JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 1 Disember 2016

SPAGHETTI IKAN SARDIN... emmm dapnyaaa πŸ˜†πŸ˜ŠπŸ’–

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Masak spaghetti sardin ni masa buat sardin homemade itu hari kekawan.. idea ni dari KakZakie blogger Titisan Nurani tu.. kak zakie selalu komen kata sardin pun akak selalu buat spaghetti.. tu yg mencuba.. ingatkan anak2 tak suka .. sekali tengok bertambah mereka makan.. en suami saya masak lain.. sebab dia tak makan sardin walaupun homemade.. en suami ni hanya ikan-ikan tertentu jer masuk kat tekaknya hihihi.. tapi saya masak spaghetti togel jer bak kata Kak Ton @ MD tu.. janji anak2 punya tekak suka kan :D


Resepi saya memang mudah jika siapa nak mencuba hihihi.. 15 minit masak pastu terus ngap dalam mulut :P

RESEPI SPAGHETTI IKAN SARDIN

Bahannya :-
- 1/4 peket mee spaghetti direbus
- 1 tin kecil sardin
- 1 tin Sos Pasta Adabi yang ada cendawan tu.
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 1/2 biji bawang besar holland di potong dadu
- 2 ulas bawang putih diketuk aje.
- 1 biji karot merah disagat.
- sedikit serbuk oregano
- garam secukup rasanya.

Caranya :-
1. Tumis bawang putih lepas tu masukan sardin, hancur-hancurkan isinya.
2. Kemudian masukan sos pasta cendawan, bawang besar , tomato dan karot yang disagat. Masak sehingga sebati.
3. Lepas tu masukan sebuk oregano dan garam, jika semua telah secukup rasa boleh lah diangkat.
4. Hidangkan bersama mee spaghetti yg telah direbus tadi.

SELAMAT MENCUBA ^__^

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak CH..

    First time tengok..mungkin boleh try untuk ibu sebab SN pun bukan peminat sardin

    BalasPadam
  2. wow...tak pernah terlintas pun guna ikan sardin..boleh try nanti

    BalasPadam
  3. Haaa.... sedapkan.
    Kakak kalau ada bebudak ramai dah tak ada idea bagi aje resepi ini.

    BalasPadam
  4. dana pun penah msk spegeti sadin ni kak...

    bg dana sedap je n kene je ngn sadin... tp ada org kata agak hanyir....
    sbb kalau bt mmg selalu licin je

    BalasPadam
  5. Terfikir juga nak buat, tapi fikir je...buatnya tidak juga...πŸ˜€

    BalasPadam
  6. Sedap aje
    Terutama kalau tengah lapar
    Atau dapat free
    Siap mintak tapau lagi.

    BalasPadam
  7. Terima kasih yatie kongsi..terima kasih juga pada kak zakie.acik teringin nak cuba buat ni yatie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Acik Erna..
      Rindu dengan cerita acik erna di blog..

      Padam
  8. Nampak sedap... tak pernah try lagi dengan ikan sardin. Ikan sardin tu akak masukkan dengan sos2nya sekali ke @ hanya ikan je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak masuk dgn sos-sosnya sekali syah..
      Cubalah sedap sangat..

      Padam
  9. first time tgk spageti ngn sardin.. tp nmpak menarik la, meyelerhkn:)

    BalasPadam
  10. wah macam best je kak spagetti sardin tu, kalau rajin boleh juga dicuba nanti

    BalasPadam
  11. Oh...sardin pun boleh buat sos spaghetti. PH kurang minat dengan sardin tapi mana tau, kalau masak jadi sos macam ni, mungkin suka pulak. Kena try lah at least sekali. Rugi kalau tak cuba.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)