JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 30 April 2015

MASAK SINGGANG IKAN SELAR KUNING ... emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya ..

Masak singgang ni minggu lepas, masa tu en suami tak ada, jadi senang kerja saya anak-beranak, masak yg mudah dan cepat di makan. Tambahan ikan selar kuning ni en suami tak makan.. jadi elok juga masak masa dia tak ada.. ehe :)

Dah lama tak masak singgang ikan ni, maka acara hirup menghirup kuah lah kami anak beranak ehe..
"Sedap lah mama, lama kita tak makan lauk macam ni ye mama" kata jeeha..
"Cepat pulak masaknya" tambah Nabil..
" sebab dah lama tu lah , makannya bertambah, sedapnya terasa ditekak" jawab saya..
"Kena cari yg cepat masak Nabil, jadi lah lauk nya, Nabil suka tak?" tanya saya..
"Suka sebab kuahnya tak pedas pastu ada masam2 sikit" balasnya..

Itu lah perbualan kami tiga beranak di meja makan.. dah kurang dua orang.. kakak di madrasah.. en suami pulak kerja.. 
Mesej kata tak dapat balik hari tu sebab kerja banyak..
Terasa tak meriah meja makan tu.. saya ni bila nak masak2 ni selalu teringat kakak nabilah.. jadi bila dia balik mesti tanya dia nak makan apa, nanti mama masakan.. 

Jom intai resepi yg mudah ini kekawan..

SINGGANG IKAN SELAR KUNING

Bahannya :-
  • 4-6 ekor selar kuning
  • 1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai di ketuk
  • 5 biji cili api dibelah tak putus
  • garam secukup rasa
  • 3 cawan air.
Caranya :-
  1. Masukan kesemua bahan kedalam periuk, masak hingga mendidih, kemudian masukan garam, lepas tu tutup api, siap dihidang.
"Apa macam senang bukan (^___^)



10 ulasan:

  1. dah lama tak makan singgang pekena dengan budu. hehehe sedap jugak tau

    BalasPadam
  2. Salam kak...nyumm.... teringin nak makan ikan singgang bila tgk akak masak ni..hehe... hirup kuah tu yg best...:)

    BalasPadam
  3. singgah pagi..
    nieyl nak cuba buat laaa...hopefully menjadi laaaaaaa :)

    BalasPadam
  4. Kakak kalau masak singgang macam ini Yati suka kuah dan bendi dia.
    Sayur bendi masak apa pun kakak suka.

    BalasPadam
  5. sederhana tetapi keliatan istimewa,, hmmm enak,,,,,,,,,,,,,,






    Jelly Gamat Gold G|Obat Asam Lambung Tinggi|

    BalasPadam
  6. Ooo nama je sama singgang, tapi resepinya lain dengan yang biasa family saya masak. Kami kalau masak singgang mesti guna ikan tongkol... dan yang bagusnya kat rumah saya isinya juga pasti habis licin... kalau guna ikan lain pasti ikan nya tinggal tergolek-golek, kuah jer habis

    BalasPadam
  7. Masya'Allah..
    Nikmat Allah mana yang kita tidak syukuri..

    - ada budu.. best nih..

    BalasPadam
  8. Bila tengok menu ni teringat pada arwah abah saya. Menu kegemarannya ni, CH. Kalau dalam seminggu tu mesti emak akan masak singgang untuk abah. Berselera beliau makan. Saya yang tak suka ni pun jadi berselera nak mencuba sama!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)