Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 19 Disember 2016

PASTA SPIRAL GORENG SOS SARDIN... emmm dapnya..πŸ˜†☺

Assalamualaikum kekawan..

Salam petang yg ceria :)
Sibuk sikit ye lah dah lama bercuti.. kerja pun menunggu lah kan :)

Masak pasta spiral goreng ni dah lama hihihi.. tapi tak menyempat nak update entri.. tu guna homemade sardin yg saya buat di sini tu homemade sardin sedap..
Sebelum tu saya dah buat spaghetti sardin juga.. resepinya di sini juga.. spaghetti sardin emmm dapnyaaaa :)
Anak-anak saya suka betul spaghetti dan pasta ni.. tekak budak2 sekarang kan.. ini pun kakak nabilah juga yang minta.. saya pun join sama.. memang sedap lah weyyy.. bertambah makan hahhaa.. tapi bagi orang yg suka sardin lah kan..


Resepi saya cukup mudah kekawan.. sebab saya ni suka yg cepat dimasak sedap dimakan.. jom intai resepi saya ni ye :)

RESEPI PASTA SPIRAL GORENG SOS SARDIN
Bahanya :-
- 1/2 peket pasta spiral
- 1 tin kecil sardin (saya guna yg homemade)
- 1 tin sos pasta original adabi
- 1 batang karot di sagat
- 1biji tomato potong dadu
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar potong dadu
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 sudu teh serbuk oregano
-garam secukup rasa

Caranya :-
1. Rebus pasta spiral sehingga lembut, tos kan, ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih bersama minyak zaitun, kemudian masukan sardin yg telah di hancur-hancurkan, masukan pula sos pasta adabi.
3. Kemudian masukan bawang besar, karot dan tomato yang didadukan tadi. Bila karot dah lembut dan mesra perasakan garam.
4. Kemudian baru masukan spiral yg direbus tadi. Kacau mesra kemudian taburkan serbuk oregano. 
5. Apabila semua bahan telah mesra dan garam secukup rasa boleh lah ditutup apinya. Kemudian letak dalam mangkuk tabur kan daun bawang dan sup utk hiasan.

Ini bekas tupperware kakak nabilah untuk dibawa ke madrasah. Masak ni masa pagi isnin tu.. jadi boleh lah dia membawa bekal.. selalu masukkan dalam bekas besar boleh makan bersama-sama kekawannya dimadrasah.
Bila masak ni teringat nabil.. masa tu dia dikampung .. bercuti sekolah disana.. kakak nabilah baru mula cuti hari ini.. esok nak masak utk mereka lah.. sebab nabil selalu kata.. dia selalu share pasta goreng mama ni dgn cikgu.. cikgu kata kalau mama nabil masak cikgu makan sebab sedap hahahha.. cikgu sebenarnya tak makan sangat pasta goreng ni.. iyo lah nabil tu.. nak jek mama dia suruh masak lagi :D

12 ulasan:

  1. Nampak sedap ni...nanti bleh cuba...

    BalasPadam
  2. seronoknya kan kak kalau kita masak anak2 suka makan...ni siap cikgu nabil pun suka makan...mmg sedap betul tu..
    nnt bila2 boleh try resepi ni..tq akak!

    BalasPadam
  3. Nama pun dh berpintal2 macam pastanya, susah nak nyebut.
    Apa2 pun nampak macam sedap.

    BalasPadam
  4. Nak jugak pasta tu...
    Mesti sedap...

    BalasPadam
  5. Mmmm...nampak sedap! PH suka makan pasta.

    BalasPadam
  6. Betullah Yati kalau boleh nak masak yg senang dan sedap dimulut keluarga. Daripada masak lama-lama & macam-macam tapi tak habis baik yg senang-senang.

    BalasPadam
  7. kak yati yang masak kompem sedap-sedap belaka

    BalasPadam
  8. ok jugak kan sekali tukar menu tukar selera... asek2 spaghetti biasa jer kannn..

    BalasPadam
  9. Salam Kak yati...kalau anak lelaki noe ni memang reject terus...semua yg berkaitan dengan sardin dia tak suka...tapi nampak menyelerakan jer..

    BalasPadam
  10. Tak pernah goreng spiral guna sardin Ti...teringin lah nak try. Ohhh kena letak jugak paste tomato spaghetti tu ek

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)