Ponteng sekolah kerana tiada hadiah untuk cikgu.
...............................................
Suatu pagi, seorang imam masjid yang saya kenali menghubungi saya.
Katanya ada seorang budak sekolah berada di masjid, lagaknya seperti dia ponteng sekolah.
Hari itu Hari Guru. Tanggal 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas, sebaliknya sibuk berada di dewan dan padang dengan aktiviti sambutan.
Saya bergegas sendiri ke masjid yang disebutkan. Tapak parkir kereta agak jauh di penjuru masjid. Setiba di sana, saya mula meninjau-ninjau di kawasan masjid.
Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat namun budak yang dimaksudkan tiada. Tetapi ketika beralih ke bahagian Muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.
Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan.
Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar-ketar mengucap salam pada saya sambil tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.
Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk. Saya kenal pelajar ini kerana pernah naik ke pentas menerima hadiah kecemerlangan di sekolah.
Saat ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar yang baik, dia hanya berkata, "Tak ada apa cikgu.”
Saya tidak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia agar bercakap benar.
Matanya mula berair apabila dia memulakan bicara lagi. Saya tahu, dia akan berkata benar. "Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru.
Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan. Ayah saya kerja pengawal keselamatan, emak pula telah meninggal." Dia memberhentikan bicaranya. Sedu-sedan jelas kedengaran. Matanya tidak lagi dapat menakung air mata yang berjuraian.
Dia menyambung, "Cikgu, saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu. Lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ke?”
Ini telah berlaku tahun lalu. Air matanya yang deras mengalir dikesat dengan kain tudung yang sudah separuh lusuh.
Saya pula yang turut sedih ketika itu tidak terucap kata.
Saya menghantarnya pulang ke rumah, dalam perjalanan fikiran berkecamuk.
Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah apabila tibanya Hari Guru.
Menjadi kelaziman Hari Guru 16 Mei disambut oleh pelajar dengan memberi hadiah kepada guru di samping program sekolah.
Memanglah ia sesuatu yang baik. Tetapi, banyak ibu bapa yang miskin, yang kurang mampu, menghadapi situasi serba-salah apabila anak merengek minta dibeli hadiah dan tidak mahu atau barangkali berasa malu ke sekolah tanpa membawa hadiah untuk guru-guru mereka.
Pelajar daripada keluarga yang berada meminta dibelikan yang hadiah lebih baik untuk mengatasi rakan, siapa menghadiahkan guru hadiah paling mahal. Anak yang telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak, tetapi memilih jalan lain untuk mengelak, memendam rasa, tetapi siapa yang peduli...
Maka adalah lebih baik jika hadiah kepada guru tidaklah diberi penekanan, kerana ia juga boleh disalahgunakan untuk meraih perhatian guru, dan jika dibuat biarlah secara tertutup. Bukannya di dalam kelas yang menyebabkan pelajar lain terasa. Maksudnya, hadiah pada guru biarlah diserah oleh pelajar sendiri di bilik guru.
Bagi sekolah yang di luar bandar yang ibu bapanya berpendapatan rendah, maka perkara ini lebih lagilah perlu diberi perhatian.
Hakikatnya, pelajar yang baik bukan memberi hadiah kepada gurunya, tetapi memberi khidmat kepada gurunya, bekerjasama dan patuh pada semua arahan.
Hari guru sebaik-baiknya disambut dengan menzahirkan rasa syukur kepada Allah, bukan dizahirkan dengan bersuka ria. Mungkin sukan atau sukaneka itu baik untuk menjalin hubungan, tetapi mungkin aktiviti seperti guru dan murid menyanyi dan menari di atas pentas digantikan dengan sketsa yang lebih bersifat mendidik.
Sumber: Abd Ghani Haron

yang gambar ni pula di kongsi di facebook .. bila cikgu dapat buah kelapa.. Komen mereka boleh cikgu masak lemak :P |
p/s Sedih pula saya baca ceria diatas yang dikongsi oleh group WA sekolah saya.. bila anak murid diluar bandar mana nak mampu menyediakan semua tu kan.. macam dah jadi trend pulak sekarang ni kan.. sejujurnya saya dan anak2 tak menyediakan hadiah2 untuk gurunya dan disekolahnya tidak diadakan hari guru pun.. cikgu mereka kata hadiah yang terbaik buat cikgu ialah bila anak didiknya berjaya didunia dan akhirat..
aduh kak sedih...kebetulan plak arini entry lieya pasal hari guru...ye laa mcm dah jadi rutin tiap tahun mak pak dok pikir nak bagi ape...tapi takpe laa rezeki dan kemampuan masing2....yg penting ikhlas kerana Allah takde tujuan riak atau ape.....
BalasPadamkak lieya beli stimbot grill tu kat lazada...murah ajek rm130++ heheheeheh....kat senheng pun ade harga rm230 lebih tak silap..lieya ni malas nak pi kedai2...nak senang....tau2 jek pin pon pos laju dtg umah ekekeekekek...
Salam kak..
BalasPadamada juga terbaca cerita ni kt FB..memamg sedih..tak semua mampu nak beri hadiah berupa barangan pada guru mrk, membuatkan mrk sedih.. tapi tulah kan, tak semua guru mengharapkan hadiah.. kejayaan anak murid adalah hadiah terbaik..
ada terbaca psl kisah sedih ni...kesian kn
BalasPadamtak sanggup nk baca kak... dgr org cite pun dh meleleh air mata...
BalasPadamkadang cikgu2 nih bkn harapkan hadiah, ckp ngn ucapan pun dh hepi... tp anak murid nih bila kwn2 bg hadiah diaorg nk bg jgk...
Akak dah baca juga kisah ni yatie....sedih kan.Anak2 akak yang 4 dulu tak pernah pun bagi hadiah kat guru ,hanya sekadar bagi kad yg buat sendiri je.
BalasPadamTapi Iman ni hendak juga bila lihat kawan2 bagi guru dorang.Akak selalu bagi apa yang ada kat rumah je...itu je yg mampu.
dah baca juga citer ni, sedihkan. cuma memang sekarang semua sekolah (termasuk kafa) buat sambutan hari guru. sekolah luar bandar saya tak pasti pula
BalasPadammmg dah jd trend skrg
BalasPadamsaya ckp kat anak2, dlu2 mana ada hadiah2 semua ni
buat aktiviti murid dgn cikgu je
saya pun sama xde bg hadiah utk cikgu
tgh bulan pulak tu
kopak duit...kalau nak bg tiap2 sorg cikgu
3 anak tuuuu
Kakak masa baca tu pun rasa sedih Yati
BalasPadamSebab kakak lahir dari keluarga susah cuma dulu masa zaman kakak sekolah memberi hadiah hari guru sangat jarang sebab rata-rata kami bukan org senang.
ada terbaca juga cerita ni...sedih & kesian sbb murid2 mcm dah jadi kewajiban plak kasi hadiah pada guru...
BalasPadampasal photobook tu, takde guna special editing apa2 pun..just kita kena pandai susun atur gambar2 & masukkan backdrop semua. buat secara online and boleh save & sambung bila kita nak.. senang jer
ya Allah kesian nye...mesti dia malu dgn kawan2 lain...gitu la sandiwara dunia... T___T
BalasPadamSEDIHKAN...SAMBUTAN HARI GURU MEMBEBANKAN ANAK MURID PULA...KENA ADA PENJELASAN DRPD GURU KPD MURID TENTANG NI...CIKGUPUN XHARAPKAN MURID2NYA MEMBERI HADIAH ...
BalasPadamLumrah anak-anak memang mudah terpengaruh. Sebagai ibubapa/ penjaga haruslah memberitahu mereka tentang perkara yang sepatutnya dan mengajar mereka supaya tidak terikut pada trend yang membebankan. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
BalasPadamsedihnye kak..falsya ade baca kat fb..kesian sgt..dh mcm trend dh kan kak..kesian utk yg xmampu...
BalasPadamSedihnya bila cikgu main minta hadiah plkk..mu gkin main2 kut,tapi budak2 anggap serius tu...nak tak nak mendpt buah kpla tu...masak nasi lomak pun sodappp tu...bijak budak tu..klu suh anak kita bwa klpa mna maunya..dh pndai demand2..dh anak skrg ni...elok ponteng jer masa hari guru tu...sng cerita..taklah poneng2 keplaa
BalasPadamAnak saya pun sama juga, CH. Tak pernah beli hadiah hari guru. Kalau ada pun tahun lepas sekali. Ada ke setiap kali hari guru, si abang tanya saya 'Eh, hari ni hari guru ke? Kenapa Mommy tak ingatkan?' Macamlah kita yang bersekolahkan.
BalasPadamAnak-anak saya sebab mereka tak hairan pun hari guru, kasihanlahkan kat cikgu-cikgu mereka. Tapi saya legalah, tak payah pecah kepala fikir sampul hadiah nak balut hadiah hari guru. Hehehe!
aida terbaca gaks citer ni di satu blog.
BalasPadamhu hu sedih... sampai gitu skali. sian pd anak itu.
itu la, mcm anak2 aida dari awal memang aida tanya diorang.
nak bagi sape? diorang tetap nak bagi semua.
memang berpuluh la hadiah aida prepare.
bajet rendah la kan. tak de ler mahal bebeno.
tapi tu la bila nak bagi hadiah pada guru takkan bajet skit sgt.
setahun sekali hargai guru. bagi guru sesuatu yg boleh dimanfaatkan :)
sy syukur sgt ms zaman sekolah dulu, xde budaya sebegini. yg kami tau, bila hari guru, kami dpt mkn sedap2 lps buat program kt dewan... tp hari ini??? mmmmm
BalasPadam