Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 18 April 2016

RESEPI MASAK LEMAK PUTIH LABU SAYUR KANGKUNG

Salam petang yang ceria kekawan :)


Masak lemak labu ni petang semalam, bila pergi pasar dengan en suami ni, selalu yg dia nampak yg dah lama saya tak masak hehehe ~_^, memang saya dah lama tak masak labu.. jadi dia suruh regukan dengan sayur kangkung, sebijik selera sama bapa nya.. betul dah kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan.. mujur lah anak2 saya pun suka labu ni.. elok jer makan bertamba mereka tu..


Saya gunakan resepi yg sama ajer.. cuma tukar sayur jer.. ituhari saya regukan dengan pucuk manis, semalam en suami hendak makan dengan kangkung.


RESEPI LEMAK PUTIH LABU SAYUR KANGKUNG

Bahannya :-
  • 1/4 labu ( dipotong 4 segi kecil)
  • 1/2 ikat kangkung
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • Segengam ikan bilis
  • 1 mangkuk santan (ambil santan yg kedua)
  • Garam secukup rasa
Caranya :-

  1. Masukan labu, bawang hiris, ikan bilis dan santan serta sedikit garam. Masak hingga labu empuk, Kacau selalu supaya tak pecah santan.
  2. Kemudian masuk kan sayur kangkung, masak sehingga sayur layu sedikit, lepas tu masukan cili hiris. Kacau dan rasa garamnya.
  3. Setelah semuanya secukup rasa , tutup api dan siap utk dihidang.

Makan tengahari tu penuh pinggan en suami dengan labu ni.. suka benor tu ~__^

p/s saya halfday hari ni sebab Nabil demam lagi, ingat nak refer ke hospital , dah 4 hari masih tak ok lagi, antibiotik dah habis makan, risau juga ni, sekarang macam-macam penyakit ada. Doakan Nabil cepat sembuh ye kekawan. Maaf tak sempat nak BW kekawan.

20 ulasan:

  1. Teringat arwah mak saya yang juga suka masak lemak labu dengan daun kemangi/selasih. Kemudian di gandingkan dengan sambal gesek (ikan bilis di tumbuk dengan cili padi kemudian perah asam limau) Tapi skrg saya lebih suka buat pengat tambahan anak2 di rumah mmg tak makan kebanyakan semua jenis sayur. Mereka tahu labu hanya utk buat pengat saja.

    InsyaAllah moga demam Nabil tak serius.

    BalasPadam
  2. Akak tak pernah lagi makan sayur labu regu kan dgn kangkung tentu sedap kan...biasanya akak makan yang diregu dengan kacang panjang atau pucuk ubi.Tapi biasanya akak jarang masak sayur labu kecuali anak2 ada.Selalu makan kat kenduri2'yasin dan tahlil je.
    Akak doakan Nabil cepat sembuh...memang risau kalau anak2 demam panas ni.

    BalasPadam
  3. Sedap ni...kalau balik kampung rajin juga mama masak ni kak...siap sambal belacan dan ikan kering perah limau..hehe...

    BalasPadam
  4. faveret anak saya ni...Boleh cuba resipinya
    salam kenal :)

    BalasPadam
  5. tak pernah lagi campurkan dengan kangkung kak,,kena dengan ikan masin lagi sedap ni

    BalasPadam
  6. sedapnya Yati...akak suka masakan kampung mcm ni
    tp anak2 tak suka..depa cakap kuah susu sbb kaler putih hehe

    BalasPadam
  7. sedapnye kak...makan lak ngan ikan masin...adehhhh...teringinnyeee..

    BalasPadam
  8. saya suka lah, kak yati selalu bagi idea masak yg senang2 pada saya.
    kadang2 dah buntu nak masak apa, terus dtg idea baru..
    biasa masak labu sama2 dgn pucuknya, kali ni boleh cuba kangkung pula.

    BalasPadam
  9. sy tak tahulah benda bersantan especially sayur ni sy tak reti nk makan..tgok org makan sedap je..hehe

    BalasPadam
  10. penah makan sayo labu tapi tak penah makan yg campor kangkung...cam sedap sangat2 nampaknye tu...lawan kan dengan sambal belacan dan ikan masin...kompom seret perut pastu...kikiki

    BalasPadam
  11. semoga nabil cpt sembuh..sedap nampak kangkong disayur dgn labu belum pernah cuba lagi.

    BalasPadam
  12. Salam,

    Wah macam kena cuba ni.Nampak menarik.
    Baru pertama kali singgah sini.

    Salam perkenalan dari Brisbane,Australia

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,
    Yg penting kita rajin berkreativiti.. semua pun jadi..

    BalasPadam
  14. Assalam yatie..hero bongsu acik peminat nombor satu masak lemak labu ni

    BalasPadam
  15. Jangan tak tahu ya, saya makan labu! Eh, labu ni kategori sayurkan? Hehehe!

    Saya suka labu masak lemak. Pengat labu pun suka. Pendekata apa aje ada labu, saya makanlah. Cumanya kopek labu saya tak suka!

    BalasPadam
  16. Suami kita jarang mintak mintak sayur gini CH, selamat jugaklah mak hihi...Ni kalau regukan dengan ikan goreng, sambal belacan walaweh sedap ni kan...

    BalasPadam
  17. Setelah melihat masakan ini, saya menjadi lapar mbak, nyam-nyam-nyam mantap sekali mbak ..

    BalasPadam
  18. masak dengan pucuk ubi pun best jugak yatie, asalkan ada hijau dan kuning mmg apa pun ok, dgn kangkong belum pernah try lagi mesti terlajak laris ni

    BalasPadam
  19. Ini semacam bubur bukan yak? Porridge?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)