JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 23 April 2015

GORENG IKAN MERAH SAMBAL SERAI .... eemmm sodap tu :)

Salam petang yg ceria kekawan :)



Inilah regu masak Lemak Putih Labu Bayam , Goreng Ikan Merah Sambal Serai.. memang ngam betul regunya kekawan.. Nabil cukup suka sambalnya.. aroma serai sewaktu menumisnya .. buat hidung Nabil kembang kuncup.. hingga berlari kedapur 
"Mama, masak sambal apa tu.. sedapnya bau" tanyanya..
"Ni mama masak goreng ikan merah dengan sambal serai" balas saya..
"Dah boleh makan ke .. dah lapar ni?" tanyanya, teruja sungguh dia tu..
"Dah boleh, semua dah masak, panggil kak jeeha , kemas meja makan dan sendukan nasi " kata saya..
Dah lama sebenarnya saya tak masak sambal serai ni kekawan.. memang bertambah nasi dibuatnya.. sampai en suami tanya .. "ada tak lagi nasi di periuk?" Nasib masak nasi banyak tadi , rupanya anak-anak pun nak menambah :)

Jom kekawan intai resepi yg mudah ini.. saya kalau weekdays memang masak yg simple je.. satu sayur berkuah dan satu lagi goreng berlada :D

RESEPI IKAN MERAH SAMBAL SERAI 

Bahannya :-
  • 3 keping isi ikan merah ( saya kerat dua)
  • 4 biji cili merah*
  • 8 biji cili api* (boleh kurang/tambah mengikut kepedasan masing-masing)
  • 2 batang serai (dihiris dulu)*
  • 1 inci halia*
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 biji bawang merah kecil* (*dikisar sekali)
  • garam dan kunyit utk goreng ikan
Caranya :-
  1. Kunyitkan ikan bersama garam, kemudian goreng ikan sehingga habis, ketepikan.
  2. Tumis kan bahan yg dikisar dan letakan garam, goreng sehingga wangi.
  3. Kemudian masukan ikan ke dalam kuali gaul mesra bersama sambal tadi.
  4. Angkat dan siap dihidang bersama nasi putih panas.


9 ulasan:

  1. memang sedap yatie ikan masak camni...tapi kakak ingat guna lada kering .Masak lemak labu dengan bayam tu kakak suka juga tapi kalau ada geng makan ok gak sebab kat rumah kakak ni banyak beno yang tak makannya .

    BalasPadam
  2. Yang ini memang membuka selera. Bukan Nabil aje tak tahan bau, tak sabar nak makan. Aunty ni pun tak tahan lapar baca entri ni, Nabil :)

    Ikan merah favorite kami anak beranak. Masakan ini memang empat-empat ahli keluarga kat rumah saya ni kata 'OK'.

    BalasPadam
  3. ha... best ni... selalu saya buat dengan ayam

    BalasPadam
  4. aduhh kak..sedapnya masak begini... nak cuba nanti..:)

    BalasPadam
  5. Mana tak bertambah gandingan yang sangat sesuai. Sehingga menjilat jari/pinggan hikhik...

    BalasPadam
  6. Esok bolehlah minta puan isteri buat masakan ini, di Kedah cuti esok...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)