Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 10 Disember 2016

Resepi Kuih Keria Gula Merah Viral... πŸ˜ŠπŸ˜†

Salam petang ceria kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu.. saya pun dah sampai kg en suami.. tengah dok layan FB keluar pulak resepi kuih keria gula melaka yg tengah viral ni.. elok save kat sini dulu.. esok2 kita cuba pulak ye πŸ˜†πŸ˜…


πŸ’ Kuih Keria Sira Gula Melaka πŸ’
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
By Mawar Wilsa

✔ 2 kg keledek putih
✔ 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder ~ayak
✔ garam secukup rasa
✔ Air secukupnya untuk merebus keledek
✔ minyak utk menggoreng

🍎 Cara2
1 • Keledek dibuang kulitnya dan dipotong kecil
2 • Masukkan keledek, garam dan air secukupnya ke dalam periuk dan rebus hingga empuk
3 • Setelah empuk angkat toskan airnya dan lecek keledek hingga lumat sementara ia masih panas .. Biarkan sejuk baru letakkan tepung.
4 • Kemudian gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil ~ ikut suka saiz nk besar mana
5 • Goreng kuih keria di dalam minyak yg sederhana panas hingga kuning keemasan
6 • Angkat dan toskan minyaknya.. Biarkan sejuk seketika baru disira dengan gula melaka




🍎 Sira Gula Melaka
✔ 1 block gula melaka ~ lihat gambar
✔ Sedikit gula batu ~ lihat gambar
✔ 1 sudu besar gula kasar
✔ 5 sudu besar air

1 • Hiris / hancur kan gula melaka dan gula batu supaya mempercepatkan proses gula larut dan mencair
2 • Di dalam kuali masak gula melaka , gula batu ,gula kasar dan air hingga berbuih /mendidih dan pekat
3 • Masukkan kuih keria tadi dan kacau rata supaya gula melekat pada seluruh kuih.. Tutup api dan gunakan lidi/chopstick untuk jarakkan kuih supaya tidak melekat apabila telah sejuk
4 • Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati
NOTA ✔ Gunakan Keledek Putih kerana kandungan air nya kurang dan ia tidak begitu manis serta sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih.
✔ Jangan letakkan tepung terlalu banyak kerana boleh menyebabkan tekstur kuih menjadi keras.
✔ Campuran gula batu untuk menjadikan kuih keria berkilat apabila telah sejuk... #mawarwilsa

EDITED 14 NOVEMBER 2016
ini adalah resepi percubaan pertama saya .. Keledek dgn nisbah tepung dh ok bg saya.. Lembut walaupun dah sejuk.. Mungkin next time sy akn tambahkan lagi sedikit gula melaka sbb mcm kurang utk 2 kg keledek.. Mungkin kena guna 1 1/2 blok gula melaka.. Kena try and error baru tau.....

===============

Ada masalah Asma/Semput/Lelah?dapatkannya disini -> https://goo.gl/ho8bQj

Nak lagi resepi? like je Sedapnya Resepi Ini

Follow Resepi Sedap Di IG : https://www.instagram.com/resepisedap/

==================
Sumber : Facebook

12 ulasan:

  1. skarang dh rmi dok buat sendiri kuih keria yg femes melaka tu...kita dh dpt rs yg melaka tu sedap

    BalasPadam
  2. dapnyer....PH suka makan tapi malas nak buat.

    BalasPadam
  3. saya kurang gemar sikit kuih muih yg melekit2 kat luar ni
    tp pernah makan yg ori dari melaka tu..

    BalasPadam
  4. viral betul kan. he hee sblm ni pun memang suka kuih keria, dah biasa dari kecik mak buat. sedapp kena yg lembut.

    BalasPadam
  5. Kat melaka memang ada jual kuih keria ni.
    Besar jugak perniagaan dia.

    BalasPadam
  6. baiklah nanti nak buat. last week pergi jam 3.30 petang dah habis.

    BalasPadam
  7. Rajinnya hang Ti. Untung cik abg dengan anak anak dapat ibu rajin mcm hang.

    Zaman dahulu kala pernah jugaklah try buat keria ni. Tp semakin tua semakin anak besar jadi malas pulak hihi

    BalasPadam
  8. Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn πŸ˜‚

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)