Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 3 September 2014

RESEPI AYAM GORENG ALA KFC RANGUP DAN MUDAH HOMEMADE...

Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga sihat dan ceria:)


Kawan postkan di FB , simpan dulu resepinya disini, nanti bila ada masa nak cuba buat pulak .. Jom kita cuba homenade KFC ni :)



Resepi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Mudah

Hari ni nak kongsi resepi ayam kfc home made yang sangat mudah.

Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur

Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan?
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah,

29 ulasan:

  1. Ha... dah tak payah pergi KFC lagilah lepas ni Nabil.
    Kalau nak kenalah minta mama goreng
    Tengok mama dah simpan resepi ini:)

    BalasPadam
  2. cam sedap je tu
    kalau rajin bleh try
    kalau rajin. hihi

    BalasPadam
  3. aduhai....sedapnya nampak ayam goreng ni. nak pulak perut lapar skrg ni

    BalasPadam
  4. x yah makan nasi da dpt ayam goreng kepci ni...

    BalasPadam
  5. boleh cuba..tak payah beli kfc lagi..

    BalasPadam
  6. tgk kulit dia mcm sedappppp je kak...

    BalasPadam
  7. rajinnya akak buat lauk camni...saya selalu guna tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari ngan telur je..hehehe

    BalasPadam
  8. alahaiii akakk sedapnyeeeeee..

    BalasPadam
  9. Memang nampak sangat menyedapkan..kalau tak bubuh ajinomoto tak per ke???

    BalasPadam
  10. uih kak menarik...thanks share resepi nie...anak2 suke nie...hari2 lauk ni pun okey...almaklumlaa ayam goreng kan...selalu lieya gune tepung siap tu...lepas ni leh try resepi akak nie plak.....kalo jadi n anak2 puji leh la eksen2 sikit heheheheheh hebat mak die leh buat ala2 kfc gituuu....

    BalasPadam
  11. Macam membaca isi hati saya je tau. Pagi tadi dalam kereta semasa nak ke pejabat baru terdetik nak cari resepi ayam goreng KFC. Nah, dah ada yang kongsi resepi. Senangnya hidup. Bestnya macam ni. Terima kasih banyak ya.

    Bila nak buat? Err, tak tahu lagi. Baru merancang nak buat KFC :)

    BalasPadam
  12. Salam. Hee nampak sungguh sedap macam KFC juga.

    BalasPadam
  13. Agak agaknya sama tak macam KFC CH?..... Boleh gak try ni

    BalasPadam
  14. Kalau kat sini, dah ada tepung readymade kat kedai... Mmg kalah la rasa ayam KFC... buat sendiri lagi sedap...

    BalasPadam
  15. memang berbaloi2 nih..tak payah nak pergi KFC dah,..kat umah pon boleh

    BalasPadam
  16. lepak lepak jamu mata kat sini jap :D:D tingin nak ayam gorem sebenarnya hehehe.

    BalasPadam
  17. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

    BalasPadam
  18. *q* uishhh sedap ni... Nk try ni esok

    BalasPadam
  19. Bru buat td tq bagi resepi ..1 ekor ayam licin masa berbuka tadi..terbaik...

    BalasPadam
  20. Jalanjaln cari resepi ayam berempah. Sedapnyaaa tp xpernah jadi sama macam kt kedai kalau buatt hehe😁

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam
  21. Jalanjaln cari resepi ayam kfc. Sedapnyaaa tp xpernah jadi sama macam kt kedai kalau buatt hehe😁

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)