Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 9 Mac 2017

Cara Tanak Pulut Guna Rice Cooker😊😘 :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Masak pulut dan serawa durian ni adalah hari ahad yang lalu.. gara-gara terliur tengok serawa durian Hainom :) 
Jadi merajinkan diri lah membuatnya.. bukan dah musim durian kat tempat saya ni kekawan.. lain Hainom balik kampung Muo dah musim derian gitew :D
Ini durian yang saya frozeen kan.. bak kata Lieya Latif.. masa musim durian ni kita frozeen.. bila teringin boleh makan hihihi..

Saya tanak pulut ni guna rice cooker kekawan.. malas benor nak mengeluarkan pengukus tu.. lagi pun nak masak sikit ajer.. guna rice cooker ni lagi mudah.. 
Meh lah tengok resepi saya yang mudah ini :)

TANAK PULUT GUNA RICE COOKER

Bahannya :-
- 3 cawan beras pulut
- 3 cawan air
- sedikit garam
- daun pandan

Caranya :-
1. Cuci beras pulut sehingga bersih kemudian toskan.
2. Lepas tu alihkan kedalam rice cooker, masukan air dan garam serta daun pandan.
3. Dalam tempoh 10 minit , kacau pulut tersebut agar masak sekata, jangan kacau beriye nanti hancur pulak, (macam hainom dia tak kacau, petik ajer cook dan biar masak sendiri.. insyaAlla masak sekata katanya :)
4. Kemudian bila button telah naik kepada warm, kacau sekali lagi, kemudian biarkan ia lembut dan masak sepenuhnya.
5. Siap dihidangkan bersama serawa durian ke, sambal tumis ikan bilis ke, ikan masin ke atau inti kelapa :)

Jadi petang tu memang meriah lah anak beranak memakan pulut dengan serawa durian ni.. emmmm dapnyaaa.. sehingga menjilat pinggan hahhaha.. tu Nabil lah :D
Nak resepi serawa durian di sini Serawa durian sedap dan mudah


22 ulasan:

  1. Acik pun masak pulut ngan rice cooker. Mula ngan sedikit air..bila air dah jering acik tambah pulak ngan santan yang letak garam sikit..masak lagi..dah jadi macam pulut kukus yatie

    BalasPadam
  2. Alahaiiii... sedapnya kak.

    BalasPadam
  3. saya pernah sekali frozenkan durian
    boh dalam tuperware..tutup rapat
    lps tu balut dgn plastik berlapis2..

    tp berbau jugak satu petias

    BalasPadam
  4. mudah kan kak....
    dana biasa jgk msk gitu, tp skrg nih ssh nk jumpa durian lah...

    BalasPadam
  5. oh dah tau lah caranya....
    dari hari tu lagi nak tanya kat dlm group tp tak tertanya2 haha
    saya tak biasa masak guna rice cooker ni, ingatkan kena bubuh santan sekali, kalau macam ni senang sgt lah ya
    nanti nak cuba buat ^_~

    BalasPadam
  6. lama tak makan pulut..nampak ni terus teringin hehhee

    BalasPadam
  7. Agaknya kalo msak pulut kuning pun boleh cara ni.

    BalasPadam
  8. sedapnya kak...
    tak pernah lgi tanak pulut guna rice cooker... boleh cuba ni..

    BalasPadam
  9. Akak pulut kuning yang jadi masalah yatie ,kalau masak kat rice cooker.Akak masuk kan santan sekali itu yang mentah agaknya.Ikut cara acik tu ok juga kan...
    Pulut putih dah lama sangat tak buat ,lupa dah cara nya...mujur yatie bagi resepi :-)

    BalasPadam
  10. Sedapnya serawa durian...makan dengan pulut pula..aduhh melting
    JanjiKita

    BalasPadam
  11. Nak ikut cara Yati. Masak dengan steamer very the leceh.

    BalasPadam
  12. Macam terbau-bau pulak duriannya kat saya yg sedang membaca n3 ni... hehhehe

    BalasPadam
  13. Den nak rebus pulut ni tak pernah sukat guna cawan air dia Ti. Sukat guna tangan jugak. Cuma utk pulut sukatannya sama, tak payah dilebihkan air.

    Aduhh....teringin pulak nak masak serawa durian lagi Ti. Hari tu mcm tak puas je weyh

    BalasPadam
  14. sedapnyer nampak..ruginyer bunda tak makan durian.

    BalasPadam
  15. Tiba2 teringat jer perbincangan tanak pulut dlm WA t/hari, hi3

    BalasPadam
  16. Tq for sharing..blh parktis jgk nnti.. Stakat ni mmg xnpnh lg tanak pulut..

    BalasPadam
  17. Tq for sharing...nak masaklah hari ni...😘

    BalasPadam
  18. Hr ni ank mnta nk brbuka mkn pulut durian. ..alhamdulillah jupa cara nk masak pulut...terima kasih

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)