JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 15 September 2014

BIG DAYS ~ NURSYAHIRAH DAN MOHD HUSNA :: 13HB SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum kekawan..
Semoga berada dalam rahmat Allah dan ceria selalu :)


Pada hari sabtu berlangsung perkahwinan anak kak Andak saya.. buat majlis di rumah mak di Kuang.. Kepenatan masih terasa lagi tetapi puas hati kerana majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Alhamdulillah..

Menanti kedatangan suami dengan penuh ceria :)
Kami mak cik2 nya menyambut rombongan dari pihak lelaki. Rombongan pengantin lelaki ni dari Rembau Negeri Sembilan, InshaAllah pada 6/10/2014 kami pula akan bertandang ke rumah pengantin lelaki.

Meriahnya majlis perkahwinan ini apabila ada silat pengantin.. mujur Afiq hendak silat pengantin utk sepupunya ni ehe :)

Bersanding diatas pelaminan .. itulah saat terindah buat pasangan pengantian kan.. senyuman sentiasa terukir riang dibibir.. berseri-seri wajah kedua pengantin ni :D

Selepas bersanding.. tentunya makan beradat pulak.. nanti kelaparan pulak pengantin kan :)

Acara memotong kek pulak bagi kedua pengantin.. puas hati juga ambil katering ni.. dengan kos RM9.00 sekepala.. semua disediakan dari khemah,makanan tetamu, makan beradat pengantin dan kek ini, semua disponsor oleh katering. Lauk pauk yg disediakan pun sedap dan kuih muih, bubur pulut hitamnya, air pulak 4 jenis, air sirap, air cendol, air panas kopi dan teh, memang berbaloi lah ambil katering ni.. kami pun banyak rehat.. bila saya minta dihidang bagi pihak keluarga pengantin lelaki , mereka memberi kerjasam yg baik.

Lepas tu sesi bergambar pengantin dengan datuk uwan, ibubapa dan adik beradik.. 

Kemudianya tentu dengan makcik dan pakcik yg sama meraikan.. :)
Pengantin dah turun duduk dibawah, datuk dan uwan pulak nak duduk atas pelamin ehe :D

Majlis juga diraikan dengan alunan Qashidah yg dipimpin oleh adik saya Ustaz Azharudin.. gema suara anak-anak kecil ini memuji Ilahi dan Rasulullah..

Sepupu dan pak cik menyumbangkan nyayian karaoke utk pengantin baru.. 

Nabilah taukeh marshmallow.. menjadi perhatian anak-anak kecil.. tempat inilah yg dituju oleh mereka dahulu.. suka Nabilah apabila marshmallownya habis .. pagi tu bergotong royong mencucuk marshmallow ni di penyucuk satay ni..

Flower girl penyeri pengantin.. bergambar dulu diatas pelamin.. 


Bila majlis nak berkahir, apalagi sibuk mereka berselfie dengan pengantin, baju kuning tu next bulan November.. menghantar kami ke Kota Tinggi Johor dan yg kiri tu pula pada bulan Oktober di Johor Baharu kami menghantar.. ada sesiapa kekawan blog yg boleh saya temui disana :)

16 ulasan:

  1. tahniah & selamat pengantin baru.
    murah tu RM9...kalau puas hati & berbaloi.
    Jiran sy dpt harga RM11.50...khemah mmg cantik tp menu tak menyengat...sayang sgt

    BalasPadam
  2. cantik sangat..siap aad flower girl yg comel2

    BalasPadam
  3. tahniah buat pengantin... seronok dapat kumpul keluarga ramai2 camni kan....

    BalasPadam
  4. meriah juga majlis ni..
    tukang sialt kalau ada uniform cntik lagi comel.. minta pangantin sponsor..

    BalasPadam
  5. tahniah buat pengantin..semoga kekal hingga ke jannah..amin3..;)

    BalasPadam
  6. cantik pengantin, tahniah moga dilimpahkan keberkatan dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  7. Tahniah buat kedua mempelai. Meriah nampaknya majlis siap dengan acara silat dan sebagainya. Nabilahlah agaknya yang paling happy berbanding dengan pengantin sebab marshmallownya licin dikerjakan budak-budak ya :)

    BalasPadam
  8. Moga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  9. Meriah nya kak..siap ada silat pengantin lagi... moga mempelai bahagia hingga ke syurga...:)

    BalasPadam
  10. Bukan main meriah lagi kenduri...
    Tahniah buat mereka.... semoga terus bahagia melayari alam rumah tangga :)

    BalasPadam
  11. Assalam yati,
    tahniah buat pengantin semuga berbahagia hingga kejannah..
    wah kalau rm$9 sekepala..memang berbaloi tu yati..
    puashatilah kan kalau service dan menunya sedap2..halal kata orang kan..:)

    BalasPadam
  12. meriahnya hari pengantin anak saudra yatie....apatah lagi adik beradik ramai kan.tahniah buat pengantin dan yatie juga yg dpt ahli keluarga baru.
    berturut2 ya anak saudara yatie jdi raja shari.
    tempat kakak bukan kat kota tinggi tapi kat kulai ,tak jauh pun ...bila yatie hantar anak saudara nnti lalu tpt kakak agaknya.

    BalasPadam
  13. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai.

    Sama tarikh dengan perkahwinan anak buah kak zai.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah.. tahniah buat pasangan pengantin... moga jodoh mereka sampai ke jannah... amin...

    BalasPadam
  15. Nampak meriah sungguh tu CH......Pengantin mesti suka, makcik pakcik ramai yg menolong...Yg lain tu akan buat kat situ jugak ke CH?
    Tulah seronok mmg seronok....cuma penat sikitlah kalau kenduri kendara ni...kan CH

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)