Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 16 Mei 2016

BIG DAYS ~ AEMAN ❤ ASHILA 15/5/2016

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Semalam adalah Big Days untuk anak buah saya Aeman dan pasangan Ashila.. ini anak kak andak saya... minggu sudah anak perempuan bertunang. Ini anak kedua pula berkahwin.. dah ramai anak kak andak dah bernikah.. tinggal lagi 3 orang yg belum.. dari seramai 7 orang anaknya.. 

Majlis tersebut diadakan di E-City Hotel @ Onecity.. semua diuruskan oleh pengantin lelaki ni.. kongsi dengan pengantin perempuan.. sekarang dah trend macam tu kan.. masa majlis nikah diadakan pagi.. ditempat yg sama tapi saya tak dapat hadir nikah tu sebab en suami ada kerja urgent pulak.. Gambar ni pun ambil dari WA keluarga yg kata "Alhamdulillah.. sekali lafaz jer Aeman akad nikah".. Syukur kepada Allah yg telah melancarkan segalanya..


Kemudian apalagi majlis bersalaman dengan pengantin.. saya sampai saya dengan pengantin sampai bersanding pukul 1.30pm.. hahhaa bertuah punya mak sedarakan .. tengah sedap menyudu makan.. nama mak cik saudara pun dipanggil.. terpaksa saya berhenti makan jap hahhaa.. gi memberkati pengantin.. lepas tu sambung balik..
Makanan kat situ so so jer.. dah lah nasi minyak nya mentah.. saya suruh anak2 makan nasi putih ajer.. rasa frust sangat lah kan.. bayar mahal2 sampai RM24 ribu tapi makanan macam tu.. Door gift pun tak lah menarik sangat.. lupa pulak nak ambil gambar door giftnya.. saya rasa lagi berbaloi kalau kita yg sedia sendiri kan..

Lepas tu bergambar beramai-ramai tu perkara wajib lah pulak dengan pengantin.. gambar pun ambil dari kamera handphone, makna nak cantik sangat kan.. hehehe..
Boleh lah pada tak ada kan..

Tak pula teringat nak bergambar di photoboth tu saya ni, bila tengok kak lang, kakk andak dan Uda bergambar disitu cantik lah pulak.. ni pun cepat nak berkejar balik.. sama berlumba dengan hujan yg lebat mencurah-curah untuk balik ke Shah Alam..
Itu lah kisah saya semalam :)

15 ulasan:

  1. HARI YG AMATBERSEJARRAH BUAT PASANGAN MEMPELAI..SLMT PENGANTIN BARU...

    BalasPadam
  2. Tahniah buat anak buah akak..moga berkekalan hingga ke syurga.. amin..amin..
    mahal juga ye kak smpi 24K...terkejut baca..huhu..

    BalasPadam
  3. 2 minggu berturut lah kak andak kak yati kenduri ye
    tp frust lah kak, kalau kenduri dapt yg tak sempurna gitu
    kawan saya pun ada terkena, byr 21k tp makanan tak cukup
    terpaksa tampung dgn makanan lain pulak.

    BalasPadam
  4. Itulah risiko bila order package Yati. Bayar mahal tapi tak kena pada kehendak kita. Kesian pada kakak Yati tu sebab itu majlis dia kan.

    Semakin meriahlah raya tahun ini utk keluarga Yati. Cuma sayangnya anak buah baru ni tak jumpa arwah nenek/atoklah.

    BalasPadam
  5. Tahniah buat pengantin baru...
    senangkn 2 kenduri jd 1...tu la kna pandai pilih pakej...sayabg byr mahal2...jd gitu

    apapun majlis ttp meriah

    BalasPadam
  6. Sayangnya nasi mentah. Tak komplen ke? Diorang pun muka selamba hidang ya, ada ke patut....

    BalasPadam
  7. bayar mahal tapi macam tu pulak jadinya,mesti ralatkan..

    selamat pengantin baru buat anak buah kak yati semoga kekal bahagia hingga ke dalam syurga Allah

    BalasPadam
  8. Sabar dgn nasi mentah tu...rezeki hari tu.apa2 pun nampk menarik semuanya...

    Ckuplah sekali berurusan dgn depa ..kan yati

    BalasPadam
  9. Selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai...moga berbahagia hingga ke jannah.. 😊

    BalasPadam
  10. selamat pengantin baru pada kedua nya
    pada mak sedara dia pun wah kemain happy naaa
    light purple cantik lahhh

    BalasPadam
  11. Betullah CH....sekarang ni mmg trend nikah kat hotel ek. Tp best jugak kot mcm gempak gitu hihi...
    Rm24k tu bahagi dua ke, sorang Rm24k CH?

    Tp tulah kan buat buat tempat gini limited, tak dpt nak jemput ramai org....Kalau rewang, org kg masak muailah lauk pauk tu. Tp masalahnya buat kat rumah, penatlah tuan rumah huhu ...

    BalasPadam
  12. Kira tak kenalah sawan pengantin yerk. Manalah tahu lepas bergambar dengan penganting tetiba nak juga buat photoshoot lepas tu. Hahaha!

    Tahniah, CH. Dapat seorang lagi ahli keluarga baru.

    BalasPadam
  13. Selamat pengantin baru... semoga kekal hingga kehujung nyawa...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)