JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 3 Disember 2016

PUDING AISKRIM... emmm dapnyaaa..

Assalamualaikum kekawan..

Selamat bercuti di hujung minggu.. semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Bila sekodeng FB ni.. mula lah saya ni kan.. hendaknya yg terbit kat wall saya tu yg menguja diri dan tekak.. tengok puding aiskrim mula teringin nak membuatnya.. apa pun kita save kan sini dulu nanti kita cuba ye.. terima kasih yg share resepi ni :)

Pernah tak rasa puding yg ada rasa aiskrim? Inilah masanya nak cuba... sebarang perisa aiskrim / buah boleh diubahsuai ikut selera atau apa yg ada dlm peti sejuk. Memang mudah sangat nak buat.

PUDING AISKRIM
1x425g kepingan pic (dlm tin)
200ml aiskrim vanila
1 steh esen vanila

Bahan A
500ml air
300ml susu cair
80g gula melaka
40g gula pasir
10g serbuk agar-agar
1/4 steh garam

Bahan B (dilarutkan & tapis)
4 sbsr tepung kastard
2 biji telur
100ml sirap pic (dari tin)

1. Jerang A, kacau hingga gula larut. Perlahankan api.
2. Masukkan B, kacau hingga pekat. Angkat.
3. Bubuh aiskrim dan esen vanila, kacau sebati.
4. Susun pic dalam loyang yg sudah dibasahkan (supaya puding mudah keluar nanti).
5. Tuangkan puding. Bila sejuk baru letak dalam peti sejuk (supaya tak berair bila disajikan).

Sumber : Facebook

5 ulasan:

  1. Sedap. Tapi bahan je banyak gula. Hehe. Kena kawal juga makan ni πŸ˜‚

    Nanti berat naik
    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    BalasPadam
  2. wow, nampak sedap, boleh di cuba nanti (kalau datang angin rajin hehe)

    BalasPadam
  3. Mmg mengujakan tekak tu tin C oii. Sure suka sgt anak2.
    Saya buat yg senang dan bahan sikit je, cam dadih...buat bebanyak, selagi ada korang makanlah, kang dah habis kita buat lagi, janji ibu tk payah masuk dapur 4,5 kali sehari cuti2 ni.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)