JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 7 Disember 2016

MASAK LODEH KERING @ SAMBAL JAWA ... emmm dapnyaaaaπŸ˜ŠπŸ˜† ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Masak lodeh kering ni masa hari ahad itu hari.. konon nak feling-feling makan dengan nasi impit giteww.. lebih kurang nak hari raya tekak sendiri hahhaha.. konon petang nanti lah baru nak rebus ketupat mini adabi.. banyak ni.. boleh buat jugak lauk tengahari ni..
sambung kat bawah cerita ni.. apa jadi.. trik supaya baca sampai habis entri hahhaha..

Bahan2 respi saya ni cukup senang dan mudah tapi hari tu terlupa pulak beli tauhu.. udah tak ada lah pulak tauhu dalam ini pilem resepinya hahha

RESEPI LODEH KERING @ SAMBAL JAWA

Bahannya :-
- 1 peket suhun yang ada fucuk sekali tu - rendam
- 1 ikat kacang panjang potong serong
- 5 bungkus tempeh potong kecil - digoreng
- 1 batang karot potong bulat bunga
- 3 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 1 inci halia dihiris
- 5 biji cili api dihiris
- 1 cawan santan kelapa
-1 mangkuk udang sayur
- 1 batang serai dititik
- garam secukup rasa
- gula 1 sudu

Caranya :-
1. Tumiskan bahan hiris sehingga wangi, kemudian masuk udang yang digaul sedikit garam. 
2. Kemudian masukan sayur yang dipotong tadi dan juga fucuk, kacau mesra sehingga sedekit empuk.
3. Lepas tu masukan santan dan garam serta gula dan suhun yg direndam tadi. kacau sehingga kering.
4. Kemudian baru masukan tempeh yang digoreng tadi dan serai, kacau mesra dan kemudian angkat.
5. Siap dihidang bersama ketupat dan nasi putih.

Meh sambung cerita diatas.. punya lah semangkuk besar saya masak ni boleh pulak tinggal suku jer kekawan dibelasah oleh en suami dan nabilah.. sedap sangat lah tu.. udah majuk lah saya nak rebus ketupat mini.. macam tak berbaloi.. huhuhu..
Nampak gaya kena masak lain untuk saya feling-feling hari raya tekak saya ni.. :(  hahhaha..

Nom.. dalam CH majuk.. boleh lak mimpi hang tu Nom..
kita gader2 sambil selfie dengan group Aweks Blogger.. hahhaa kelakar pulak.. boleh terbawak dalam mimpi tu Nom.. YY, AN, Ticer Zimah pun masuk ini pilem hhahaha 

17 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi rabu

    BalasPadam
  2. ada nampak resepi ni dekat facebook hehe sedap ni

    BalasPadam
  3. Kelakar lh yatie ni....majuk2 boleh mimpi ,mesti awek2 tu suka majuk juga kan :-
    Sambal jawa ni memang sedap ....Akak pun suka .Tapi ntah bila lh boleh masak lgi.

    BalasPadam
  4. Oh... kalau Yati nak tahu ini salah satu hidangan tradisi org Johor. Tapi kami tumis guna cili giling sikit sebab itu warna dia merah. Tapi dlm bumbunya ada juga lengkuas dan juga serai yg Yati tak gunakan di sini..

    Makan dgn ketupat memang sedap:)

    BalasPadam
  5. Kelakar lh yatie ni....majuk2 boleh mimpi ,mesti awek2 tu suka majuk juga kan :-
    Sambal jawa ni memang sedap ....Akak pun suka .Tapi ntah bila lh boleh masak lgi.

    BalasPadam
  6. Tak pernah try lagi lodeh yang kering macam ni kak. Nani selalu makan yang berkuah. Nampak sedap tu :)

    BalasPadam
  7. Nur jarang masak menu kak..tp klau blik umah mak dpt lah mkn huhu

    BalasPadam
  8. Sedap ni. Tak pernah buat kuah lodeh kering. Bolehlah try nih.

    BalasPadam
  9. Oh...ada juga lodeh jenis yang kering. Mesti lah sedap sebab hampir semangkuk dia orang perabis. Kesian tukang masak...LOL!

    BalasPadam
  10. Uittt, boleh den pun terlibat dlm citer ni, haha..
    Terbaikkkk, dah lama cari resepi ni.
    Satu lagi, cer share resepi sambal jawa kalo hang tau la.

    BalasPadam
  11. trs rasa lapo lah... meh jd jiran kak, hari2 dana mkn sedap

    BalasPadam
  12. Sedap tu kak Yatie... pantang nampak makanan yg ada tempe memang terliur dibuatnya....

    BalasPadam
  13. biasa tengok yg masak lodeh berkuah jer...upanya ada yg kering jugak

    BalasPadam
  14. Lma tk msak lodeh ni....mcmmm dpppp jer

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)