Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 6 Disember 2016

ASAM PEDAS TELUR IKAN.. emmm dapnya πŸ˜†❤

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Masa pergi pasar tani pagi minggu tu ternampaklah telur ikan yang besar-besar ni dalam pinggan tu. Tengok tulis RM10 sepinggan.. tanya kat adik yang menjual tu.. "Telur ikan apa ni dik, besarnya "..
"Telur ikan kerapu kak, isi lembut jer tau bila masak" jawabnya..
Udah teringin pulak tekak nak memakan ni.. teringat pulak sedapnya kalau buat asam pedas.. 

Banyak dalam satu pinggan telur ikan tu.. jadi saya buat separuh.. separuh lagi masak kari dengan ikan merah..


Bila siap masak memang ni lah di sudu dulu kedalam pinggan.. en suami tanya telur ikan apa ni, besarnya, pastu bila dimakan memang isi telurnya lembut.. emmm masih terasa kesedapannya .. walau pun dah jadi baja organik sekarang ni hahahha..

Jom intai resepi saya yang mudah ni..


RESEPI ASAM PEDAS TELUR IKAN AROMA LIMAU PURUT

Bahannya :-
  • 300 Gram telur ekor ikan. 
  • 1 biji limau purut
  • 1 btg serai dititik
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 2 tangkai bunga kantan
  • 400 ml air
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 5 helai daun limau purut
  • 60 ml minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan kisar

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 cm belacan, dibakar
  • 1/2 sudu teh jintan manis } disangai dan ditumbuk
  • 1/2 sudu teh jintan putih } disangai dan ditumbuk
  • 5 biji lada hitam - ditumbuk
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Kemudian masukan telur ikan dan gaul kan mesra, kemudian masukan air 400ml yg diperah kedalamnya satu biji limau purut.
  3. Kemudian masukan daun keseum dan bunga kantan. Masak hingga mendidih.
  4. Bubuh garam dan daun limau purut. Apabila semua bahan telah masak, boleh ditutup apinya.
  5. Siap utk dihidang





14 ulasan:

  1. sy tak mkn telur ikan ... tp klu digoreng garing boleh pulak mkn ... sedap selalu mkn telur ikan terubuk tu sedap

    BalasPadam
  2. Wah sedap ni! PH suka telur ikan, biasanya goreng biasa aje. Tak tau pulak boleh buat masak asam pedas.

    BalasPadam
  3. Telur ikan masak asam pedas memang sedap Yati:)

    BalasPadam
  4. saya tak pernah masak sendiri telur ikan ni Yati..main beli ja kat kedai2 makan..mmg feberet ni..

    BalasPadam
  5. mmm dah lama x makan telur ikan...dulu mak biasa masukkan telur ikan ni dalam gulai kari..

    BalasPadam
  6. Wowww! terliurnyaaaa tengok..
    my peberet ni asam pedas :)

    BalasPadam
  7. alahai kak...sodapnya....nyam nyam nyam

    BalasPadam
  8. Sedapnya Ti....lama tak beli dan makan telur ikan sejak tak pergi pasar. Kat Tesco mana ada.

    Kalau ada telur ikan sembilang sedap jugak ek Ti.

    BalasPadam
  9. Sedapnya.
    Kalau dapat telur ikan mayung lagi uump.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)