Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 23 Disember 2016

3H2M Kem Cuti Sekolah... Part Pengurusan Jenazah Paling Seram Kata Nabil πŸ˜†πŸ˜ŠπŸ˜’

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Pada hari Jumaat 16hb-18hb Disember 2016 Nabil menyertai Kem Cuti Sekolah di Maahad Tahfiz Haji Ishak Ribath Ai'nurrahmah yang mana adik saya menjadi Mudir disitu. Gembira sungguh nabil pada hari pertama pendaftaran tu.. gambar diatas bersama sepupunya, dua daripada tu anak adik saya Ustaz Azharudin tu dan seorang lagi anak adik saya Faizah yg Denny tu sebaya dengan Nabil. Tengok nabil lah yg paling kecil :)

Malam pertama tu dimulakan dengan progran bersama Daie Irfan.. kemain suka budak2 ni dapat berjumpa dengan daie Irfan ni.. baik mama kata Nabil.. masa program ada lah slot sayangi Ibubapa.. menangis tersedu-sedu anak2 ni.. Nabil kata dia nangis sikit ajer.. masa tu rindu sangat dengan mama.. patutlah bila saya datang menjenguk nya pada malam kedua tu beriya peluk saya dan cium saya.. adalah kata-kata Daie Irfan tu menyentuh hatinya itu.

Hari kedua pagi tu pula mereka memulakan program memanah, Nabil yg memang dah tahu memanah mudahlah dia memahami yang diterang oleh cikgu yang mengajar tu.. Dalam ramai-ramai tu Nabil yg selalu mengenai sasarannya kata adik saya .. pada hal dia dah lama tak memanah semenjak arwah mak saya sakit dan juga sibuk kakak Najeeha yg nak UPSR tu hari.. suruh pergi dengan abahnya tak pulak :D 

Petang itu pulak mereka belajar  mengenai Pengurusan Jenazah , dari memandikan, mengkafankan sehinggalah solat jenazah, bangga dengan adik Amar ni yg sukarela untuk menjadi jenazah pada hari tu.. Nabil kata Amar ni kelakar.. sambil jadi jenazah tu boleh pulak bercakap.. masa mandi jenazah tu Amar kata " wey korang, mandilah sebelum kita dimandikan.. cepat lah sejukkkk ni tak tahan ni"  budak gelak semua.. jadi tak takut nak menguruskannya.. 
Sampai masa nak mengkafan ni pun , Amar kata " Weyy.. panaslah kain kafan ni.. jadi tutuplah aurat kita dengan sempurna sebelum kita dikafankan" Ustaznya pun tergelak mendengarnya.. Bagus Amar masih lagi mengingati kekawannya itu..  bak kata adik saya kita tak merasa macam mana dikafankan .. orang yg dah merasa tahulah bagaimana keadaannya..
Masa menyolatkan jenazah ni terasa sebak mereka ini.. peringatan demi peringatan tentang kematian buat mereka dan juga jadikan ilmu utk kita praktik kan.. tu saya cakap dgn Nabil .. nanti kalau mama mati Nabil mandikan, kafankan dan solatkan mama ye.. bergenang airmatanya..

Malam kedua tu mereka ada buat persembahan dan penyampaian hadiah bagi hari kedua tu, kumpulan mana yg aktif dan bagus. Tapi semua kumpulan dapat hadiah.. bagus mudir ni bagi semangat pada mereka.. Nabil memenangi pemanah terbaik, Amar pula sebagai sukarelawan yg terbaik utk jadi jenazah, berbagai lagi hadiah mereka dapat, Nabil malam kedua tu tak nak tidur di Maahad tu nak ikut saya balik.. saya tidur dirumah mak saya tu.. jadi saya kata pada ustaz tu, pagi esok saya hantar semula ke kem tu.. dah rindu pulak nak tidur dengan mama tu.. ye lah pagi tu dah bangun pukul 4 pagi utk program qiamulail.. penat lah tu..

Hari ketiga tu, program pagi adalah berjoging ke tasik biru di Kg Sri Kundang tu, Nabil tak ikut sebab dia balik ikut saya malam tu kan... dia pergi semula ke kem tu ikut adik saya pukul 10pagi.. kata adik saya berbagai kerenah budak2 ni.. lepas joging tu mereka ada buat permainan kampung.. masa main baling seliper tu adalah budak bandar pergi sambut seliper.. jadi matilah kan jika ikut peraturan permainan itu.. yang mana budak kampung yang dah biasa main duk menjerit.. laaaaa mengapa ko sambut weyyy dah mati.. hahahhaa cikgu pun tak memberitahu .. ingat semua orang tahu main.. 
Selepas tu diteruskan dengan ujian utk Smart Solat tu.. slot smart solat tu dah bermula dari hari pertama lagi.. mereka diajar dari mengambil wuduk, bacaan dalam solat, pratikal solat , jadi di hari akhir tu mereka ada sedikit ujian, Alhamdulillah Nabil keputusannya baik .. kata ustaz kena jadi amat baik lepas ni ye Nabil. Sebelum penyampai sijil tu Haris, Nabil dan Aiman diminta utk membaca surah lazim secara hafazan, kemudian baru  penyampaian sijil penyertaan diberikan kepada para peserta. Dikala MC mengatakan semua dah nak balik ke.. ramai yg menjawab tak nakkkk.. bestlah kem ni hahaha.. 
Alhamdulillah kem pertama kali yg dianjurkan berjaya.. 

Selepas solat zohor tengahari tu baru lah mereka makan.. seronok pulak makan dalam dulang ni kan.. kakak Nabilah dah biasalah makan dimadrasah.. kami yg mak sedaranya yg teruja makan didulang hihihi.. Nabil siap kata, nanti mama beli dulang macam ni ye kat rumah.. pastu disokong oleh Najeeha.. elok tu mama .. tak banyak nak basuh pinggan hehehe..



Kepada para ibubapa yg mencari Maahad Tahfiz untuk anak2 mereka boleh menghubungi nombor telefon Ustaz Azharudin 0132719176 atau Ustaz Wildan 0187864489 ini pengambilan pertama. 

13 ulasan:

  1. hehe...saya masa baca kat WA aritu dah tergelak dah
    sebab teringat ada budak tu sampai demam
    sebab dok jadi jenazah...hehe
    tapi lately kan makin banyak kem begini
    bagus, saya sokong. tapi belum berpeluang
    next time saya nak hantar juga anak bujang belajar benda gini
    saham untuk kita juga dak, kalau anak pandai benda gini =)

    BalasPadam
  2. Pengisian masa cuti yg sangat bermanfaat ni Yati
    Bagus juga yg jadi 'mayat' bercakap jadi budak-budak taklah takut sebab tahu itu kawan mereka:)

    BalasPadam
  3. Bagus ada kem macam ni yatie...selain dari mengisi masa cuti ,banyak ilmu akhirat dapat dipelajari terutama bab pengurusan mayat tu .
    Kalau Iman dapat sertai kem kan seronok seperti Nabil.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...ilmu yang sangat bermanfaat untuk anak-anak...pendedahan awal..

    BalasPadam
  5. Menarik program kem ni. Oh, pengurusan jenazah pun diajar. PH kagum sebenarnya kerana masyarakat Melayu tidak ada sifat negatif terhadap kematian. Lain pulak dengan masyarakat Cina di mana kematian penuh dengan pandangan negatif dan banyak pantang larang. Padahal, kematian itu sebahagian dari kehidupan manusia di dunia ini. Tabik kepada adik Amar yang sukarela main watak jenazah. Geli hati PH baca pasal keletah dia. Kalau budak Cina, jangan haraplah hah..hah..

    BalasPadam
  6. bgsnya kem gini kak, membina jatidiri anak2...

    BalasPadam
  7. Suka tengok anak2 kecil kita didedahkan ilmu agama dgn sempurna sedari awal....

    BalasPadam
  8. Memang bagus kalau budak budak di dedahkan dengan kem berilmu macam ni ye Ti. Terisi banyak masa lapang cuti sekolah mereka.

    Pernah beli jugak dulang kononnya nak makan berjemaah. Tp huh....belum tertunai lagi hajat tu. Dahmakan atas meja katanya

    BalasPadam
  9. Kenapa saya yang sebak sangat baca entry ni..lagi-lagi part dia org belajar uruskan jenazah :(

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah sekarang banyak kem yang agak murah untuk kita hantar anak2kan..dulu2 rasanya nak hantar anak banyak yang ratus ringgit... jadi berpeluanglah ramai anak2ni masuk ke kem sebegini.. semoga anak2 ini dapat menjadi insan hebat...

    BalasPadam
  11. Alhamdullilah. Pendedahan awal kepada anak-anak..Cuti sekolah diisi dengan perkara berfaedah :)

    BalasPadam
  12. Mesti Nabil suka...elok bg pendedahan awal pada mereka...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)