Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 2 Mac 2017

GULAI KULIT LEMBU DENGAN UMBUT KELAPA 😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Bila usia dah menginjak kilauan emas ni.. mula lah teringin nak makan masakan yg rare ni.. Kulit lembu dengan umbut kelapa.. mula2 makan ni masa kenduri kahwin kawan kerja di Banting nun.. masa tu lah merasa kulit lembu ni hahhaha.. sebelum ni tak tahu.. kena pulak dengan tekak kesedapannya .. en suami pun kali pertama memakannya.. jadi hari ahad yang lepas masa pergi pasar tani di stadium shah alam tu.. ada pulak yg jual umbut kelapa ni.. pastu kulit lembu yg siap proses ni saya beli di pasar malam rabu di seksyen 7.. beli dalam 300gram gitew.. cukuplah melepaskan keinginan.. bak kata hainom tu.. teringin dia macam nak KFC.. hehehe...


Resepi saya cukup mudah kekawan.. tambahan saya hanya perlu merebus sebentar kulit lembu tu untuk melembutkan sedikit lagi, baru sedap dimakan kan hihihi :)

RESEPI GULAI KULIT LEMBU DENGAN UMBUT KELAPA

Bahannya :-
- 300gram kulit lembu yg telah diproses
- umbut kelapa (dipotong nipis)
- 2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 20 biji cili api
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 300 gram santan pekat
- 300 gram santan cair
- 1 keping asam keping
- garam secukup rasa.

Caranya :-
1. Rebus lengkuas, halia dan cili api, bila telah agak layu angkat dan toskan.
2. Kemudian kisar bahan rebus dengan bawang putih dan bawang merah.
3. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan santan cair dan kulit lembu, biarkan sehingga kulit lembu empok.
4. Lepas itu masukkan umbut kelapa, santan pekat, asam keping, dan garam.
5. Masaknya sehingga kuah menjadi pekat dan garam secukup rasa, lepas tu boleh lah dihidangkan.


Adalah setengah periuk ni saya masak, meratah ajer dah semangkuk hahaha.. anak2 saya masak tomyam ayam, telur dadar dan kailan ikan masin.. Alhamdulillah diberikan nikmat kan kekawan.

15 ulasan:

  1. sedapnya umbut kelapa kak.... msk lak ngn kulit lembu... mmg sedap

    lama btl dana tk mkn kulit lembu, dulu2 pnh la mkn kalau abah rajin kerjakan kulit lembu time raya haji...
    msti semerbak harum bau nya kan... puasla mkn akak mkn ber2 je yek

    BalasPadam
  2. tak pernah try makan kulit lembu...masak lemak ... nampak sedap

    BalasPadam
  3. dah lama tak jumpa kulit sapi ni (mak mertua org Kuching panggil kulit sapi, masuk dlm bubur pedas)

    BalasPadam
  4. Akak tertunggu juga resepi kulit lembu yatie ni...
    Akak tak pernah makan lah yatie...mesti sedap kan apatah lagi ada umbut kelapa tu.Akak suka umbut kelapa tapi nak makan setahun payah sekali.Kawan akak baru cerita pasal gulai kulit lembu tempohari .Katanya kat kampung nya ada jual.

    BalasPadam
  5. nieyl dah lama x makan...
    dlu masa banyak pokok kelapa dlu..
    selalu jugak la dpt..skrg nie dah susah nk dpt..

    BalasPadam
  6. Makanan exotic nih. Zura x pernah lagi makan kulit lembu.
    ade jugak tgk dorang goreng kulit lembu nih utk jadikan kopok.

    BalasPadam
  7. saya pernah makan kulit lembu ni 2 kali. sekali masa kerja di KL, kawan org nogori beri, sekali masa pergi kuala selangor -makan di kedai.

    skrg dah lama tak jumpa....

    BalasPadam
  8. uih..macam sedap je tu kak...adehhh

    BalasPadam
  9. Sekarang kulit lembu dah tak terbuang seperti dulu.
    Kulit lembu yang dh dibersihkan mencecah RM20.00 sekg.
    Kalau yang dh biasa makan, memang sering mencari kulit lembu ni.

    BalasPadam
  10. tak pernah lagi cuba kulit lembu. mahal juga kan skrg ni

    BalasPadam
  11. Tak pernah beli umbut kelapa ngan kulit lembu seumur hidup weyh....apa tah lagi nak masak. Bukan tak makan tp entahlah...tekak lum kilauan sangat kot hahaha....

    Kulit lembu tu rasanya pernah makan dulu kat Ipoh. Eh...tp tu urat keting rasanya....tak samalah kot...
    Ti kenapa nak kena rebus dulu tu lengkuas bagai tu. Tumis terus tak boleh ek?

    BalasPadam
  12. First time lah Yati, PH tengok masakan guna kulit lembu. Kalau kulit ayam sedap, kulit lembu pun sure sedap kan. Susah nak cari ni. Kena pergi pasar booking dengan penjual daging.

    BalasPadam
  13. CH ,ana pernah juga dengar menu kulit lembu ni, tak pasti pernah atau belum lagi menikmatinya, tapi ye laa kadang2 masakan ibunda ni memang sedap di makan sesekali kan:)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D