JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 27 Disember 2016

KENANGAN DI SEKOLAH RENDAH INTEGRASI AL HANNAπŸ˜†πŸ˜…

Salam petang yg ceria kekawan :)
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Terasa ingin update entri persekolahan akhir mereka di Sekolah Rendah Agama Integrasi Al Hanna.. selepas ini mereka dah tidak bersekolah di sini .. Ini masa hari ithtifal sekolah mereka.. saya tak sempat untuk menghadirinya.. Konon nak datang masa kakak Najeeha ada persembahan dan terima hadiah utk PSRA yg Mumtaz tu.. rupa-rupanya majlis habis cepat.. kalau ikut atur cara majlis persembahan dan penyampaian hadiah tu pukul 11am.. Jadi saya datang waktu tengok mereka dah berkemas-kemas dah huhuhuhu..
Jadi gambar ni saya ambil di wasap grup mereka ajer..

4 sekawan yg tidak dapat dipisahkan tetapi berpisah jua kerana tahun depan dah sekolah lain-lain..

Cikgu kesayang mereka.. cikgu pun nak sambung belajar.. jadi abadikan gambar bersama cikgu kesayangan..

Rupanya ramai cikgu yg hendak sambung belajar jadi yg tinggal 2 orang cikgu aje kata Najeeha..
Jadi sebab itu mereka pergi berjalan-jalan dengan cikgu di bukit cerakah tu.. Nabil bila kakak Najeeha tiada disitu dia pun dah tak nak bersekolah disitu.. 
Gambar beramai-ramai sebelum memulakan majlis ikhtifal itu.. adalah kenangan Nabil dan Najeeha disini..

InsyaAllah tahun depan Nabil bersekolah di Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato Mufti Yusof Shahabuden..


12 ulasan:

  1. Sedihnya berpisah 4 sekawan tuh...moga ukhwah berkekalan hendaknya

    Comel2 cikgunya patut disayangi

    BalasPadam
  2. Comel2 semuanya. Semoga mereka memulakan persekolahan di sekolah menengah pada tahun depan dengan baik.

    BalasPadam
  3. La.. Nabil pun nak pindah juga pulak
    Tapi kalau pindah kena sesuaikan dgn kawan yg baru, cikgu baru
    Cuma kalau lebih dekat lebih senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang lebih dekat di rumah kakzakie..
      Nabil pun tak sabar nak sekolah disitu..
      Ramai kawan disurau atau ditaman perumahan ini yg bersekolah disitu..
      Sudah disebut satu persatu nama kawan suraunya itu..
      Semoga serasi lah juga..

      Padam
  4. kenangan di sekolah rendah biasanya kekal dalam ingatan terutama bersama kawan2 dan guru2.

    BalasPadam
  5. comel ambil gmbr tegak je...
    cikgu suruh duk tegak. tegak je.. ni tak tahu lagi nak posing ni..

    BalasPadam
  6. Pix yg last tu, Cikgunya nampak comel... muda mcm baru lepas form 5.

    BalasPadam
  7. semoga dipermudahkan urusan mereka

    BalasPadam
  8. Ni sekolah swasta ye Ti... Nanti Najeeha sambung sekolah mana?
    Alahai mesti diaorang sedih kan dah terpaksa berpisah. Tapi depa sekarang ni untung sebab senang nak berhubung zaman kita dulu, kalau berpisah tu mmg berpisah betullah gamaknya

    BalasPadam
  9. cantik dan kemas pakaian sekolah tu...mesti sedih terpaksa berpisah...comel2 cikgu nya..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)