Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)
Hahahaha viral sangat lah kan.. :D
Kari kentang ni viral kat WA Aweks Blogger yang di ketuai oleh jiran yang balik dari Kundasang tu katanya :p..
Bila tanya masak apa dalam group .. mulalah sorang2 tunjuk apa yang dimasak.. jadi bila gambar kari kentang dikeluarkan oleh mummydearie.. yang dah lama menyelam.. tak timbul2.. blog pun dah 2 bulan dihuni oleh Misteri Wan Peah.. tak gitu ticer Nor Azimah.. jadi semua orang teruja nak mencuba nya.. rasanya saya orang terlewat mencubanya.. :D
Jadi semalam inilah salah satu menu berbuka puasa saya.. dah beli siap-siap 1 kg kentang yg macam ko tu nom.. isi lembut jer.. perghhh memang sedap jiddan ko.. patutlah HD si Mummydiarie suka.. hari-hari kentang pun tak apa hahhaha.. masa WA tu minta juga kat si MD resepinya tu.. tapi yang saya punya ni versi derhaka sikit.. ikut tekak sendiri jer.. hahhaha..
Moh lah intai resepi kari kentang viral ni ye ;)
KARI KENTANG
Bahannya :-
- 3 biji kentang dipotong ikut suka :)
- 2 ulas bawang putih*
- 3 biji bawang merah* ditumbuk lumat
- Kiub ikan bilis (ikut resepi MD tapi saya ganti dengan segenggam ikan bilis)
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1/2 sudu asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
- 2 tangkai daun kari ( MD tak letak, saya yg letak biar ada aroma daun kari tu :)
- sedikit garam
Caranya :-
1. Goreng kentang sehingga empok sampai habis dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula ikan bilis sehingga garing, angkat ketepikan.
3. Lepas tu tumis bahan tumbuk bersama serbuk kari, cara saya air asam tu saya gaulkan dengan serbuk kari tu, baru ditumis. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian letak air sedikit hendak bagi kuah basah-basah sikit, kemudian letak sedikit garam , lepas tu masukkan daun kari dan kentang goreng , gaul mesra.
5. Akhir sekali baru masukan ikan bilis goreng, gaul sebentar, tutup api dan angkat.
6. Siap dihidang bersama nasi putih panas. :D
Selamat Mencuba :)
wah viral jadinya kentang goreng kari nih, macam patut dicuba juga ni nanti
BalasPadamSalam yati...apa kabar?Lama kak atie xsinggah kat sini...blog akak pon dah bersawang2...skrg br nak mop..hehe
BalasPadamnampak sedap kentang kari tu...blh try jgk nnati!!
saya pun dah buat minggu lepas kak. kentang potong dadu ajer, tak buat wedges macam Kak Ton dan Mak tu sebab nak cepat lembut hehe...
BalasPadamNampak kak Ti punya sedap lah, saya buat terlebih kering pulak!
kari pekat..nalarekek..fingers lickin' good..
BalasPadamsedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamHihi.....akhirnya....
BalasPadamMak buat masa ni dah jemu Ti....lebih lebih lagi ada orang cakap boleh gemuk kalau banyak makan kentang ni, terus mak stop serta merta. Tunggulah lepas sebulan, kotnya lemak dah menipis haha...
Hahahaha..
PadamAkhirnyaaaa..
Den mencuba jugak Nom oiiii..
Ye ke boleh gemuk Nom..
Ok lah tu .. doktor suruh den naik berat badan ni..
start hari ni masak kentang jer lah hihihi
Assalamualaikum!
BalasPadamNi datang singgah semata sebab entri ni tau. Kalau ikutkan hati tak mahu keluar bertapa, tak tahan panas ^_^
Saya pun ada gak letak daun kari CH sebab saya suka bau daun kari. Asal namanya kari aje, saya bantai letak daun kari!
Nanti den keluar versi kentang masak menu lain pulak eh. Tapi bertabahlah kalau ukurlilit pinggang melebar. Kentang jangan main-main. Sapa suh beli sekilo? Hahaha!
Dah nak masuk gua balik!
Walaikumussalam MD..
PadamMana musim panas lagi.. dah musim hujan hahahha..
Udah2 lah menggua tu hihihi
Sama lah dgn CH suka letak daun kari kalau masak kena mengena dengan kari ni :)
Ok cepat bagi versi kentang masak menu lain MD..
Boleh CH menggemokan badan sebab doktor suruh naikan berat badan ni ..
Jangan terperanjat tau kalau tak kenal CH sebab dah sama besar dengan GAJAH hahhahah :D
Terliurnyaa tengok kak. Heheh. Lepas ni boleh lah try buat macam ni pulak ;)
BalasPadamHihi, teman pun dah buat kentang, tapi teman lebih suka buat sambal kentang taruk ikan bilis goreng, uishh...mmg sedap mkn dgn nasi panas2.
BalasPadamsedap kot kalau goreng kering..kari,,kentang..saya terbanyang inti karipap je
BalasPadamJanjiKita
sedapnya yati cara baru mggulai kntang
BalasPadamCH, lepas ni PH pun nak masak kari kentang wahahaha!!
BalasPadamSy dah save resepi tu, jk jadi masak, kita tayang dlm group k.. ~_^
BalasPadamSy dah save resepi tu, jk jadi masak, kita tayang dlm group k.. ~_^
BalasPadamsedap tu
BalasPadamOhh ketang tu di goreng dulu eh? Perghhh nak try laaa
BalasPadamselalunya goreng kentang utk buat cheesy wedges ja
BalasPadamSedap nmpknya masakan ni..dah tular. Cuma akk belum try masaknya..
BalasPadam