Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 6 Mei 2016

Semuanya ALLAH Yang Menentukan..


Jom kita ajar anak masih kecil kebesaran Allah...Supaya rumahtangga kita bercahaya, diberkati, disayangi Allah...

Bila anak kita lukis atau conteng sesuatu.
"Pandainya anak ayah. Cantiknya....lawanya. Siapa bagi cantik ? Allah. Siapa bagi anak ayah pandai. Allah....

Bila anak kita gembira mendapat sesuatu contohnya aiskrim.
Sedap tak sayang ? Sedap. Siapa beli ? Nenek. Terima kasih nenek. Siapa bagi? Allah....Baik tak Allah? Allah baik sangat...Terima kasih Allah..Baik Allah...

Bila anak takut hantu atau apa-apa makhluk.
Kenapa anak ummi. Jangan takut, hantu,jin syaitan, hantu gigi, hantu durian, hantu kak limah takde kuasa. Allah Maha Kuasa....Allah kan ada. Dia jaga kita....Allah ada..jangan risau...

Masa anak nak sesuatu atau kita nak sesuatu. Minta anak tolong doakan,mereka tiada dosa....
Ya Allah,ayah nak parking kereta. Ya Allah, ayah nak parking. Ya Allah, kakak nak makan tuti frutti..ya Allah,,..Ya Allah, kakak nak katil baru...

Bila anak dara kecil nak melawa....
Cantiknya anak ayah.Siapa bagi cantik? Allah, bagi cantik...Kakak nak cantik dalam syurga. Kena pakai tudung. Kena sopan. Allah sayang....

Bila anak sedih...
Jangan sedih, kita ada Alah....nanti Allah bagi yang lain...kakak/adik nak apa?jom doa sama-sama dengan ayah...

Bila anak marah pada orang lain.
Kakak kita kena doakan semua orang. Ya Allah beri mereka solat, pakai tudung. Mereka baik, Ya Allah....Ya Allah beri Islam pada mereka..

Bila anak berebut barang dengan orang lain...Itu barang kita.
Sayang umi, Semua Allah punya..Tiada kita punya. Kalau kita suka bagi orang pinjam dan tolong orang. Nanti Allah tolong kita. Nanti Allah beri ganti yang lebih baik..Nak yang lain tak? Allah bagi.

Bila anak pecahkan pasu bunga...
Kakak sayang pasu bunga tu yer...Semua tumbuhan berzikir, kalau kita jaga dia, nanti kita dapat pahala...

Anak sibuk nak pakai moden/kartun yang tidak tutup aurat...
Adik/kakak nak terbang dalam syurga...Kalau nak terbang dalam syurga kena pakai tudung..Nanti ayah,ummi,kakak ,adik semua boleh terbang dalam syurga...

Anak ayah umi nak syurga, nak istana, cantik, terbang, semua ada dalam syurga..Tapi kena solat 5 waktu....

Bila anak tengok manusia buat salah. Ajar mereka doa ya Allah mereka semua ini tak tahu maafkan dan beri hidayah.

Terima kasih ya Allah tuhan kami.Tiada Tuhan melainkan Allah. Selawat dan salam.Ya Allah berilah kesejahteraan kepada Nabi saw, keluarga Baginda saw berjuang sehingga Indahnya anak kami yang kecil dapat menyebut 'ALLAH'

Ya Allah..Pilihlah kami, dan keluarga kami dan semua keluarga dalam dunia ini sentiasa basahkan lidah dan hati dengan menyebut namaMu

-ebit lew @masjid seksyen 7 Shah Alam.

6 ulasan:

  1. semoga hidup kita diberkati dan dilindungi ALLH S.W.T sentiasa

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, InsyaAllah akan dipraktik kan...mohon share boleh tak sis...

    BalasPadam
  3. INDAHNYA DIDIKAN BUDI INSYAALLAH.

    BalasPadam
  4. In shaa Allah
    Anak2 skrg kena garang2 sikit nti pijak kpla...😁😁

    BalasPadam
  5. Dah agak dah CH.... lenggok bahasa tu mcm Ustaz Ebit Liew punya ceramah, rupanya betul...

    Tp zaman anak anak kita kecik dulu perkongsian agama cenggini sangat kurang...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)