Assalamualaikum kekawan..
Semoga berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Semalam saya berbuka puasa dgn gulai ikan kerisi dgn sukun.. ini gara2 sukun yg ada tinggal suku yg saya buat goreng sukun tempohari..
Ini juga hasil komen blogger Kamsiah yg kata ada juga orang masak gulai sukun dgn udang.. tapi saya masak dgn ikan kerisi. Ternyata sedap Kamsiah.. rasa macam kentang pun ada juga.. macam keledek ye jugak.. pendek kata kena lah dengan selera saya 😉 ;)
Jangan ada yang kecam saya ye.. dah buah tu masak lah cara buah .... tak ikut skema memasak langsung hahaha...
Ikut ghaso kito lah iyo ibu sham.. apo nak di masak yo tak.. smlm saya baca entri ibu sham.. ada lah orang komen yg ibu sham masak sayur campur dgn ikan lah.. macam ibu sham tunjuk gambar dalam entri tu.. gulai telor itik dengan pucuk ubi... emmm dapnya... saya pun ada masak macam tu.. tapi tak sangka adalah pulak yg komen masak tak ikut skema hahaha macam nak jawap UPSR lah pulak kan ibu sham...
Tak kisah lah ibu sham.. yg penting anak tokak kito suko .. ye dok.. 😂😁😄
Meh kita intai resepi yg penuh inovasi mudah ni.. #jangankecamsaya 😊
RESEPI GULAI IKAN KERISI DENGAN SUKUN
Bahanya :-
- 4 ekor ikan kerisi sederhana besar.
- 1/4 buah sukun potong seperti gambar.. ikut suka kekawanlah ;)
- 3 sudu besar cili merah kisar sama cili api dan bawang (saya kisar siap2 senang nak masak weekdays)
- sedikit kunyit serbuk
- 1/2 asam keping
- 1 mangkuk santan cair dan 1/2 mangkuk santan pekak.
- daun kunyit
- garam
Caranya:-
1. Masukan santan cair, cili kisar dan buah sukun. Kacau sehingga buah sukun tiga suku empok.
2. Kemudian masukan ikan kerisi, serbuk kunyit, garam ,asam keping dan daun kunyit.
3. Bila dah nampak mesra masukan pula santan pekat, rasa garamnya.. bila dah mendidih... tutup api.
4. Siap untuk dihidang.
Ini semalam lauk berbuka puasa saya, sambal tumis udang, goreng kangkung dan gulai ikan kerisi dgn sukun.. dalam masa satu jam siap semua hidangan.. bak kata kak zakie kalau dihujung minggu kita dah sedia kan bahan memasak.. mudah bila kita nak masak di weekdays ni.. benda2 yg remeh kita dah sediakan seperti cili kisar, bawang telah dikupas dan sayur-sayuran telah disiang dan dibersihkan.. saya ni sama dgn lieya latif.. kerahan tenaga anak dara saya yg dua orang tu utk menolong saya hahaha 😀😊..
Salam Jumaat Kak Yatie..lama tak kesini..ehehe
BalasPadamharap kak & anak2 sihat ya....
sini mcm susah nak jumpa sukun lah kak...:(
Terus kakak teringat pokok sukun kat masjid tempat kakaklah Yati
BalasPadamMaghrib ni kakak nak intailah. Sebab sukun kat masjid kakak ni dah macam wakaf, siapa nak ambil ajelah. Sentiasa berbuah. Kadang sampai tergolek-golek kat tanah.
Mana tahu kakak boleh ikut resepi Yati ni sebab biasa kakak goreng aje:)
sedapppnya...terliur plak tgk pic mknn pepagi ni..hehehe
BalasPadamSalam jumaat :)
tak pernah tahu suku boleh buat lauk kak
BalasPadamnanti boleh lah cuba kalau ada buahnya.
sdpnya kak....
BalasPadammmg ada org yg msk sukun nih kak... msk lmk cili api tak silap dana...
Akak tak pernah lagi jumpa dan makan sukun buat gulai yatie.Kalau pengat sukun tu biasalah.
BalasPadamKat rumah akak ada pokok sukun tapi tu lah nunnnn tinggi menjulang ,dah bertahun2 tak rasa buahnya bila masak jatuh dah benyek.
kalau abah minat sgt sukun ni..kami adh beradik xgemar sgt..klu rebus or sira ok lg..
BalasPadampertama kali juga ana lihat sukun digulaikan..selalunya makan goreng je CH, perkongsian yang baru ni, terima kasih ye :) cuma ikan kerisi tu ana kurang minat dikuahkan sebab isinya hancur dan tulang agak bersepah..kan .
BalasPadamMemang lah ana..
PadamIkan kerisi ni cepat hancur isinya..
tapi manis bila digulai ana..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSedappp...telan aik lio dibuatnya..hihi
PadamAnak dara dua orang? Bukan ke seorang anak dara CH duduk di asrama?
BalasPadamEh, kita yang masak, kita dan keluarga kita yang nak makan, ikut suka hatilah kita nak campur apakan. Lain kali kalau masak ayam lemak cili padi campur sukun pun best juga ni. Tapi kat mana saya nak mencari sukun pulak? Hahaha!
Anak dara CH yg duduk asrama tu tiap Jumaat dia balik MD..
PadamAhad pukul 6.00ptg hantar balik..
Jadi mama dia kerahan tenaga lah mereka berdua hahahhah..
Hahaha boleh gak gulai dengan ayam ..
Lagi rare kan :D
Unik ni buleh bust gulai jugak buah sukun ni..
BalasPadamBiasanya goreng2 ajer kan?
Kreatif
Good idea masak sukun buat lauk ni. Sebab kadang2 dapat sebijik tak boleh goreng semua sekali. Terasa lembut ala2 kentang dan keledek pulak he he.
BalasPadamHa a CH kita yg makan, kita jugaklah yg masak belasah ajelah hihi....janji kono tekak....
BalasPadamKita jarang beli ikan kerisi....entah tak taulah kenapa....tp makan tu makanlah, mak apa pun bedalkan...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam