JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 23 Mac 2017

Jalan-jalan Johor 1 :: Kenduri Kahwin πŸ˜ŠπŸ˜πŸ’–

Assalmualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Hari sabtu 18/3/2017 kami sekeluarga menuju ke Johor Baharu untuk menghadiri kenduri kahwin anak sepupu en suami di Ulu Tiram, anak kak Ebit ni tunggal.. kena wajib datanglah kan :)
FIL siang2 dah bagi tahu.. lagi pun dah lama tak jumpa .. last jumpa tahun 2013 masa arwah Mak Utih meninggal.
Tapi kali ini sungguh mencabar perjalanannya.. selalunya 4 jam perjalanan , kami hari tu terpaksa menempuh 2 kali ganda masa tu.. kerana banyak benor jumpa excident.. lagi lah kemalangan maut.. mana nak tunggu polis datang ukur lagi.. namun begitu .. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah kenduri pada pukul 2pm. dari rumah pukul 7am huhuhu..

Bergambar memang kegemaran mereka ni .. saya tumpang ajer hahaha.. ikut jer lah style yg dorang suruh.. simbol kasih sayang tu..

Bersama mak andak yang tudung biru tu.. adik FIL yg tinggal di Muar sg mati tu.. yang adik beradik lain kebanyakan tinggal di Johor Baharu dan seorang di Singapore.

Melepaklah sampai ke petang .. tak ada gambar Kak Ebit kerana sibuk melayan tetamu yg hadir.. kalau ada pun di kamera man pengantin tu. 

p/s lepas ni tunggu untuk JJCM Johor Baharu ye :)

8 ulasan:

  1. Tentu bersiri2 cerita yatie ke JB ni kan...sebab banyak aktiviti setiap hari ke malam.Harap jadi pengalaman manis untuk yati & family.Sila lah datang lagi ke JDT ...banyak tempat lagi boleh pergi selain di bandar JB.

    BalasPadam
  2. best nya kak jjcm johor.... dana cuti sekolah ni tak kemana2... almaklum anak pun blm sekolah lg ...

    seronok bila dpt kumpul jmpa sedara mara kan kak...

    BalasPadam
  3. musim kenduri kawen kan CH, tahniah buat pasangan mempelai :)

    BalasPadam
  4. Tunggu kita pun ada story juga yer

    BalasPadam
  5. Tahniah buat pengantin...kisahnya kakyati ke johor ke..aihhh
    JanjiKita

    BalasPadam
  6. Kesian hang Ti....dahlah tak pernah ke Johor, sesekali datang terus kena 8 jam perjalanan. Mau konpius, ni Johor ke Kelantan ni hihi...

    Yelah kan Ti, dah katanya anak tunggal wajiblah datang. Lagi pun abah dah ingatkan siap siap tu hihi....
    Berani nak derhaka hihi...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)