Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 10 Mac 2017

ISTIMEWA NANAS 🍍🍍🍍




🌿 Rupa Rupanya Buah Nanas Boleh Dimakan Setiap Hari. Buah Nanas Mampu Merawat 1001 Penyakit. Share Supaya Ramai Tahu Manfaatnya..

Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!



1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.

10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Jika anda rasa artikel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share artikel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!

Kredit pd :
Pertubuhan peladang, Kawasan Kampong Gajah, Perak. 🌿

Sumber : WhatsApp

10 ulasan:

  1. ok.. lepas nih boleh tambah lagi 1 buah2an utk kesihatan.
    makan untuk sihat. hehehehe

    BalasPadam
  2. yg tak tahan kat lidah ja bila makan nenas ni..

    BalasPadam
  3. Akak suka je kalau dapat makan nenas setiap hari...cuma bimbang juga gastrik datang balik.

    BalasPadam
  4. Aduhai kak...saya mmg tak boleh betul makan nenas. Tapi suka..sedap. tapi kalau makan juga..siap lah mc dua hari. Gastrik teruk dibuatnya

    BalasPadam
  5. xramai yg slalu mkn nanas kn sbb tajam...kalo dpt yg isi manis mmg yummm

    BalasPadam
  6. Sedap apa nenas ni. Nak nak yg masak ranum, oren tu. Pergh! Cuma yg tak bestnya lepas makan mesti lidas ek. Pas tu minum air masak mesti rasa dia tak best. Tu yg malas makan tu.

    Buat jus sedap Ti. Tp kat restoren jarang ada jus nenas ni.

    BalasPadam
  7. CH, ana ni kurang minat juga makan nanas, sebab bila makan lidah hilang rasa hihi :)

    BalasPadam
  8. Nanas memang banyak khasiatnya. Sayang betul saye kurang gemar dengan nanas. tekak tak berapa selera. huhue

    BalasPadam
  9. favourite ni nenas, banyak khasiatnya

    BalasPadam
  10. Sedap ni..makan dgn sambal lada...fuhhh

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D