Salam petang ceria kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu.. saya pun dah sampai kg en suami.. tengah dok layan FB keluar pulak resepi kuih keria gula melaka yg tengah viral ni.. elok save kat sini dulu.. esok2 kita cuba pulak ye ππ
π Kuih Keria Sira Gula Melaka π
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
By Mawar Wilsa
✔ 2 kg keledek putih
✔ 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak
✔ garam secukup rasa
✔ Air secukupnya untuk merebus keledek
✔ minyak utk menggoreng
π Cara2
1 • Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil
2 • Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk
3 • Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas .. Biarkan sejuk baru letakkan tepung.
4 • Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana
5 • Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan
6 • Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka
π Sira Gula Melaka
✔ 1 block gula melaka ~ lihat gambar
✔ Sedikit gula batu ~ lihat gambar
✔ 1 sudu besar gula kasar
✔ 5 sudu besar air
1 • Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair
2 • Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat
3 • Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk
4 • Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati
NOTA ✔ Gunakan Keledek Putih kerana kandungan air nya kurang dan ia tidak begitu manis serta sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih.
✔ Jangan letakkan tepung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan tekstur kuih menjadi keras.
✔ Campuran gula batu untuk menjadikan kuih keria berkilat apabila telah sejuk... #mawarwilsa
EDITED 14 NOVEMBER 2016
ini adalah resepi percubaan pertama saya .. Keledek dgn nisbah tepung dh ok bg saya.. Lembut walaupun dah sejuk.. Mungkin next time sy akn tambahkan lagi sedikit gula melaka sbb mcm kurang utk 2 kg keledek.. Mungkin kena guna 1 1/2 blok gula melaka.. Kena try and error baru tau.....
===============
Ada masalah Asma/Semput/Lelah?dapatkannya disini -> https://goo.gl/ho8bQj
Nak lagi resepi? like je Sedapnya Resepi Ini
Follow Resepi Sedap Di IG : https://www.instagram.com/resepisedap/
==================
Sumber : Facebook
skarang dh rmi dok buat sendiri kuih keria yg femes melaka tu...kita dh dpt rs yg melaka tu sedap
BalasPadamdapnyer....PH suka makan tapi malas nak buat.
BalasPadamsaya kurang gemar sikit kuih muih yg melekit2 kat luar ni
BalasPadamtp pernah makan yg ori dari melaka tu..
viral betul kan. he hee sblm ni pun memang suka kuih keria, dah biasa dari kecik mak buat. sedapp kena yg lembut.
BalasPadamKat melaka memang ada jual kuih keria ni.
BalasPadamBesar jugak perniagaan dia.
baiklah nanti nak buat. last week pergi jam 3.30 petang dah habis.
BalasPadamSedap makan panas2.
BalasPadamRajinnya hang Ti. Untung cik abg dengan anak anak dapat ibu rajin mcm hang.
BalasPadamZaman dahulu kala pernah jugaklah try buat keria ni. Tp semakin tua semakin anak besar jadi malas pulak hihi
wow.. cantik kerianya..
BalasPadamgebu-gebu keria tu..
BalasPadamSedap...tq for sharing
BalasPadam