Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Kad Dari Nabil dimuka pertama :) |
Buka muka yg kedua.. siap ada pelangi lagi.. |
Buka yg tengah.. tengok ucapannya.. lepas tu doakan uwan cepat sembuh.. mereka tahu saya sekarang sibuk dengan kesihatan mak saya.. |
Belakang sekali.. Sanah Helwah dari Nabil.. Mama Love U Nabil |
Ini kad dari Najeeha.. |
Lebih kurang sama ajer .. mendoakan uwan cepat sembuh.. |
Belakang sekali sama saja tapi siap tulis sory buruk tak apa sayang.. janji keikhlasan kalian ingat hari lahir mama |
p/s Saya kekurang satu kad dari Kakak Nabilah.. tak tahulah bila dia balik apa yg dia lakar utk saya.. tapi semasa saya menghantar dia balik ke madrasah pada hari ahad tu dia sempat cium pipi saya cakap Selamat Hari Lahir Mama untuk esok 25/5..
Tahukah kamu anak-anak semakin bertambah usia mama semakin dekat mama kepada kematian.. bertanya pada diri sudah bersedia kah kamu Yati.. apabila ditanya "Untuk apa usia mu dihabiskan?"
Utamanya manusia akan ditanya tentang empat nikmat yang utama, yakni tentang umurnya, ilmunya, hartanya dan badannya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
لاَ تَزُوْلُ قَدَمَا عَبْدٍ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ: عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَ أَفْنَاهُ, وَعَنْ عِلْمِهِ مَا فَعَلَ بِهِ, وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَ أَنْفَقَهُ, وَعَنْ جِسْمِهِ فِيْمَ أَبْلاَهُ.
Artinya: “Tidak bergeser kaki seorang hamba sehingga ia akan ditanya tentang empat perkara (yaitu):(1) Tentang umurnya untuk apa ia habiskan?; (2) Tentang ilmunya untuk apa ia amalkan?; (3)Tentang hartanya darimana ia dapatkan dan kemana ia belanjakan?; dan (4) Tentang badannya untuk apa ia gunakan?. (Sunan At-Tirmidzî).
Sungguh usia yang diberikan kepada kita semestinya kita gunakan untuk muhasabah, merenung, mengoreksi diri dan menghisab diri tentang seberapa tinggi ketaatan kita kepada Allah Ta’ala. Sebagaimana Firman-Nya:
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ, فَذُوْقُوْا فَمَا لِلظَّالِمِيْنَ مِنْ نَصِيْرٍ.
Artinya: “…Dan apakah tidak cukup Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?, maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun”. (Q.S. Fâthir: 37).
Umur adalah kesempatan maka janganlah disia-siakan. Sekarang mari kita bertekad bahwa tidak akan ada lagi waktu yang berlalu sia-sia. Kita gunakan usia kita untuk berbuat amal shalih sebanyak-banyaknya sebagaimana hadits Nabi SAW:
أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ.
Artinya: Sesungguhnya ada seorang laki-laki yang bertanya: “Ya Rasulullah siapa manusia yang paling baik?”, beliau bersabda: “Barang siapa yang dipanjangkan usianya dan makin (bertambah) baik perbuatannya”. “Lalu siapa manusia yang paling buruk”, ia bertanya lagi. Beliau bersabda: “Barang siapa yang dipanjangkan usianya namun buruk amal perbuatannya” (Sunan At-Tirmidzî, no. 2330).
alhamdullilah
BalasPadamSangat menyentuh hati bila anak2 pandai menghargai... :)
BalasPadamTapi bila dopat macam ini hati rasa sayu kan Yati
BalasPadamMereka masih memerlukan bimbingan kita lagi..
Moga panjang usia dan terus diberi kesihatan terbaik utk menjalankan tanggungjawab dan menambah bekalan di sana Yati..
semoga mereka menjadi anak2 yang soleh/solehah kelak..Aamiin!
BalasPadamSinggah pagi...
BalasPadamYa Allah...bahagianya rasa hidup ini...
bila anak² sentiasa ingat akan ibu ayah mereka...
Semoga Allah kurniakan nieyl anak² yg soleh n solehah jugak :)
seronoknya bila dapat kad dari yang tersayang kan kakak
BalasPadamterharu kaknoor tengok, kecik2 dah pandai bagi kad segala pada ibu nya kan,mudahan menjadi anak soleh dan solehah nanti yatie ya di atas didikan ibu nya
BalasPadamterharu kan bila dpt ucapan dari anak2....
BalasPadamseronok yatei dapat kada ucapan dari anak2..selamat hari lahir yatie
BalasPadamterharu kakak baca ...apatah lagi dgn kad2 ucapan dari nabil dan Jeha tentunya bermkna bagi seorang ibu.
BalasPadamselamat hari lahir yatie....cantek tarikhnya 25/5/15.
Bertuah Yati, anak2 ingat hari lahir mamanya... cute kad Nabil tu!
BalasPadamkena simpan semua kad2 tuh..... kenangan yang takde harga suatu hari nanti
BalasPadamCH.... hari jadi awak sama ngan anak kita, Angry Bird.....
BalasPadamSelamat Hari Lahir CH, sahabat alamaya solehah.....moga awak akan bahagia selamanya....
Seronok lew tu dpt ucapan dpd anak anak..... Cik Abang dah bagi ucapan ? Hik... hik...
selamat hari lahir kak yati. seronok kan dpt kad drp anak2. tak kisah la apa rupanya. semoga mak akak sihat kembali.
BalasPadamHappy birthday Kak.. tersentuh hati bila dpt kad dr anak kan kak.. so sweet depa ni, dah tau menghargai...moga mak akak cepat sembuh...
BalasPadamKreatif semua anak2 yati..
BalasPadamIngatan tu yg pling utama..kn
Sanah helwah yati
BalasPadamseronok mama dapat kad dari anak2 kan..
BalasPadambegitulah juga yg saya fikirkan kak,bila anak2 semakin membesar,mama dorang ni semakin berusia dan kematian itu bila2 masa saja boleh menjemput..aduhh terasa masih banyak yang belum diajar kepada anak2 ni
mesti rasa terharu dapat kad dari anak2 kan...susah payah diaorg fikir tu nak buat macam mana....sanah helwah kak yatie....moga diberi kesihatan yg baik dan diberkati olehNYA dunia akhirat
BalasPadamKalau dari anak-anak kecil ni, apa pun lakaran mereka untuk kita, memang suka sangat menerimanya. Terharu hati ni kalau dapat apa-apa dari anak-anak. Selamat ulangtahun kelahiran, CH. Semoga panjang umur, murah rezeki, menjadi Muslimah sejati dan berterusan kekal di jalan-NYa serta berbahagia bersama keluarga selagi hayat masih ada.
BalasPadamMemang betul tu, CH. Semakin mereka dewasa, semakin tualah kita dan itu maknanya tempoh hayat kita pun makin berkurangan. Bercampur-baur perasaan bila mengenangkannya!