Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 5 Disember 2016

RENDANG PUCUK PAKU NEGERI SEMBILAN...πŸ˜†πŸ˜… ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)
Teringin sangat nak makan rendang pucuk paku ni.. ianya mengingat saya pada arwah mak wo saya, yakni kakak arwah mak, dia tinggal di Sg Pencala, jadi masa cuti sekolah selalu pergi rumah dia sebab apa.. sebab mak wo ni buat kerja kampung, dia menjual daun pisang di pasar, ada kebun buah-buahan. Jadi bila mak wo gi cari daun pisang hutan kita orang pun ikut sama.. sebab suka menangguk udang di sungai dan cari pucuk paku ditepi sungai tu.. dulu-dulu tak takut pun ular ke apa ke.. macam happy jer..
Bila petik sendiri pucuk paku tu tentulah banyak hasilnya.. jadi arwah mak wo buat rendang pucuk paku ni dgn udang sungai.. aduhai sedap manisnya udang tu..

Itu hari ada kawan tunjuk dalam grup wasap rendang pucuk paku ni tu lah rajin dan gigih membuatnya. Lagi pun kalau kita masak kering-kering boleh tahan lama.. dah jadi macam serunding tu.. saya buat versi Nisembilan.. podeh weyyy.. :)


Bahan-bahan nya pun mudah aje kekawan.. cuma kena rajin mengacau sehingga kering tu.. naik sado lengan CH ni dibuatnya.. Boleh gusti lengan dengan Hainom ni hahaha.. apa macam mak boleh ke kita gusti lengan.. KB jadi refri hahaha.. udah-udah tu jom kita tengok resepinya :D

RESEPI RENDANG PUCUK PAKU
Bahannya :-
- 2 ikat pucuk paku
- 1 kilo santan pekat
- 1 mangkuk kecil ikan bilis ~ ditumbuk kasar
- 20 biji cili padi*
-3 biji bawang merah*
- 1 inci kunyit hidup*(tumbuk halus bahan*)
- 1 batang serai - dititik
- 1 helai daun kunyit dihiris
- 2 sudu besar kerisik
- 1 keping asam gelugor
- Garam secukup rasa.

Caranya :-
1. Masukkan santan pekat, bahan tumbuk dan ikan bilis, masak dan sedikit garam dulu, kacau sehingga bahan tersebut terbit minyak. Masa ni pun menguji kesabaran tau .. bawa2 berzikir jadi tenang je jiwa sebab sambil tu kita kena kacau sentiasa nanti hangus pulak.

2. Kemudian perisakan garamnya sebab semakin kering akan masin, jika dah sedang elok jangan dimasukan garam lagi, terus masuk kerisik, serai, daun kunyit, asam keping, kacau bagi mesra  dan baru masukkan pucuk paku.

3. Kacau lah sehingga bahan-bahan tersebut kering, semakin kering bahan tu , nanti boleh simpan lama. Masa ni gunakan api yang perlahan tau, sentiasa kacau nanti kering tak sekata pulak.

4. Apabila semua bahan kering seperti rendang tu, boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih panas.. perghhh memang sedap.

Selamt Mencuba ^__^



14 ulasan:

  1. Sedapnya. Kakcik memang penggemar pucuk paku (walaupun dah lama tak makan). Dulu kat kampung, masuk kat semak kutip sendiri pucuk paku segar. Buat masak lemak. Allah...tak terkata sedapnya. Buat pecal pun sedap...

    BalasPadam
  2. Kalau dah teringin nak menikmati kesedapannya kenalah tangan jadi sado Yati. Kakak suka juga pucuk paku ini. Masak apa pun tak kisah.

    BalasPadam
  3. sedapnye .... x pernah mkn tp nampak sedap

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan rendang puck paku ni..
    Tq share resepi ni sis..

    BalasPadam
  5. salam kakak...lama tak jengah kat sini...sihat ke...alhamdulillah soya sini...blog je tak berupdate lagi....

    tgk akak up rendang ni..teringat mak mertua pon bagi rendang arini sebelom balik kampong

    BalasPadam
  6. sedapnya.... tahan air liur je la

    BalasPadam
  7. Ini masakan baru untuk PH. Rendang ayam dan rendang daging, biasalah tapi tak pernah dengar pasal rendang pucuk paku. Nak cuba lah. Mesti sedap.

    BalasPadam
  8. Assalam sis,
    waduh..pertamam kali dengar rendang pucuk paku..
    kalau rendang pucuk ubi & rendang cendawan dah pernah try..boleh masuk list ni..thank you share recsepinya ya..:)

    BalasPadam
  9. Pucuk paku buat rendang?
    Belum pernah cuba try dan rasa.

    BalasPadam
  10. Ni makanan org org tua ni Ti ....mcm kita haha... Tak pernah buat tp gerenti suka makan. Sebab tengok pun tau mesti sedap benda ni.

    Den malas nak masak yg leceh leceh ni Ti. Den nak cepat jer keluar dari dapur tu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)