Assalamualaikum kekawan..
Semoga berada dalam rahmat Ilahi hendaknya :)
Sungguh meloyakan saya tengok.. patutlah en suami saya tak suka ikan masin dan udang kering yg dibeli disebarangan tempat.. rupanya macam cara pembuatannya.. Terima dari wasap group.. fikir-fikirkan lah ye kekawan..
JIJIKNYA PEMBUATAN IKAN DAN UDANG KERING.
Saya biasa ke Kuala Gula,Perak membawa keluarega makan ketam lembut dalam sebuah restoren dalam sungai.Tersesaat jalan,lalu tiba ke kawasan orang Cina menjemur udang dan ikan buat kering.Mereka kelihatan mencelup atau membasuh udang yg direndam dalam air parit yg seperti air acar rumah kita dikampung,sangat jijik.Jemuran ini dibuat disepanjang tepi jalan dan mana saja ada kawasan.Saya tersesat ke sebuah tokong dan kelihatan anjing berlari lari atas jemuran udang dan ikan selain ada yg tidur berguling atasnya.Bila tiba di restoren,saya bertanya hal itu pada kawan yg selalu datang,mereka mengatakan itu kebiasaan,dan mereka memang tak makan udang dan ikan kering.Teringat juga semasa menghadiri mesyuarat di Pulau Pangkor dulu,dari bilik hotel jelas kelihatan anjing berlari atas jemuran udang,Saya tak beli dah udang kering kalau bukan made in melayu.
Ada orang sangat suka makan gelama masam,tenggiri masam, dan temenung(kembung) lengat.Memang sedap makan dg nasi panas atau nasi kerabu.Hukum ikan yg diperam atau dimasak dg najisnya tidak dibuang dahulu adala haram dimakan kerana najis akan bercampur dg isi.Ikan yg biasanya kecil seperti bilis sahaja diharuskan.Dg itu ikan gelama masam,tenggiri dan temenung lengat tidak boleh dimakan jika tidak dibuang perutnya sebelum diperam atau dilengat.Diutara telah ada orang melayu buat gelama masam halal dg membuang perutnya.Bertanyalah dulu pada penjual sebelum membeli.Ini bukan soal perkauman tetapi soal orang bukan Islam yg mengeluarkan makanan tidak meperduli aspek kebersihan,tidak terikat hal halal haram.
Perkara ini saya utarakan kerana kita kadang kala tak sedar memakan benda haram.Tabiat makan ikan masin dan ikan masam ini telah lama berlaku,dan ia dibuat boleh orang bukan Islam yg tidak mengambil kira soal halal haram kerana agama mereka tidak ada masalah tersebut.Soal nak rendam dalam air longkang,mereka tak peduli dan tak rasa bersalah,soal anjing nak berlari dan kecing dlm jemuran,mereka tak peduli.Yg jadi soal,pada kita.Kita patut memilih.kita patut sediakan makanan kita sendiri,kita patut menyelidik sesuatu yg nak dimasukkan dalam perut kita kerana ia akan menjadi darah daging,kerana kita terikat pada halal haram..
Perangai ambil mudah itulah yg menyebabkan seorang kawan Cina saya berkata ,”Lu Melayu cakap tarak makan babi aa,lu makan lagi manyak dari kita loo,dlm kicap ada tulang babi,dalam mee dan kuewteow ada minyak babi, ,ada keropok goreng guna minyak babi,ada biskut campur lemak babi,ada kuah rojak campur darah babi.Lu cakap tarak makan kotor aa,ikan kering rendam dlm kotor punya air,udang jemur tepi jalan anjing tolong jaga,lu tau ka kuah rojak cina pakai darah ayam, itu sebab warna merah tua dan sedap,,sos cili pakai...aiya,manyak mau cerita laa.Sendiri pike loo.
NAK PASTI MAKANAN BERSIH DAN HALAL,SEDIAKAN SENDIRI.JIKA TIDAK,PASTIKAN ANDA TAHU IA BENAR-BENAR BERSIH DAN HALAL.
ABD GHANI HARON
Salam hujung.minggu kak..erkk mmg tak akan makan lah klu mcm ni.. klu kt sabah ni memang majority yg buat melayu kita jg..so tak was -was sgt nk.mkn...
BalasPadamMcm2 yg kita tak tahu kak..halal haramnya..ingat tempek jea logo halal..semuanya halal..sekrg nk beli byk kena pk
BalasPadamjijik sungguh...apatah lagi bila cina sendiri yang bagitau begitu.
BalasPadamJijik...kak Zai rasa macam nak muntah. Betul kata cina tu orang melayu makan aje apa yang dijual tanpa mengambil kira status kebersihan sesuatu barang. Yang sedihnya mana orang2 yang bertanggung jawab dalam perkara tersebut.
BalasPadamMakan gaji buta
Padammemang tersangat jijik.....
BalasPadamYa Allah terusss kemabng tekak Fai ni... nak termuntah pula rasanya.. nasib baik Fai tak berapa suka sangat ikan masin ni kak. Lepas ni wajib berhati-hati dalam memilih ikan kering atau udang kering.
BalasPadamSubhanallah..
BalasPadamTak terkata dah. Paling senang.. once dah was-was.. jangan makan sajalah.
Tambah pulak.. masih banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan.
Wallahu'alam..
Lagi kita selidik, lagi banyak kita tau kelemahan sesuatu produk makanan. Seperti makanan di kedai mamak yg sedap itu, kita mungkin tak lalu makan masakannya jika melihat kotoran di dapurnya (bukan semua). Begitu juga jika makan sayur, jika kita ke ladang sayur, terlihat air siramannya (ada yg bercampur air kencing), bajanya (ada yang guna bahan tak halal), lepas itu mungkin kita tak beli sayur lagi.
BalasPadamish menjijikan...
BalasPadamAduhai, CH.... Loya tekak saya ni dengan hanya membaca penerangan sahaja. Bila tengok gambar tu lagilah bertambah kembang tekak. Ish, serik macam ni! Memang saya suka ikan tenggiri masin tu tapi dah lama sangat tak makan sebab susah nak cari. Nasib baik.... Lepas ni kena fikir beribu kalilah setiap kali membeli!
BalasPadamishh..kenapa macam tu? tapi mana kita nak tau kan cara pembuatan benda yg kita beli tu..tawakkal jelah..huhu
BalasPadam