JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 29 Mac 2017

JJCM Johor Baharu 4 :: Glamour Seafood Medan Selera Sri Stulang πŸ˜†πŸ˜ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Butter Prwan
Balik dari keluar berjalan-jalan di sekitar Johor Baharu tu, kami JJCM pulak malam tu, mencari makan hingga ke Stulang tu.. Galamour Seafood Medan Selera Stulang.. berbaloi sungguh makan kat situ.. sedap terbaik sedap.. murah pun murah .. perghhh makan sampai fengsan malam tu hahahahaha

Sotong masak kicap ni request dari Qaseh.. mmg bertambah dia makan masa tu :D

Ikan pari goreng tepung.. memang sedap wey... adik tu kata tengah popular kat situ.. cicah pulak sambal kicap.. perghhh.. :)

Ikan siakap merah bakar sambal.. Nabil belasah yg ini ajer.. tersandar dia lepas makan hahaha..

Kerang bakar sambal ni kegemaran kak Nabilah dan Jeeha.. beriya mengupas kulit kerang tu satu persatu.. sedapnya mama..

Satu jer sayur hahahha.. Kailan ikan masin, yang tak ada dalam gambar sebab lambat sikit sampai masa tu tengah beriya makan, ikan siakap merah stim halia sos tiram.. memang terbaik sedap .. rasa berbaloi lan walaupun nak kesana sesat barat hahahha..

Tengok sedap tak sedap.. pinggan dah elok tersusun bertingkek-tingkek :p .. sampai menyandor en suami tu.. harga pun murah gilerrr.. ikan fresh pulak manis dan lembut jer.

Tempat biasa-biasa ajer bukan lah restoran pun, tapi masakannya setaraf hotel kot.. boleh bagi 5 bintang..

Kalau nak gi sana elok call siap-siap, jadi tak lama menunggu, kami tengok ramai yang dah booking.. sampai makanan terus terhidang..


16 ulasan:

  1. Klu tpt mkn murah & sedap ni...mmg ramai yg singgah

    BalasPadam
  2. pernah gak makan kat sini..tapi dah berabad lama dah...hehe

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  3. yummy...bru tahu ada pari goreng tepung....

    BalasPadam
  4. SEDAPNYA YATI MKNAN LAUT YG SEGAR LEMAK MANIS

    BalasPadam
  5. oo makan kat stulang..tapi saya belum pernah makan kat sini kak
    JanjiKita

    BalasPadam
  6. Kami yang duk Johor ni pun selalu sesat barat gak ti kalau nak cari tempat yang tak biasa pegi.Stulang memang tempat yang sesuai untuk cari seafood.

    BalasPadam
  7. Perghh licin bertingkek tingkek 😬

    BalasPadam
  8. tngk gambar pon nampak sedap �� sotong �� my favorite

    BalasPadam
  9. wahhhhh.... tgk semua menu sedap2 kak...
    pari grg tepung tu mmg rare, tp kalau di lawankan ngn sambal kicap compom layan...

    stulang mmg terkenal ngn seafood yg fresh2... cuma kadang2 kedai nya kene nasib2, kadang kedai yg terkenal tp tak sedap sgt pun... kedai biasa2 kadang harga lg murah n sdp

    BalasPadam
  10. Wah berbaloy2lah makan kat sini.
    Boleh singgah lagi bila2 turun Jaybee

    BalasPadam
  11. Camne hang tau tempat makan ni Ti? Terer jugak hang bab mencari port ni ye hihi.... Sedapnya Ikan dengan kerang bakar yang bersambal tu. Mesti ada rasa serai serai sikitkan?

    Yelah Ti, jarang dengar menu ikan pari goreng tu, dah macam sotonglah ek.

    Sapa ambik gambo hang tgh senyum simpul tu Ti....malu malu pulak, mentang mentanglah dah kenyang hihi

    BalasPadam
  12. terliur tgk gambo makanan..sedapnya..ikan pari goreng tepung tu x pernah lg makan..sambal kicap johor mmg terbaik..

    BalasPadam
  13. Kalau makan seafood ni, memang mencari butter prawn dan kerang rebus/bakar lah. Sedapnya alahai...

    Ikan pari goreng tepung tu tak pernah pulak saya dengar. Tapi takpalah, saya bukannya makan ikan pari pun ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)