liur tengok gambar. sedap tu kalu cicah mayonis

    BalasPadam
  7. sedapnya,, betul telan air liur :)

    BalasPadam
  8. makan panas2 time rangup2 tue perghhh sedap sangat!!!

    BalasPadam
  9. Makan petang2 ketika ubi masih berasap masa hujan-hujan pula sangat sedap....

    BalasPadam
  10. Ehh, boleh guna ubi tu eak, biasa guna ubi kentang jer ...

    BalasPadam
  11. Haihhhh...makan depan tv nehh,.,,tgk2 tinggal bekas kosong jeee nehhh

    BalasPadam
  12. Ohhh ubi mentah tu digoreng ke CH ....bukan ubi rebus digoreng yeh...yelahkan kalau ubi rebus dah kena jemur pulak....Teringin pulak nak makan ubi berlado memalam ni...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)