Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat dan ceria :)
Masak lemak putih labu pucuk manis ni masa hari ahad tempohari.. masa saya tengah memilih ubi kayu tu terpandang pulak labu yg cantik menguning tu.. saya telah dibelah 4, jadi saya ambil 1/4 bahagian tu, pastu tengok kat sayur kampung tu tengok pucuk manis mengamit utk diregukan bersama labu tu... cepat jer tangan saya mencapai pucuk manis tu.. okey juga lunch nanti masak lemak putih labu pucuk manis ni...
Semasa saya memasak buah labu ni.. Nabil terlihat.. "Mama, labu ni makanan kegemaran Nabi kita kan.. makanan sunnah kata ustazah" katanya.. saya tanya" Nabil suka buah labu ni?" "tentulah suka, itu hari mama buat kuih dengan labu ni kan" jawapnya.. tentu Nabil teringat koci labu yg saya buat itu hari.. dah lama tak buat kuih koci labu.. sudah teringin pulak ni.. hahaha ada saja saya ni kan..
MAKANAN KEGEMARAN NABI SAW & KHASIAT BUAH LABU KUNING
Kadang-kandang Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".
Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".
KHASIAT BUAH LABU
1.Vitamin A. Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
2. Kulit Halus Berseri. Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.
3. Antioksida. Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.
4. Rabun Malam. Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.
5. Masalah Paru-Paru. Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.
Wallahu'alam.
Jom intai resepi yg mudah ini kekawan..
RESEPI MASAK LEMAK PUTIH LABU PUCUK MANIS
Bahannya :-
- 1/4 buah labu (dipotong 4 segi kecil)
- 1 ikat pucuk manis (bersihkan dan celur sekejap hilangkan pahit)
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- Segengam ikan bilis
- 1 mangkuk santan (ambil santan yg kedua)
- Garam secukup rasa
Caranya :-
- Masukan labu, bawang hiris, ikan bilis dan santan serta sedikit garam. Masak hingga labu empuk. Kacau selalu supaya tidak pecah santannya.
- Kemudian baru masukkan daun pucuk manis yg telah kita celur tadi bersama dengan cili merah yg dihiris. Kacau sebentar dan rasa garamnya.
- Setelah semuanya secukup rasa tutup api dan siap untuk dihidang.
sedapnye kak gulai lemak labu nie..makan ngan ikan masin nasi panas2..sedapppp..
BalasPadamfalsya suke bile labu nie wat cekodok..sedappp..hehe
salam kak...wahh sedap masak lemak putih Labu ni..cantik plak kak potong2 labu tu mcm tu...hihi..klu sy mmg kerat2 segiempat je...hehe..
BalasPadamPandai Nabil...:)
sedap lauk ni. tapi saya tak makan labu. kalau mak masak, makan kuah je. sedap rasa manis2 labu
BalasPadamsedapnya..dh lama x masak cmni...kalau kt kg chek selalu msk..if x de pucuk manis..msk dgn pucuk labu pun sedap ...baru tahu byk khasiat...before x berani nk mkn sgt takut angin..
BalasPadamsedap tu kak...makan dengan sambal belacan yg pedas kaw-kaw...saya pun suka labu..buat pengat labu pun sedap..labu tumis pun sedap...
BalasPadamsedapnya sayur lemak labu....ada sambal lagi lah mengancam....
BalasPadambaru tau banyak juga khasiat labu ...yang akak tau biji labu ni boleh merangsang otak..
T kemain berseni-seni ko memotong labu tu yer...beza sgt dgn aku yg carca marba ni...janji ado kannn...sedap ker T..aku tak penah masak Labu pun T..tp kalau beli kuih koci labu tu laju jer aku mkn...
BalasPadamSenang jer Nee potong dgn cutter tu.. tekan2 dah terpotong macam tu.. pada tekak aku laki bini sedap jer lemak putih pucuk labu tu.. ehe ;)
BalasPadamManis labu tu terasa lemaknya.. kuih koci labu lagi sodappp ;)
ya Allah sedapnye...dugaan betul ni hehehehe... biase laa puase2 ni semua pun tgk teliur gile2...
BalasPadamtapi lieya mmg suke masak lemak labu nie....mkn lak ngan ikan goreng2 pastu ade sambal belacan...phewwww mmg dah kene ragu tu....
btw, cantik pic sis...
sedapnyeeee!!
BalasPadamlawan dengan nasi panas dan ikan gorenggg!
memang makan bertambah2.
sedapnyeeee
cantiknya presentation labu tu..:)
BalasPadamselain sedap dimakan, kita dah amalkan salah satu sunnah Baginda SAW juga...jom makan labu selalu :)
Makanan sunnah dan sedap pulak tu. Ini kalau makan kena ada ikan goreng dan sambal belacan dan ulam memang terangkatlah Yati..
BalasPadamKalau sayalah potong labu tu untuk dimakan seisi keluarga, memang saya hempuk saja, takdalah secantik ni :) Saya pucuk manis tak makan tapi part labu masak lemak putih ni memang terliur.
BalasPadamsedapnya...tapi ramai yg kata makan buah labu ni...nanti angin...
BalasPadamlepat labu pun sedap...
sedapnya....! saya tak pernah masak labu. tp bila tgk akak masak ni rasa teringin plak :)
BalasPadamsaya suka labu masak lemak..pastu makan dengan sambal tumis dan nasi..umpppp..
BalasPadamvitamin A..yesss teringat doktor cakap semalam..anak saya kurang vitamin A..huhu
Sedapnyer!!! tun suka makan labu masak lemak.. tp husben tun xminat.. huhu
BalasPadamOKje suka makan labu ni CH tapi jarang sangat beli labu budak budak tak makan rasanya, apatah lagi buat sayur, kalau pengat tu bolehlah jugak
BalasPadampeminat labu datang mengomen.hehe
BalasPadamsy mmg suka makanan berasaskan labu,cuma syur lemak labu je tak berapa sgt..mmg sy tak suka lauk bersantan agaknya...
cantiknya potongan labunya. tq for the info, pasni makin kerap la cari labu juga
BalasPadamMakanan sunnah ye Yati, thanks for info. sedap nampak yati masak, keluarga sayang ni :)
BalasPadamok.. semalam ade beli setengah.. t bole cuba resipi.. mintak share ye .. :)
BalasPadamAnim memang tak berapa makan labu, tapi bila tengok dish akak ni telio pulak hehe :D
BalasPadamsalam yati, sedap nya nampak labu tu lama dah tak makan nanti nak beli labu lah nak masak macam ni
BalasPadamassalam yatie..acik kalau masak lemak labu acik letak daun kuniyit lepas tu goreng ikan dan buat sambal belacan
BalasPadamcara potong labu pun bukan main berseni lagi…. lagi la menggoda bila tgk pic tu..
BalasPadammakan dgn sambal belacan & ikan kering... wahhhhhhh sedapnyer....
BalasPadamsedapnya.. ada pulak sambal belacan.. sure makan bertambah...
BalasPadamsalam kenal ya :)
Sedapnye...
BalasPadam