Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya...
Biasa lah saya ni, bila balik kerja mesti nak cari menu yg cepat dan mudah.. petang tu selasa tu teringat resepi kakzakie Ikan Goreng Air Asam. Apa lagi terus rujuk blog kakzakie utk mencari bahan-bahannya.. Kebetulan dalam peti ais saya ada isi ikan merah.. emmm sedap juga dicuba ni.. kekawan boleh terjah blog kakzakie..disini
Petang tu saya gorengkan sayur kangkung goreng, dan goreng kentang bersambal.. memang cepat lah kerja saya..
Memang sedap ikan goreng air asam ni, bagi saya ni, siapa yg baru balik demam sesuai sgt masak ni, sebab ada rasa masam-masam tu, bila kita demam kan tekak nak makan yg masam gitu.. itu saya lah kekawan.. dan saya rasa sesuai juga untuk lauk dalam pantang bersalin ni.. sedap sungguh..
Bahan-bahannya pun sungguh mudah kekawan.. jom kita intai resepinya.. ini sukatan bahan2 mengikut saya tau kekawan sebab kakzakie hanya sebut bahan2 nya aje.. tak ada kuantiti.. jadi utk senang saya rujuk semula diblog saya, saya letaklah sukatannya.
RESEPI IKAN GORENG AIR ASAM
Bahannya:-
- 2 keping isi ikan (terpulang ikan tinggiri atau merah ikut kekawanlah ye :)
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 3 biji bawang merah kecil dihiris
- 2 inci halia dihiris
- 1 inci kunyit hidup dihiris
- 1 batang serai diketuk
- 2 biji tomato
- 1 sudu kecilasam jawa dibancuh bersama satu mangkuk air
- 5 biji cili padi di belah dua tak putus
- Garam secukup rasa
Caranya :-
- Kunyit dan garam ikan, kemudian goreng sehingga masak. Ketepikan
- Tumis pula bahan hiris sehingga wangi.
- Kemudian masukan masukan air asam bersama cili api potong, masak hingga mendidih.
- Selepas itu masuk ikan,serai dan tomato, masak sebentar, kemudian letak garam secukup rasa.
- Siap dihidang bersama nasi putih panas.
Singgah pagi...
BalasPadamwah!boleh try nanti...:)
kakak selalu buat yatie sebab Iman suka sangat kuahnya yang masam2 tu ,cuma kakak tak taruk cili ...kakak buat guna ikan apa saja asal banyak isi...sedap kan yatie.
BalasPadammenarik ni..boleh di cuba.
BalasPadamnyummm..sedap nya kak..selalu juga masak mcm ni bila en suami request...hihi..
BalasPadamsedapnya
BalasPadammemang yummy kan kak..nak plak ikan merah, isi banyak..
BalasPadammemang sedapni.. kitapun suka makan lauk gini2.. ada asam2 sikit... kuahnyer tak ler banyak sangat.. lepastu der bawang dan lain yang dihiris2tu.. ehm yummmy...
BalasPadamResepi simple dan sedap ni yatie, boleh try ni cepat dimasak sedap di makan haha
BalasPadamaduhaiii kak..menjejes ailio dh nie...
BalasPadamadoi sedapnya
BalasPadamsimple tp membuka selera kan...
BalasPadamayah saya cukup suka kalau masak ni.
BalasPadamT.kasi Yati.
BalasPadamInsya'Allah dah masuk list K.I.V ni.
ada buah suka2 resipi. tp kita letak cuka.
BalasPadamkalau sedap...wajib dicuba ni kak yati
BalasPadamemm sedap..sy suka sangat ikan masak Asam..boh kuah banjir makan dengan nasi panas terbaiklah...
BalasPadamdok fikir nak masak apa lah ikan kerapu kat umah tuh mlm ni.. yeahhh dah dapat idea kat ini.. TQ TQ
BalasPadamBoleh try nanti .....mmg nampak simple tu.
BalasPadamCH bukan org kerja je nak masak yg simple simple , org duk rumah pun sama haha...
Dua kali terliur sudah saya ni, CH. Kali pertama tengok dalam blog Kakzakie. Kali ni di sini pulak. Memang nampak mudahkan. Tapi selalu je bila dah ada kat dapur, buntu tak tahu nak masak apa. Balik-balik menu sama juga. Saya pun nak cubalah juga. Kalau saya seorang je yang makan nanti pun tak pa sebab ikan merah saya suka :)
BalasPadam