Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..
Salam jumaat yg barakah.. Dikongsi dari wasap group..
Sumber Google : Masjid Uwais Al Qarni.. |
Uwais Al-Qarni :
Terkenal di langit, tidak di bumi
Dia seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang, kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Hidup sezaman dengan Rasulullah tetapi mereka tidak pernah bersua muka kerana Uwais tinggal di Yaman. Kerap membaca al-Quran dan selalu menangis tatkala membacanya. Pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut. Satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakan sebagai selendang.
Siapalah dia di mata manusia. Tidak banyak yang mengenalinya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara yang mentertawa dan mempermainkannya. Ada yang menuduhnya sebagai pencuri. Manusia mengumpat dan mencelanya kerana kemiskinannya. Uwais telah lama yatim, tiada sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh.
Sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Jika ada wang lebih, Uwais gunakan bagi membantu jirannya yang juga hidup miskin sepertinya. Uwais al-Qarni peluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mengurangkan ibadahnya walau sedikit. Dia tetap berpuasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Ramai tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru pulang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Apatah lagi ibunya sakit dan perlu dirawat.
Hari berganti hari, dan kerinduannya untuk bertemu Nabi tidak terbendung lagi. Pada suatu hari Uwais meluahkan juga isi hatinya kepada ibunya dan memohon izin untuk menziarahi Nabi S.A.W di Madinah. Si ibu dengan rasa terharu meredhai pemergian Uwais dan berpesan agar segera pulang. Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar menemani ibunya selama mana dia pergi.
Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang 400 km dari Yaman. Medan yang begitu panas diharunginya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam mahupun padang pasir yang luas yang boleh menyesatkan. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Namun setibanya Uwais al-Qarni di depan rumah Nabi, ‘Aisyah R.A memaklumkan bahawa Nabi berada di medan perang. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi S.A.W dari medan perang. Namun masih terngiang di telinga pesan ibunya agar cepat pulang ke Yaman. Atas ketaatan kepada ibunya, dia akhirnya pulang dengan hati yang pilu setelah menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Baginda menjelaskan bahawa Uwais adalah anak yang taat kepada ibunya. Walau tidak dikenali di dunia, namanya sangat terkenal di kalangan penghuni di langit sana. Mendengar perkataan baginda S.A.W, ‘Aisyah R.A dan para sahabat terpegun. Menurut ‘Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan pemuda itu telah segera pulang ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda: “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.”
Setelah wafat Nabi S.A.W, suatu ketika khalifah Umar dan Ali K.W. teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni. Sejak itu, setiap kafilah yang datang dari Yaman, mereka selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni sehingga lah satu ketika akhirnya mereka dipertemukan, bilamana Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Pada ketika itu ibunya telahpun wafat. Kesempatan itu diambil oleh Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka sebagaimana pesan Nabi S.A.W. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian. ”Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripadamu”.
Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, segera sahaja Uwais menolak dengan halus dan berkata, ”Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya. Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah ramai orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada ramai orang yang menunggu untuk mengkafankannya. Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada ramai orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebut untuk mengusungnya.
Sumber google : Makam Uwais Al-Qarni |
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang sewaktu hayatnya. Mereka saling bertanya-tanya; “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?
Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.”
Mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahui siapa sebenarnya Uwais al-Qarni. “Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di kalangan penduduk bumi tetapi namanya sangat tersohor di langi[truncated by WhatsApp]
Ooh ini ke Uwais al Qarni tu? Hebatnya beliau ni. Saya pernah google maklumat pasal nama ni dulu, tapi tak dapat banyak maklumat sebagaimana entry ni.. masa tu saya google sb nama anak Sarah dan Shuib tu diorang letak nama ni sebab ketokohan dan kehebatan tokoh ni katanya.. memang insan yang sangat hebat rupanya..
BalasPadamtq for sharing
BalasPadamSUBHANALLAH begitu hebatnya Uwais yang fakir tu terkenal dikalangan malaikat berbanding dgn kita, yg tidak terkenal di bumi dan tidak terkenal di kalangan malaikat, SUBHANALLAH walaupun kita bukan lah siapa2 nya, mudahan ALLAH memberi rahmatnya dan hidayah nya kpd kita ameennn
BalasPadamsubhanallah..sedih baca ni yatie
BalasPadamsubhanallah...terima kasih berkongsi maklumat ini..
BalasPadamSinggah pagi...
BalasPadamBertambah ilmu pagi ini...
TQ sharing....
tq share..alangkah beruntungnya uwais.. walau pun tak berkesempatan bersua muka dengan rasulullah sendiri..
BalasPadamterima kasih berkongsi....
BalasPadamAnak kakak ada buku yg salah satu ceritanya dalam buku itu kisah Uwais ini Yati. Jadikan renungan kita bersama mampukah kita?
BalasPadamTerharunya baca cerita insan yg menjadi sebutan dilangit ni CH. Moga akhlaknya yg mulia tu tertempias sikit kat mak ni huhu...
BalasPadamSebak membaca kisah Uwais Al Qarni ni. Walaupun tak terkenal di dunia dan tak mahu dikenali, namanya tetap menjadi sebutan di langit sana. Terima kasih CH berkongsi cerita kisah Uwais ni.
BalasPadam