JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 2 Disember 2016

IKAN GORENG SOS SWEET LEMON

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Saya masak sos lemon ni kuahnya merah tak kuning hahhaaha.. ini namanya resepi syok sendiri.. janji sedap nak dimakan dan anak beranak suka hihihi.. Ini lah bila memikirkan nak masak apa lah bila balik kerja ni.. tengok dalam frozeen tu ada ikan yang hendak dihabiskan stok minggu tu dan tengok bahannya yg ada... maka jadilah resepi yg cenggini ~__^




Ini bukan ikan bawal ye kekawan.. en suami tak makan ikan bawal.. ikan sebelah tu .. bentuknya sedikit macam bawalkan.. isi sedap lembut ajer.. tapi tulah sebelah jer yang tebal yg sebelah lagi nipis.. ada orang kata ikan sisa nabi.. wallahualam..

Jom intai resepi saya yang mudah ini.

RESEPI IKAN GORENG SOS SWEET LEMON

Bahannya :-
- 1 ekor ikan ( kerapu/bawal/siakap) 
- 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
- 3 sudu besar sos cili thai
- 1 sudu besar madu/gula
- 2 sudu besar jus lemon
- 1 sudu besar rata tepung jagung
- garam secukup rasa.

Caranya :-
1. Goreng ikan yg telah digaram dan dikunyit sehingga masak. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih sehingga wangi kekuningan , kemudian masuk sos cili thai, jus lemon, gula, garam secukup rasa. 
3. Kemudian baru masukan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk memekat kuahnya. Cer tengok gambar diatas ada stoberikan. Saya masukan juga potongan stoberi tu hahha. 
4. Lepas tu saya masukkan 2 slide lemon untuk menambah kemasaman nya. Jadi lah masam manis yang sedap.
5. Kemudian curahkan sos tersebut atas ikan goreng yang diletakkan diatas pinggan. Siap utk dihidang.

SELAMAT MENCUBA ^__^

12 ulasan:

  1. Waahh! Boleh juga kata ikan strawberrylah Yati
    Kakak tak pernah guna strawbeery utk masak ikan
    Good idea. Boleh diikut ni:)

    BalasPadam
  2. Betul kak zakie, boleh cuba ni...

    BalasPadam
  3. tu lar kan CH. kalau hari2 masak sampai buntu dah nak masak apa. Saya pun sama cam tu jugak.

    menarik resepi CH ni. letak strawberi lagi!

    BalasPadam
  4. Bagua masak pakai lemon ni. Lemon pun banyak khasiatnya untuk kesihatan 😍

    Lagioun rasanya sedap dan baunya harum. Nak letak kulitnya dalam masakan pun ada rasa zesty.

    Makan pula panas panas dengan ikan goreng baru keluar keluar kuali 😍😍😍 mabeles

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    BalasPadam
  5. BESAR IKANNYA WALAU SEBELAH CUKUP UTK LAUK SEKELUARGA..SEDAP TU

    BalasPadam
  6. Gitulah mak mak ni CH...balik keje nak kena masak pulak. Penat tak penatlah kan.

    Adik beradik Sweet Sourlah kan...cuma tambah lemon, stroberi jadilah resepi syok sendiri haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh...hang tak tambah cili langsung ek Ti. Cepat masak mcm ni kan...

      Padam
  7. Letak strawberry jugak? Perut berbunyi tengok ikan ni.. My favourite dish tu..

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam
  8. lapar................ sedapnya, pndai tul akak ni masak..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)