Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 31 Mei 2016

RESEPI SAGO KELAPA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya.


Jom sarapan sago kelapa auntie semua ^___^
Kuih ini kegemaran si hero ni.. 
Semalam petang sempat juga membuatnya... cuti sekolah dah bermula, maka nafsu makan ni kemain lagi lah budak2 ni..
Kalau bab menolong didapur suka lagi.. semalam saya cuti CTR yg pergi retreat tu hari.. tu masak yg bermacam atas permintaan mereka..




Resepi ambil dari blog Sajian Dapur Bonda.. sebab nya guna sukat cawan hehe...tapi saya adjust sikit ikut anak beranak tekak dan bahan yg ada ajer..
Sebenarnya beli sago ni untuk projek buat kuih ramadan nanti.. dah anak2 nak juga buat kuih ni kita ikut kan ajer ~__^

Saya beli yg siap warna tu.. satu warna merah dan satu warna hijau.. lebih kurang satu cawan setiap peket tu.. senang kerja mama korang ni kan..

Jom intai resepi  yg mudah ini..

RESEPI SAGO MERAH KELAPA

Bahan-bahannya:
1 cawan sagu - saya guna biji sagu warna merah yang dibeli di pasar raya
1/2  cawan gula
1 1/2  cawan air
Pewarna merah - saya  guna pewarna sirap ros
Daun pandan - disimpul
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)

Cara-cara:
1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan.
2. Masukkan air, gula, pewarna, dan daun pandan di dalam periuk,  Masak sehingga air mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga kembang
4. Apabila sagu telah kembang , angkat dan masukkan kedalam acuan, 
saya masukan dalam bekas kecil seri ayu tu dan bekas bunga tu..
5. Sejuk kan dalam petiais, apabila sejuk bolehlah dikeluarkan dan taburkan kelapa diatasnya.
6. Sedia untuk dihidangkan

* untuk sago hijau pun buat seperti diatas juga..

Petang tu sakan lah anak beranak minum petang sago kelapa.. feling-feling nak puasa pun ada juga ni..
tahun ni ramadan saya yatim piatu :(
Tiada lagi insan tersayang..
Rasa sayu juga dihati..
Bila berkumpul adik beradik masa kenduri tu..
Hanya bercerita nostalgia bersama arwah mak dan abah ajer..
Semoga damailah roh mereka berdua disana.. Aamin.



18 ulasan:

  1. wah sedapnya! anak bujang saya pun suka makan kuih ni
    saya aje dah lama tak buat...hehe
    ni bulan posa memang antara kuih harus ada =)

    BalasPadam
  2. Yatie,akak baru buat semalam tapi takde lah bunga2 ,dalam loyang je.Budak2 ni yg 4 org ada kat rumah smlm....memang licin le sekali buat.
    Akak tak guna kelapa sebab budak2 tak suka....togel je :-)

    BalasPadam
  3. Yatie,akak baru buat semalam tapi takde lah bunga2 ,dalam loyang je.Budak2 ni yg 4 org ada kat rumah smlm....memang licin le sekali buat.
    Akak tak guna kelapa sebab budak2 tak suka....togel je :-)

    BalasPadam
  4. Lawanya acuan kak ooii
    Kuih kegemaran anak saya sidaniel tu..

    BalasPadam
  5. Lawanya acuan kak ooii
    Kuih kegemaran anak saya sidaniel tu..

    BalasPadam
  6. SAGO MERAH HIJAU YG CANTIK MENARIK N SEDAP TU...BUAT BUKA PUASA BESTNYA.

    BalasPadam
  7. Yati ni rajinlah... kalau kakak buat tak ada dwi-warna macam tu.
    Biasa juga kakak makan dgn santan dan air gula melaka.
    Lain kali kakak cuba cara Yati guna kelapa parut pulak:)

    BalasPadam
  8. Kreatiflah kak yati ni...
    klau ank2 nur fev sagu yg berkuah tu
    nnti bole try resepi ni...dapnya

    BalasPadam
  9. Bukan main sukalah Nabil tu dpt kuih yg dia suka. Untung tau Nabil dpt mama rajin.

    Kita kurang suka kuih ni CH....sebab yulah kurang rajin nak buat hihi....

    BalasPadam
  10. rajin akak bt kuih sama2 ngn nabil... bentuk bunga2 lg...
    dana ingat sagu gula melaka td masa tgk tajuk kak... ahhahah
    almaklum kuih feveret kan

    BalasPadam
  11. Wow cantik bkn main..ni knor punn suka gakk..mkn sojok2 sodap ni

    BalasPadam
  12. Alfatihah buat kedua ibubapa, CH. Semoga mereka tenang di sana. Saya pun anak yatim juga, CH. So, janganlah sedih-sedih sangat ya.

    Saya baru baca tentang sago kelapa ni. Tuptup hari ni CH keluar lagi entri sago ni. Ni macam 'panggilan' menyeru saya buat juga ni kot... Hahaha!

    BalasPadam
  13. wah rajin & pandai akak ni..sy sejak balik sini tak pernah nk cuba wat2 kuih ni..byk sangat m nya tuh..hhehe

    BalasPadam
  14. Bulan puasa nanti kuih macam ini laku klau hari biasa kat rumah kak zai tak ada orang nak makan.

    BalasPadam
  15. kuih yg plg sng nk buat tp mls nk ke dapur hahahaha sy laa tewww

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)