JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 2 Mei 2015

UDANG GALAH GORENG LADA HITAM

Assalamualaikum kekawan..

Selamat berhujung minggu.. apa nak masak cuti-cuti ni..

Jom merajinkan diri masak nii..

Hasil sekodeng FB lah apa lagi :)





Selera Ahad ini, Stir Fried Black Pepper & Garlic Baby Lobster. Udang Galah Goreng Lada Hitam Bawang Putih. Bon Appetit
Bahan2nya
1kg Udang Galah/Krai/Karang/Lipan - dibersihkan dan dibelah dua
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sudu lada hitam di tumbuk halus
2 sudu besar biji ketumbar di tumbuk halus
1 inch halia di tumbuk halus
Bahan diatas ditumbuk hingga lumat bersama 1 sudu besar gula
1 biji bawang besar dihiris/dadu
1 batang serai di titik
Garam & gula secukup rasa
Minyak Conola/Sayur untuk goreng
Cara2nya
Gaulkan bahan2 yang di tumbuk pada Udang dan letakan sedikit garam.
Panaskan minyak dikuali biarkan ia benar panas. Masukan sebatang serai dan masukan Udang Karang/Lipan yang sudah diperap dengan rempah lada hitam. Gaulkan supaya semuanya digoreng rata. Letakan bawang yang sudah dihiris. Gorengkan selama 10 minit. Udang masak apabila isi nya berwarna putih dan kulit nya merah. Sajikan panas bersama nasi putih dan juadah lain.

4 ulasan:

  1. mesti sedap kan....terbaik la dapat masak selalu

    BalasPadam
  2. Sedapppnya lah kak..udang masak apa pun mestI sedap...

    BalasPadam
  3. Tengok boleh.. makan.. tidak..
    Itu la bila nikmat dunia Allah dah tarik.. innalillahi wainnalillahi rajiun..

    BalasPadam
  4. Oh, my... Oh, my.... Asal sebut udang aje saya dah terliur. Tengok gambar je pun terus terasa lapar sangat dah. Dah lama taka beli udang CH sebab takda siapa yang makan udang di rumah kecuali saya!

    Misi mencari udanglah hujung minggu ni :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)