JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 21 April 2015

KAJI SELIDIK KWSP- ANDA HENDAK 55 TAHUN ATAU 60 TAHUN... Tepuk Dada Tanya Iman..

Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yang ceria..





Sekarang ni KWSP sedang mem
buat kaji selidik untuk bertanya pada ahli KWSP sama ada hendak pengeluaran 55 tahun atau 60 tahun... 
Sejujurnya bagi saya menyokong utk mengeluarkan KWSP sepenuhnya pada usia 55 tahun.. diwaktu itu kitakan dah bersara.. banyak duit diperlukan untuk menyelesaikan segala hutang piutang... dan masa tu lah nak pergi menunaikan haji walaupun saya telah menunaikan haji.. alhamdulillah.. 

Jom kekawan kita Vote untuk k 55 tahun..
Klik DISINI

Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP ini adalah langkah KWSP untuk:
  • memberi maklumat lanjut mengenai inisiatif penambahbaikan bagi menambah simpanan persaraan ahli KWSP; dan
  • mendapatkan maklum balas ahli KWSP menerusi kaji selidik khas yang akan dibuka mulai 21 April hingga 5 Mei 2015.
KWSP ditubuhkan pada 1951 dengan mandat untuk menyediakan kemudahan menyimpan dan melindungi simpanan persaraan untuk ahlinya yang terdiri daripada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen di sektor awam.
Selaras dengan mandat yang telah diberikan, KWSP telah mengenalpasti beberapa faktor yang memberi kesan kepada kehidupan pesara pada masa akan datang seperti:
  • Peningkatan Kos Sara Hidup
  • Jangka Hayat dan Tempoh Persaraan Yang Semakin Meningkat
  • Simpanan Persaraan Yang Tidak Mencukupi
Sehubungan itu, KWSP mencadangkan beberapa inisiatif penambahbaikan bagi memastikan jumlah simpanan persaraan ahli meningkat dan mampu untuk menampung tempoh persaraan yang semakin panjang.


1. Perubahan Kos Sara Hidup



Kos sara hidup yang meningkat dari tahun ke tahun merupakan faktor utama yang mempengaruhi kemampuan ahli menabung untuk simpanan persaraan. Kos sara hidup meliputi perbelanjaan seisi rumah seperti:

Ilustrasi di atas adalah senario di Malaysia di mana kebanyakan ahli menghadapi masalah yang sama.
Implikasi:
Kadar peningkatan simpanan persaraan tidak selari dengan kos sara hidup yang meningkat secara mendadak.

Info Penting: Keperluan Menanggung Pelbagai Generasi




  • Kajian oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan seorang daripada lima pekerja di Asia berada dalam golongan Generasi Sandwich. Biasanya golongan ini adalah di antara umur 30 dan 45 tahun, berkahwin, menanggung satu atau dua anak dan ibu bapa serta mertua mereka.
  • Menurut kajian tersebut, lebih daripada satu pertiga daripada generasi ini terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan keluarga sehinggakan 50 peratus terpaksa mengurangkan simpanan mereka dan orang di bawah tanggungan mereka apabila bersara kelak.

2. Jangka Hayat dan Tempoh Persaraan Meningkat


Masyarakat kini hidup lebih lama berikutan kemajuan bidang perubatan dan teknologi.

Realiti semasa:
Fakta 1:Jangka hayat semakin meningkat
Fakta 2:Tempoh persaraan semakin panjang
Fakta 3:Tahap kesihatan semakin menurun selepas persaraan
Fakta 4:Pendapatan tetap berkurangan/tiada selepas persaraan
Implikasi:
Kualiti gaya hidup selepas bersara kemungkinan akan merosot dengan ketara.



11 ulasan:

  1. I am for 55... duit kita, derang got no right nak tahan pengeluaran patutnya kan?

    BalasPadam
  2. Ada2 sjer diorg nikan.....snglah sikit diorg nk pinjam duit rakyat...dh tenat sgt dh malaysia ni...

    utk pengetahuan semua juga bila ada sipencarum meninggal kiss ada peruntukan sbyk rm2500 ...tapi diorg tak bg tahu sgt bnda ni ramai yg tak pergi ambil sbb tak tahu...bila tak ambil tak taulah msuk poket sapa....yg pnting skli kena bg penama waris, mti hilang entah kmna duit tu.....besar amanah jaga duit org...terambil sedikit tanpa izin jenuh nak menjawab di sana..luasnya pdg mashyar tu tak boleh nak gambarkan...dashyatnya...satu hal plk nak mencari......

    BalasPadam
  3. Kwsp bkn kiss hihi...besar nar jari ni...

    BalasPadam
  4. ala.. cakap je kwsp nak suh kami kepam duit tu je..tak payah guna.. haihhh...

    BalasPadam
  5. hahaha.. sy nak 55 thn.. suka hati kiter lah nak buat apo dgn duit tu kan.. hehe

    BalasPadam
  6. Arrgh, frust sebab tak boleh vote... dah lupa kata laluan i-akaun... dah lama tak check... Nanti lah, kena call jugak hotline number nak dapat kata laluan tu... Nak vote for 55 yrs...
    Kelakar pun ada cara penerangan mereka tu... Justifikasi yang tak matang... Terkejut juga yg purata jangka hayat manusia skrang ni 75... hurm, sumber dari mana pun tidak dinyatakan...

    BalasPadam
  7. Kena pakat vote 55 tahun. Hak kita sebagai pencarum kan. Lepas dapat tu boleh buat benda wajib yang masih belum buat insyallah.

    BalasPadam
  8. Tak payah votelah sebab memang kita dah tahu jawapannya. Sebagai pencarum, memanglah kita nak 55 tahun. Penat bekerja tapi akhirnya nanti jadi lawak macam dalam kartun di atas! Mereka pun tahu apa pilihan kita sebagai pencarum, buat apa nak susah-susah suruh vote. Dah tentu majoriti nak 55 tahun kan....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)