JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 27 Ogos 2014

WW :: Jom TENGOK Malam Ni BULAN Ada DUA... ^___^

Assalamualaikum kekawan....Semoga sihat dan ceria.. 

Saya ambil dari wall FB yg di kongsikan oleh kekawan di FB.. semoga benarlah hendaknya.. Jadi malam ni jom kita TENGOK BULAN ADA DUA ni eheh :)




Pada 27 Ogos 2014 akan menjadi dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk ia. Pada hari ini Marikh akan sangat terang dan seperti bulan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 juta km dari bumi. Pada hari ini Jangan lupa untuk melihat ini pada 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi di tahun 2287. Sila berkongsi dengan semua. Kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua di tahun 2287.

Copy n paste. 

Wallahuaklam.

19 ulasan:

  1. Itulah.. kami menunggu juga nak saksikan keajaiban ni.. harapnya tak tertidur awal nanti..

    BalasPadam
  2. JM pun ada terima info ni semalam...n ktry lah mlm ni

    BalasPadam
  3. Kakak pun dpt WhatApps family tentang ini.
    Harap-harap kakak dapat tengok juga - janganlah lupa.

    BalasPadam
  4. dah pakat dgn anak kakak nk tengok tapi hanya mampu merancang....tup2 msing2 tidur kelak...hihiii.

    BalasPadam
  5. Saya selalu tidur lewat, paling awal 12 malam... Malam ini jika tak hujan tentu dapat lihat fenomena yang berlaku sekali seumur hidup itu. Harap-harap tak hujan kerana sekarang ini musim hujan lebat di Kedah...

    BalasPadam
  6. Harap dapat lah tengok malam ni..:)

    BalasPadam
  7. Okayyy..TQ sebab bagitau...saya nak tengok!!

    BalasPadam
  8. Pihak ANGKASA dah umumkan berita tu palsu

    BalasPadam
  9. SIARAN MEDIA
    PENAFIAN BERKENAAN MARIKH MENJADI SEBESAR BULAN AN BULAN BERKEMBAR

    Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan ini menafikan mesej-mesej di laman sosial dan juga pesanan ringkas yang mula tersebar berkenaan dengan kemunculan Bulan Berkembar dan juga Planet Marikh akan membesar seperti Bulan pada 27 Ogos 2014ini.

    Ia merupakan mesej lama yang telahtersebar sejak tahun 2003 lagi. Adalah dimaklumkan bahawa jarak planet Marikhadalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan adalah 201.69 juta kilometeratau 125.28 juta batu dari Bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yangdikhabarkan. Pada jarak ini, Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintangmerah di langit malam. Marikh juga akan terbenam sekitar jam 12 tengah malamdan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.
    Manakala bagi keterangan berkenaan dengan Bulan berkembar dan juga gambar yang diolah semula itu, adalah jauh dari kebenaran. Seperti yang kita sedia maklum, Bumi hanya mempunyai sebuah satelit semulajadi iaitu Bulan yang sentiasa dapat kita lihat. Untuk makluman juga, Bulan pada hari berkenaan, 27 Ogos2014 adalah pada fasa anak Bulan dan bukannya Bulan penuh seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut. Bulan juga akan terbenam awal pada haritersebut iaitu sekitar 8:30 malam dan ianya tidak lagi kelihatan pada jam 12 tengah malam seperti yang ditulis dalam rantaian mesej berkenaan. Fasa bulan penuh yang terdekat adalah pada 11 Ogos 2014 dan 9 September 2014.
    Menambah kepada dua fenomena yangpalsu ini adalah yang mana ia hanya akan berlaku lagi pada tahun 2287. Fenomenaini adalah tidak benar sama sekali dan tidak akan berlaku, jauh sekali untuk berulang pada masa akan datang. Kelemahan helah ini adalah kepada ketiadaan sumber penulis dan rujukan dari hasil penulisannya. Dan masyarakat Malaysia harus lebih bijak dalam menyampaikan berita dan juga mencari kesahihannya sebelum memanjang-manjangkan berita palsu seperti ini.

    MARS THE SIZE OF MOON AND DOUBLE MOONHOAX IRCULATING THE GLOBE, AGAIN

    On 27th August 2014 therewill be two moon. The whole world is waiting for it. On this day Mars will bevery bright and like moon everyone can see it with naked eyes. This day it willbe 34.65 M Miles away from earth. On this day do not forget to see this at12.30 night. Because you will see two moons in the sky. This event will happenagain in the year 2287. Please share this with all. Because those who areliving now cannot see it second time in the year 2287.

    -Tamat-

    Disediakan oleh :
    Unit Komunikasi Korporat,
    Agensi AngkasaNegara (ANGKASA)
    bp: Ketua Pengarah ANGKASA
    www.angkasa.gov.my/ http://astronomi.angkasa.gov.my
    Tel: 03-2273 4303 Fax: 03-2273 5488

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib baik baca komen ni...kalau tidak dok tggu macam bulan tak jatuh2...huhu.

      Padam
  10. hehehe.. ade penafian dah.
    ok2.. baru nak tunggu tgk malam nih. :)

    BalasPadam
  11. pukul 12.30mlm nie falsya bertenggek kat balkoni..hehe..

    BalasPadam
  12. oooo...kalau la betul...dlm berapa tahun tu...

    BalasPadam
  13. Kalau takda penjelasan pun memang saya dah lama berdengkur kot :)

    BalasPadam
  14. Tak adakan hari tu rasanya....dusta semata.... ke ada dua? Tak baca paper hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)