Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 10 Mei 2016

Pengat Pisang Tanduk... emmmm dapnyaaa ;)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat pengat pisang tanduk ni dah lama hehehe .. nampak benor lama dalam draft kan.. sebenarnya pisang tanduk ni FIL bagi sama dengan jagung yg saya buat cucur jagung tu.. tengok pisang tanduk tu dah tak sesuai utk digoreng saya buatlah pengat.. Nabil suka sangat pengat pisang ni.. lagi suka tambah dengan tepung pulut tu kan.. nak tarik minat dia makan selepas keluar hospital itu hari..

Tengok tangan comel Nabil sedang mengentel bulat2 tepung pulut tu.. dia nak warna hijau katanya.. cantik dan sedap wangi pandan tu katanya..Kak Jeeha nak warna putih.. yg najeeha ni bila makan pengat ni pungut tepung pulut tu jer.. jadi elok lah dibuat banyak-banyakan.
Resepi saya cukup mudah kekawan.. macam pengat biasa jer yg siap dalam 15 minit dan cepat dimakan hahhaha . ~__^.


RESEPI PENGAT PISANG TANDUK

Bahannya :-
  • 1 biji pisang Tanduk
  • 1 cawan tepung pulut 
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 ketul gula melaka (saya guna ketul yg sederhana tu, dimasak bersama  1cawan air, tapis kan)
  • 2 sudu besar gula 
  • 250 ml santan pekat
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
Carannya :-
  1. Uli tepung pulut dengan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yg boleh digentel bulat-bulat. Jika nak buat dua warna, jadikan adunan dua bahagian dan letak pewarna hijau, kemudian gentel bulat-bulat kecil seperti gambar diatas sehingga habis.
  2. Kemudian masukan air gula melaka dan santan serta tepung pulut yg siap digentel bulat-bulat tu. Kacau sekata.
  3. Lepas tu masukan pisang, bila mendidih, tambah gula secukup rasa, mengikut kemanisan yg andai sukai, saya ni suka manis-manis buah jer, pastu masuk kan secubit garam, biar ada rasa lemak-lemak masin sikit dan daun pandan yg disimpul.
  4. Masak sekejap dan matikan api, siap untuk dihidangkan .



13 ulasan:

  1. sesdapnya kak, saya minat pengat2 ni

    BalasPadam
  2. sodap nya kak.... lama tak bt pengat...
    cuti2 nnti lah nk pengat jgk... msti edy suke

    BalasPadam
  3. Sedapnya pengat pisang tanduk. Pisang tanduk pun saya suka sangat. Tengok si Nabil menggetel tepung pulut macam tu tetiba pulak teringat juadah puteri mandi!

    BalasPadam
  4. akakkkkk..feveret falsya..nak2 yg pulut tuh...adehhh..sedapnyeee..

    BalasPadam
  5. Bapak kakak suka ni Yati
    Kalau bulan ramadhan salah satu hidangan yg selalu buat inilah dia.

    BalasPadam
  6. menu popular dibulan puasa..kat kelantan dipanggil 'butir nangka'...

    BalasPadam
  7. pisang tanduk..goreng pun sodap...suka bubur ada tepung ni..

    BalasPadam
  8. Pengat pisang tu faveret laki dan in law mak tau CH....
    Mak pun suka suka jugak.....alah mak kan semua bedal hihi.
    Sedap jugak tu kan campur tepung gitu...

    BalasPadam
  9. pisang tanduk takdak lah disini yatie
    nak ganti pisang lain ok kot kan
    macam tingin ja nak makan

    BalasPadam
  10. pestime tgk pengat ltk tepung pulut..mcm jakun pulak hihihi
    nmpk sedaplah...

    BalasPadam
  11. uiii nampak sedap plak... boleh ler saya cuba nnt :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)