Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua hendaknya..
Masak lemak labu bayam ni saya buat petang semalam utk makan malam.. labu ni baki buat onde-onde labu tu .. dok fikir lah.. nak regu dengan apalah sayurnya ye.. tengok dalam peti ais ada sayur bayam... boleh cuba jugak lah ... mana tau sedap pulak...
Pergghhh memang ternyata sedap kekawan.. bukan tekak saya seorang jer pun.. Najeeha dan Nabil pun menambah makan masak lemak labu dgn bayam ni.. en suami siap habis kan semua.. tiada berbaki..
"sedaplah mama masak labu dgn bayam ni, manis" kata Najeeha.. kalau budak cerewet makan ni kata sedap memang betullah sedap tu :)
Lepas tu nabil lak bercerita " mama, tadi kat sekolah pun ada masak macam ni, tapi sayur dia pahit"
"Ohhh itu sayur pucuk manis kot dia letak" kata saya..
Patutlah mula-mula dia takut-takut jer nak makan.. bila kak Jeeha dia kata manis tu yg dia mencuba :)
Pastu saya regukan pulak dengan Ikan Merah Goreng Sambal Serai.. lagi bertambah mereka makan..
Jom intai resepi mudah ni kekawan..
RESEPI LEMAK PUTIH LABU BAYAM
Bahannya :-
- 1/4 labu ( dipotong 4 segi kecil)
- 1/2 ikat bayam
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- Segengam ikan bilis
- 1 mangkuk santan (ambil santan yg kedua)
- Garam secukup rasa
Caranya :-
- Masukan labu, bawang hiris, ikan bilis dan santan serta sedikit garam. Masak hingga labu empuk, Kacau selalu supaya tak pecah santan.
- Kemudian masuk kan sayur bayam, masak sehingga sayur layu sedikit, lepas tu masukan cili hiris. Kacau dan rasa garamnya.
- Setelah semuanya secukup rasa , tutup api dan siap utk dihidang.
Alamak...sedapnya...makan pula dengan ikan goring sambal...memang sedap lah....
BalasPadamsalam kak.. wahhh ..sedap bangat ni... haha..boleh lah masak utk berbuka puasa nti..selalu sy makan agak kuning ( sbb letak kunyit kot)...
BalasPadamsemalam baru makan kak..lepas tu malam, minta en asbeen mengurut..udah berangin..kikkikii
BalasPadamBila padanan cantik mestilah rasanya pun sedap Yati
BalasPadamKakak sejak dah tua ni jarang dah lemak-lemak ni Yati. Masak kari pun kadang akak tak letak santan dah..
assalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi khamis
sedapnya
ermmmmm yummy...blh cuba ni...
BalasPadamsdapnya..:)
BalasPadamdone follow sini..:)
sedapnye..nasib baik baru ahad lepas falsya makan gulai labu..hehe
BalasPadamterliurnya.... labu dah ade tp kerajinan tu yg tak punya la Yati... camno tuh?
BalasPadamMy fev ..
BalasPadamsambal bel wajib ni
Lapar rasanya tengok menu yang yatie paparkan. Dah tahu mesti sedap.
BalasPadamOh CM biasa juga bubuh bayam dalam lemak labu..tapi tak boleh masak lama2 kan..benyek kang bayam tu he he
BalasPadamLabu di sini memang banyak Yati.. tapi mana pulak K.Sham nak cari bayam.
BalasPadamBayam Arab tak selembut bayam di sana.
Nampaknya kena peram lagi la hajat di hati.
Ni nak cerita pelik sikit. Saya memang tak makan sayur tapi saya makan labu. Macam biasalah sebab saya anggap labu tu 'buah' :)
BalasPadamMasak lemak labu ni ada jugalah saya makan tapi memang takdalah sampingannya macam bayam, ke pucuk manis ke...