Assalamualaikum kekawan..
Walaupun dah malam.. hendak jua melakar entri dipenghujung tahun ini.. detik 12 mlm ini akan melangkah masuk lah kita ke tahun 2017..
Apa yg ingin saya kongsikan adalah perkongsian dari ex CEO saya yg berkhidmat dari 2010 smpi Februari 2015 yg kami panggil en Izam.. dan beliau seorang yg rapat dgn staff.. tak hairan beliau begitu mengenali setiap staffnya.. sifatnya yg ramah dan sentiasa memberi motivasi utk setiap kakitangannya.. walaupun beliau telah berhenti berkhidmat tetapi beliau masih lagi menghubungi stafnya dgn WhatsApp..
Dibawah adalah perkongsian beliau utk menempoh tahun 2017 namun tidak lupa tahun 2016 yg ditinggalkan..
Semoga ianya juga akan memberi manfaat utk kekawan..
Terima kasih Encik Izam...π
Kongsi je...Di sini saya ingin berkongsi sebahagian daripada apa yang saya lakukan setiap akhir tahun / awal tahun untuk mengorak langkah seterusnya. Ini saya lakukan untuk diri dan organisasi. Anda boleh gunakan untuk diri dan keluarga juga.
Muhasabah diri dan rancang dalam 6 bahagian utama:
a. Kerjaya atau tugas di tempat kerja;
b. Kesihatan diri;
c. Kewangan diri dan keluarga; d. Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dll yang penting dalam kehidupan);
e. Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari/amalkan/istiqomahkan, mengaji Quran dll);
f. diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dll).
Dan pada bulan ini adalah bulan terbaik untuk anda/kita review 2016 dan rancang apa yang kita hendak untuk 2017.
Di bawah ini adalah soalan - soalan asas saya tanya diri sebelum saya buat perancangan diri/organisasi.
Semua soalan di bawah, saya jawab dari kaca mata saya.
1. Apakah 10 kejayaan saya untuk tahun 2016?
2. Apakah 10 kegagalan saya untuk 2016?
3. Apakah 3 pengajaran yang saya boleh belajar dari 2016 daripada tindakan saya?
4. Apakah 1 tindakan saya yang paling bijak yang memberi impak besar dalam 2016?
5. Apakah risiko terbesar yang saya ambil pada 2016?
6. Apakah satu perkara jika saya boleh kembali ke masa itu dalam 2016, saya akan membuat tindakan yang berbeza?
7. Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2016?
Kemudian saya review jawapan saya dan saya cari apa yang saya boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai 'kata kata ingatan' untuk 2017. Lepas tu saya jawab 4 soalan lagi.
8. Apa yang saya boleh 'start' buat untuk 2017?
9. Apa yang saya boleh 'stop' buat untuk 2017?
10. Apa yang saya boleh 'do more' untuk 2017?
11. Apa yang saya boleh 'do less' untuk 2017?
Setelah saya jawab semua soalan di atas, saya akan review semula dan muhasabah diri untuk mencari 'pattern' dan 'trend'. Saya cari surah atau sirah yang boleh dijadikan panduan. Doa pada Allah untuk memberi petunjuk. Niat membaiki diri untuk merapatkan diri kepada Allah dan jika untuk organisasi, untuk ummah. Lepas tu baru saya set goal diri 2017.
Semoga anda capai apa yang anda hajatkan dan usahakan. Ameen.
Salam Tahun Baru 2017 :)
BalasPadamAssalamualaikum , moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Benar, perlu sentiasa muhasabah diri untuk meneruskan kehidupan mendatang. Kehidupan di dunia ini, serta kehidupan selepas kehidupan ini. Mohon doa agar kita semua sentiasa dapat memperbaiki diri. Apa pun selamat menempuh 2017....
Happy New Year, Yati! PH suka perkongsian ini. Boleh imbas balik pencapaian/kegagalan 2016 dan berusaha untuk memperbaiki di tahun 2017 :)
BalasPadamSalam 2017 Ti....
BalasPadamBarulah betul namanya CEO....ada wawasan dan buat post moterm apa yg telah berlaku sepanjang tahun lepas dan bertindak untuk memperbaiki...
Ini tidak....langsung tak de azam haha....patutlah jadi suri rumah je Ti
one step at a time..moga dipermudahkan. Selamat tahun baru kak..
BalasPadamselamat tahun baru 2017 sis :)
BalasPadamSalam 2017... banyak aspek kena kaji dalam tahun yang sudah... baru boleh set wawasan/azam baru 2017. Kunci katanya, post mortem dan muhasabah... thanks sharing... π
BalasPadamElok post mortem buat tiap bulan. Nak tunggu setahun, lama sangat. dah lupa apa yang berlaku awal tahun lepas
BalasPadam