Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 4 Disember 2016

KEK LAPIS CHEESE SEDAP πŸ˜ŠπŸ˜…❤

Assalamualaikum kekawan..

Selamat beristirehat dihujung minggu, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Kek lapis cheese ni kak nabilah yang hendak cuba buat sangat ni.. bila melintas di wall FB saya .. cepat2 save disini.. nanti nak suruh kak nabilah cuba buat lah :)



Resepi Kek Lapis Chese Sedapppp.

Bahan A:

2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g

500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B:

500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :

1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati

2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair

3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan

4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.

5. Panaskan susu segar,padamkan api.

6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celupsampai habis)

7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan

8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi

9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.

10.Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(

11.Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

selamat mencuba ;)

Sumber : Facebook

3 ulasan:

  1. peti sejuk xada pulak, kna tgu blik kg bru buat.. nmpk meyelrhkn sgt

    BalasPadam
  2. Pepagi singgah sini, terus rasa terliur.. dah la tengah kurangkan gula ni.. haihh

    BalasPadam
  3. Ni adik beradik cheesekut kan Ti...pernah try sekali dulu. Lepas tu dah tak buat buat hihi...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)