JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 29 Ogos 2015

KEK COKLAT MOCHA PUTIH TELUR

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Sesiapa yg buat kuih tart tu selalunya guna kuning telur ajer kan.. jadi elok cuba resepi kak wan ni.. guna utk buat kek yg sedap ni.. tengok gebu jer.. 




Coklat Mocha Putih Telur

Bahan A
525ml putih telur
400gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm santan serbuk

Bahan C
100ml santan pekat (KARA)
1 sudu teh esen vanila / coffee
90gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco

Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris)
Cara-cara :
1. Bahan A : Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih. Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
3. Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak. Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal.
4. Panaskan pengukus dahulu. Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit. Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak. *** Putar adunan putih telur dalam mangkuk pengadun yang besar.
*** Sentiasa lap tutup pengukus untuk mengelak air menitis.

5 ulasan:

  1. kalau buat Japanese Cotton Cheese Cake mmg pakai putih telur ni, mmg lembut , gebus dan sedap....Rasanya kekdah dia sama jer . So mmg tau kek ni mesti sama sedap mcm tu

    BalasPadam
  2. kalau buat Japanese Cotton Cheese Cake mmg pakai putih telur ni, mmg lembut , gebus dan sedap....Rasanya kekdah dia sama jer . So mmg tau kek ni mesti sama sedap mcm tu

    BalasPadam
  3. Oh, so tempting! Baru tengok gambar aje macam dah boleh agak kegebuan kek ni. Meleleh air liur saya ni, CH....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)